Rabu, 4 April 2012

06 di kampung awah - Google Blog Search

06 di kampung awah - Google Blog Search


Hakisan <b>Di</b> Sungai Sat | Detik Perubahan

Posted: 11 Mar 2012 10:28 PM PDT

MACHANG – Masalah hakisan di Sungai Sat, Kampung Peneguh, membimbangkan penduduk apabila ia turut melibatkan jambatan dan jalan perhubungan utama mereka, di sini, semalam.

Tinjauan wartawan mendapati, hakisan sungai itu menyebabkan bahagian bawah yang menghubungkan jalan dengan jambatan itu kosong dan perlu ditangani segera bagi mengelakkan ia runtuh.

Penduduk, Che Ghani Abdul Rahman, 50, berkata, dia meminta kerjasama pihak berkenaan dalam usaha mengelakkan jambatan atau jalan itu runtuh.

Katanya, jalan itu akan runtuh pada bila-bila masa jika digunakan kenderaan berat memandangkan ia tiada sokongan di bahagian bawah.

"Jalan itu seolah-olah tergantung dan perlu diberi perhatian segera bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Kami bimbang, jika jalan itu runtuh, ia akan memberi kesan kepada jambatan yang terletak berdekatan, dan memakan masa yang lama untuk dibina semula sedangkan jalan ini adalah perhubungan utama penduduk kampung dan kawasan sekitar," katanya.

Nordin Samad, 63 berkata, dia menggunakan jalan itu setiap hari biarpun bimbang ia akan runtuh pada bila-bila masa.

Katanya, jalan itu lebih dekat untuk penduduk ke Bandar Machang dan menghantar anak-anak ke sekolah.

"Arus deras pada musim banjir baru-baru ini menyebabkan hakisan pada tebing Sungai Sat itu, dan kami berharap pihak yang berkenaan akan memberi perhatian kepada masalah kami ini sebelum keadaan lebih buruk. Selain penduduk Kampung Awah dan Peneguh yang menggunakan jalan ini, penduduk daripada kampung sekitar juga turut menggunakan dan dianggarkan lebih 30 keluarga menggunakannya setiap hari," katanya .

Pada masa sama, penduduk juga berharap ada pihak yang sudi membina pagar di Jambatan Kampung Awah, dekat sini yang didakwa membahayakan pengguna.

Sementara itu, Roling Ya,58 berkata, mangsa terbaru jambatan itu adalah anaknya sendiri yang berusia 8 tahun.

"Mujur dia tidak mengalami kecederaan yang teruk walaupun terjatuh bersama basikalnya. Saya berharap perkara ini tidak akan berlaku kepada orang lain, selepas terbina pagar jambatan. Jambatan ini adalah perhubungan­ utama penduduk, dan ia mampu membahayakan terutamanya pada waktu malam," katanya.

Manakala Mat Zin Yusoff, 60, berkata, sekurang-kurang enam mangsa terjatuh ke dalam Lubuk Awah itu sejak hampir 20 tahun jambatan itu dibina.

"Mungkin lebih ramai tetapi jumlah itu yang saya ingat termasuk seorang Tok Dalang yang patah bahu akibat terjatuh ke dalam Lubuk Awah itu. Paling membimbangkan kanak-kanak dan warga emas lagipun jambatan itu sempit, muat untuk sebuah sebuah kereta sahaja," katanya. – Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads