Selasa, 6 Mac 2012

di negeri pahang - Google Blog Search

di negeri pahang - Google Blog Search


164 orang terima sijil kerakyatan <b>di Negeri</b> Sembilan | N9 Kini <b>...</b>

Posted: 01 Mar 2012 06:55 PM PST

SEREMBAN, 2 Mac – Seramai seratus enam puluh empat orang mendapat sijil kerakyatan sebagai warganegara Malaysia semalam di Majlis Penganugerahan Dokumen Pengenalan Diri Peringkat Negeri Sembilan yang dikelolakan oleh MIC Negeri Sembilan.

Sijil itu telah disampaikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan di dewan pembanggunan MIC Negeri Sembilan.

Dalam Ucapan Menteri Besar,beliau berkata ini adalah satu hari yang bersejarah bagi penerima sijil kerakyatan dan menjadi warganegara.

"ini adalah hari yang bersejarah kepada mereka yang menerima sijil kerakyatan setelah menunggu begitu lama, mereka akhirnya akan mendapat sijil kerakyatan warganegara Malaysia yang sah."

Bagi R.Mugamal salah seorang penerima sijil kerakyatan yang berusia enam puluh tiga tahun, dia sangat bersyukur kerana mendapat sijil kerakyatan hari ini.

" Saya telah membuat permohonan sebanyak dua kali dan syukur kepada tuhan kerana saya akhirnya mendapat sijil kerakyatan pada hari ini"

Majlis penyampaian ini turut dihadiri oleh Menteri Sumber Manusia, Merangkap Pengerusi STF, YB  Datuk Seri  Dr. S. Subramaniam, Pengerusi Badan Perhubugan Awam MCA Negeri Sembilan, Dato' T. Rajagopalu, Exco Kerajaan Negeri, YB Dato' VS. Mogan, dan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sembilan, Encik  Mohd Faizal bin Abdullah.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads