Selasa, 6 Mac 2012

06 di temerloh - Google Blog Search

06 di temerloh - Google Blog Search


Herba Tihara: Sepetang <b>di Temerloh</b>

Posted: 05 Mar 2012 11:27 PM PST

Assalamualaikum dan salam ceria :)
Masjid Abu Bakar ni dekat dengan Sungai Pahang,Temerloh...teringat zaman kecik-kecik dulu, mak selalu bawak saya ke kedai tangga tinggi di tepi Sungai Pahang tu..kat situ ada banyak koleksi pasu-pasu bunga dan macam-macam jenis bunga..masa tu ada bot penambang, kalau nak naik untuk bersiar-siar kena bayar RM2 pegi dan balik..biasanya mak akan belikan aiskrim untuk kami berdua (saya dan adik) sambil duduk di tepi sungai tu, menikmati keindahan alam...korang pernah tengok rumah rakit?

Masa tu memang banyak rumah rakit kat tepi sungai..kadang2 saya nampak seorang wanita sedang menghayun buai menidurkan permata hatinya :)...kadang-kadang nampak orang tengah makan nasik..jangan imagine saya duduk betul2 kat belakang rumah mereka ya..masa tu saya duduk atas pangkin di atas tebing sungai..kedudukannya agak tinggi..sekarang saya tak pasti rumah rakit ni masih wujud atau tidak sebab tak pernah lalu situ dah..sape orang Temerloh silalah kongsi..saya memang betul2 tak pasti :)

Setelah sekian lama, aktiviti rutin setiap kali ke Temerloh terhenti di situ setelah deretan kedai tangga tu telah terbakar lama dulu...sejak detik itu, saya tak pernah lalu kawasan tu lagi..baru2 ni sempat snap pic ni semasa tunggu hubby di luar masjid...seronok tengok anak2 kecil beruniform sekolah agama sembahyang berjemaah kat sini...terlupa pulak nak snap pic budak2 yang comel2 masa tu....
Saya jarang ke Temerloh, tapi tahun lepas memang kerap ke sini sebab temankan mak dapatkan rawatan tiap-tiap bulan kat Hospital Temerloh..sampaikan rasa phobia dah kalau lalu tepi hospital Temerloh tu...cukuplah, moga Allah kurniakan kesihatan dan kerahmatan untuk seluruh keluarga dan teman-teman..Insya Allah :)

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads