Jumaat, 23 Mac 2012

06 di pekan - Google Blog Search

06 di pekan - Google Blog Search


Ceramah PAS <b>di Pekan</b> disambut gangguan dan provokasi

Posted: 16 Mar 2012 08:28 PM PDT

(Orang ramai yang memenuhi program ceramah PAS di Pekan)

PEKAN, 17 Mac: Provokasi Umno dengan mengadakan ceramah bersebelahan ceramah PAS dan perbuatan memekik-melolong tidak sepatutnya berlaku di kawasan yang diketuai Presiden Umno yang juga Perdana Menteri jika penyokong parti itu berpolitik dengan matang.

Malangnya setelah pelbagai slogan dilaungkan seperti transformasi, wasatiyah dan rakyat didahulukan cara berpolitik kuno juga menjadi pilihan konco-konco Datuk Seri Najib Tun Razak di sini.

Serentak dengan itu, PAS Pahang melahirkan rasa kesal, kecewa dan tidak puas hati yang tidak terhingga dengan kejadian gangguan ceramah di Sungai Miang di sini kelmarin yang melibatkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Turut berceramah ialah bekas Adun (BN) Pulau Manis yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Pekan Datuk Mohd Ariff Sabri, bekas bloger Umno Aspan Alias dan Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan Ustaz Abu Kasim Manaf.

(Antara yang membuat kacau di majlis ceramah PAS)

Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Saad yang turut berada di pentas ceramah berkata, bukan sahaja ceramah Umno dibuat saat akhir dalam jarak tidak sampai 100 meter dari lokasi ceramah PAS, pembesar suara pula dihalakan dengan kuat walaupun ceramah mereka tidak ramai yang hadir.

"Malah sekumpulan pemuda Umno yang diketuai timbalan ketua pemudanya sendiri memekik dan melolong macam orang gila dan disampuk hantu mengganggu ceramah Mat Sabu.

"Lebih mengecewakan kami, pihak polis yang sepatutnya bertindak menjaga keamanan hanya melihat aksi provokasi melampau itu seolah-olah mahu melihat pergaduhan sesama Melayu pada malam itu," ujarnya kesal.

Tambah Suhaimi, pihak keselamatan sepatutnya bertindak profesional dan mesti berani bertindak demi keamanan, bukan dilihat "takut" apabila berhadapan dengan samseng Umno.

Serentak dengan itu, Suhaimi berkata PAS Pahang akan menghantar surat bantahan mengenai perangai Umno dan pasukan polis Pekan kepada Perdana Menteri dan menteri berkaitan dalam masa terdekat ini.

(Ceramah Umno yang kosong tetapi pembesar suara dipasang secara maksima)

"PAS Pahang juga memuji penyokong Pakatan Rakyat dan Unit Amal yang dilihat tenang berhadapan dengan provokasi itu dan mujurlah tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

"PAS beranggapan gangguan ini hasil daripada ketakutan Umno yang sarat dengan masalah dan rasuah sehingga amat takut apabila mahu dibuat pendedahan walaupun mereka sudah menguasai media cetak dan elektronik.

"Jadi gangguan dan provokasi melampau ini berlaku kerana Umno Pekan dilihat semakin terdesak untuk mempertahankan kuasa sebab kalau Umno cukup kuat di Pekan apa perlunya ceramah PAS diganggu," jelasnya.

sementara itu seorang ahli PAS Pekan yang dikenali sebagai Rahim, berpendapat sudah sampai masanya pimpinan tertinggi PAS Pahang bertemu dengan pemimpin Umno negeri ini bagi membincangkan supaya tidak akan terjadi lagi gangguan yang sedemikian rupa kerana boleh mendatangkan kesan yang amat negatif kepada demokrasi dan keharmonian penduduk setempat.

Tambahnya, cukuplah Umno Melaka yang suka mengganggu ceramah PAS dan kejelekan itu tidak sepatutnya berlaku di negeri ini dengan berpolitik secara matang apatah lagi di kawasan Perdana Menteri.

Bulan lalu ceramah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar di Felda Lepar, Kuantan kecoh setelah diserbu oleh samseng Umno tempatan sehingga hampir mencederakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Sebelum itu beberapa ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pahang turut diganggu oleh penceramah Umno Umi Hafilda Ali.

Peningkatan pengundi melampau <b>di Pekan</b>

Posted: 14 Feb 2011 02:16 AM PST

Written by Khairil Abdul Rahim  

TEMERLOH, 14 Feb: PAS Pahang menyifatkan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010 yang sedang dipamerkan pada masa ini mengalami pertambahan bilangan pengundi yang menakjubkan terutama di Parlimen Pekan.

Setiausaha Perhubungan PAS Pahang Roslan Zainal berkata, untuk suku tahun keempat sahaja terdapat pertambahan sebanyak 26,000 pengundi iaitu hanya dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun lalu.

Sedangkan katanya, untuk tempoh tiga penggal (9 bulan) sebelum itu jumlah pertambahan pengundi hanya sekitar 29,000 sahaja.

"Bagi PAS Pahang ini amat menakjubkan kerana bagi tiga bulan terakhir sahaja hampir menyamai pendaftaran sembilan bulan," katanya.

Menurut Roslan, paling menghairankan ialah pertambahan lebih 6,000 pengundi baru dalam masa tiga bulan itu di Parlimen Pekan yang diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Setelah disemak kita dapati pengundi-pengundi di pos-pos Orang Asli naik mendadak terutama di Parlimen Pekan dan Cameron Highlands. Selain itu kita dapati ramai pemilih-pemilih yang beralamat negeri Kedah terdapat di Pekan.

"Bagi PAS Pahang ini amat mencurigakan. Ini ditambah lagi dengan proses semakan dan bantahan dianjakkan sehingga hampir dua minggu, sedangkan keadaan seperti ini tidak pernah terjadi," katanya.

Kata Roslan, PAS Pahang berpendapat senario ini mungkin satu agenda bagi mengekalkan Najib di Pekan setelah merasa kurang selamat.

Tambahnya, jika ini benar ia hanya mengulangi proses penambahan pengundi pada 2003 di mana semasa persempadanan semula kawasan pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebahagian kawasan Parlimen Paya Besar dibawa ke Pekan dengan melibatkan dua buah kem tentera.

"Oleh yang demikian PAS pahang berpendapat sistem daftar pemilih SPR yang ada ini sudah lapok dan patut diganti setelah 53 tahun merdeka.

"Kerajaan pernah mendakwa mykad negara ini antara yang tercanggih di dunia jadi sepatutnya SPR boleh bekerjasama sengan Jabatan Pendaftaran Negara bagi membuat pandaftaran secara automatik apabila setiap warganegara berusia 21 tahun," katanya.

Roslan juga turut menggesa sistem undi pos sekarang dihapuskan kerajaan jika benar dakwaan mereka bahawa negara ini selamat.

Perkhemahan <b>di pekan</b> rabu PTSB | aldyshah.com

Posted: 16 Mar 2012 12:00 AM PDT

Assalamualaikum semua. Bertemu kembali kita dalam blog yang merah indah ini, ok bajet cam penceramah motivasi plak kann.. For sure kamu semua tak kenal sangat tempat yang bernama Pekan Rabu kan, salah satu tempat kat negeri Kedah, tapi at my campus ada satu tempat nih yang diberi nama Pekan Rabu, haha, mostly student pon tak taw sangat lah nickname nih, maybe agak familiar kat mereka yang up to dated saja kowt, Hamboii! terasa letteww. Ok, mari kita tengok tempat yang mendapat nama glamer Pekan Rabu nih.

Hah! Inilah tempat yang mendapat jolokan sebagai Pekan Rabu kat PTSB nih, tak sure plak macam mana dapat nama tu. Peserta PHAS 2 sedang memasang khemah ketika ini kerana mereka perlu camping kat sini dalam program PHAS 2. Kalu nak tahu, dataran ini adalah tempat yang sangat strategi dan berada di tengah-tengah Jabatan-jabatan yang ada kat PTSB kecuali Jabatan dan unit Sokongan.

Ok, semua peserta memasang khemah, sambil2x tuh sempat lagik bagi pose untuk paparazi capture picture dorang nih, pantang nampak kamera lah.

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan di canteen, tak jauh dari dataran Pekan Rabu PTSB, time nih belum pasang khemah lagi, haha, taruk gambar camping kat top plak kann..

Ok, taruk gambar-gambar budak comel kat dalam entry nih, kasi naik seri sikit blog nih, haha, errr tak termasuk yang tengah lentok tue yaa, itu iklan jer,kBai… (Hp banyak tuh peserta PHAS 2 punya ya, jangan duk puji plak anak orang kaya, anak datuk atau anak ikan.Opsss!)

Ok, giliran AJK-Ajk untuk bermesyuarat seketika bagi membincangkan apa yang akan dilakukan keesokkan harinya,muka penat jer kang..

Ok, lastly kena taruk jugak gambar blogger yang mmg suka tayang gambar sendiri nih,Haha..gambar agak kelihatan comel tapi kelihatan kurus yang amat disitu, bajet hot lettew, ok, kutuk diri sendiri adalah sebagai motivasi untuk masa depan yang baik, gituu, Ahakss,part untuk puji plak. Ensemm,anak sape lah nih, eh! *tetibe puji. Ok, sekian entry kali ini.Kbai… :P

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads