Sabtu, 24 Mac 2012

06 di jerantut - Google Blog Search

06 di jerantut - Google Blog Search


Gadis Hilang <b>Di Jerantut</b> Ditemui Di Kuantan

Posted: 22 Mar 2012 04:17 AM PDT

KUANTAN – Seorang pelajar berusia 15 tahun yang dilapor hilang selepas keluar membeli kad tambah nilai telefon bimbit, di Jerantut, Isnin lalu, ditemui bersama teman lelakinya di Kuantan.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Supt Azid Ismail, berkata pelajar terbabit, Nornabila Mat Yaacob yang dipercayai mengikut teman lelakinya ke Kuantan, ditemui keluarganya pada jam 10 malam tadi.

"Ibu pelajar terbabit, sebelum itu menghubungi teman lelaki anaknya itu dan dimaklumkan Nornabila berada di Kuantan.

"Keluarga Nornabila yang menetap di Taman Koperasi, Jerantut ke Kuantan dan menemui Nornabila di sebuah kedai serbaneka di Taman Tas, Kuantan," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Azid berkata, berdasarkan siasatan awal, pelajar terbabit pernah melarikan diri dari rumah sebelum ini bersama teman lelakinya yang berusia 20-an dan sudah berkahwin itu.

Ahad lalu, seorang remaja perempuan, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, dilapor hilang selepas disyaki diculik di Taman Tas, Kuantan tetapi selepas ditemui dia mengaku dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

WZWH: Blogger CMK Buktikan <b>Di Jerantut</b> Salasilah Keluarga Pulau <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2012 09:07 PM PDT

Disebelah kanan blogger CMK itu Tuan Haji Norzari bin Haji Yahya AJK UMNO Bahagian Jerantut calon potensi DUN Pulau Tawar yang berpengaruh. Manakala disebelah kiri CMK ialah Yohanis bin Ahmad, Ketua Pemuda PAS Jerantut juga calon potensi DUN Pulau Tawar.
WZWH pernah tulis pada posting lepas di Jerantut Family First, Ideology Second. Ramai orang politik tak percaya.
Blogger CMK (Cucu Mat Kilau) yang juga admin Blog PDO (Pahang Daily Online) boleh buktikan di Jerantut 'family gathering' khasnya Salasilah Keluarga Pulau Tawar boleh menyatukan keluarga dari berbagai ideologi. Sila klik sini.
WZWH yang turut dijemput tidak dapat hadir kerana menghantar emak mertua berlepas umrah. WZWH ucap tahniah dan terimakasih kepada CMK atas sumbangannya kepada majlis tersebut.
Penyerahan salinan "Kitab Salasilah Keluarga Pulau Tawar" telah dilakukan oleh Blogger Cucumatkilau. Kitab asal yang telah ditulis oleh datuknya, Allahyarham Md Yunus Teh (Aki Yunus) itu dipercayai sudah berusia hampir 72 tahun. Penyerahan simbolik itu telah dibuat kepada Cikgu Azam Ramli, yang bertindak selaku Urusetia Penganjur program berkenaan. 
Walaupun CMK ini blogger lebih ke pembangkang, kadang-kadang nampak neutral tapi sangat kritikal kepada MB Pahang dan DS Najib.
Kadang-kadang apa yang CMK tulis kritik gila-gila MB Pahang dan PM boleh buat bulu roma WZWH tegak meremang-meremang!
Begitu juga blogger Sakmongkol AK47 juga yang usul berasal dari Kampung Tebing Tinggi Jerantut walau umumnya beliau dari Pekan, pernah jadi YB UMNO. Mungkin Sakmongkol AK47 boleh menyumbang kepada Salasilah Keluarga Tebing Tinggi yang juga subkoloni keluarga Pulau Tawar.
Sama seperti CMK, Sakmongkol AK47 lebih kritis dan tajam mengkritik UMNO dan pemimpin-pemimpinnya. Tapi Sakmongkol AK47 pergi menjangkau sempadan bila menyertai DAP.
Pada PRU 13 ini dijangka Sakmongkol AK47 akan bertanding atas kerusi DAP. Tempat belum diputuskan lagi. Begitu juga CMK yang pernah bertanding DUN Kemayan dalam parlimen Bera atas tiket PKR tapi tewas. Mungkin CMK akan bertanding bebas kali ini.
Memang di Jerantut ada banyak blogger yang aktif menulis blog mengenai isu semasa dan tempatan. Seperti Braveheart, Sri Tri Buana dan banyak lagi.
Kadang-kadang WZWH terfikir kenapa blogger CMK dan Sakmongkol AK47 menyokong pembangkang? Apa rasional kerana kalau kita benar-benar anak Pahang jati dan berbudaya Melayu Pahang sudah pasti kita tentu menyokong DS Najib atas banyak sebab dan hujah.
Kenapa memilih menentang? 

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads