Sabtu, 7 April 2012

06 di jengka - Google Blog Search

06 di jengka - Google Blog Search


Bekalan air selalu terputus <b>di Jengka</b> | Aduan Rakyat Online

Posted: 14 Feb 2012 10:31 PM PST

Saya ingin membuat aduan berkenaan bekalan air paip yang kerap terputus bekalan sejak akhir2 ini. Bayangkan dlm minggu ini sahaja sudah 3 kali bekalan air paip terputus dan bekalan terputus sekali seminggu sudah menjadi kebiasaan di sini. Ini menyukarkan aktiviti seharian penduduk di sini khususnya dan membebankan rakyat amnya.

Alasan yang diberikan oleh pihak JBA atau nama barunya PAIP ialah bekalan elektrik yang senantiasa terputus di loji air Batu Sawar. Jika benar sebagaimana alasan yang diberikan, pihak berkenaan seharusnya peka dengan masalah tersebut dan segera memperbaiki segala kerosakan dengan kadar yang segera.

Memalukan!!! Itu yang dapat saya gambarkan keadaan di sini sedangkan kerajaan Negeri Pahang hendak menjual air ke Selangor walhal keadaan di negeri sendiri tidak terurus.

Memalukan!!! Nama bandar sempena PM ke 3 iaitu ayahanda Perdana Menteri sekarang Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak seringkali terputus bekalan air paip sedangkan BTAR JENGKA adalah bandar kemegahan orang melayu di Malaysia.

Memalukan!!! Bilamana wakil rakyat yang dilantik serta pegawai di Jabatan Bekalan Air gagal menjalankan tugas memastikan perkara remeh temeh seperti ini sentiasa berulang sedangkan ini adalah keperluan asas bagi semua rakyat Malaysia. Bagaimana hendak memikul tanggungjawab lebih besar jika masalah bekalan air yang masih lagi berterusan sejak 25 tahun yang lalu?

Moga aduan saya yang mewakili seluruh warga Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang Darul Makmur mendapat perhatian pihak berkaitan terutama YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak kerana jgn kerana perkara remeh sebegini, sokongan rakyat pada PRU 13 akan datang kepada kerajaan BN jatuh merudum.

Sekian, wassalam.

By: achoy

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

Aduan yang berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads