Satu kemalangan ngeri dengan 2 kematian telah berlaku di susur turun Genting Highlands di Karak melibatkan sebuah bas persiaran yang membawa pelancong dari India.

By Huzaifah Al-Selangori
On March 6, 2012 At 11:30 am
Category : Tempatan
Tags : Bas Ekspress, Cerita Kini, Genting Highlands, Karak, Kemalangan, Kemalangan 2012, Kemalangan 5 Mac 2012, Kemalangan 5/3/2012, Kemalangan Bas, Kemalangan Bas Genting Highlands, Kemalangan Bas Karak, Kemalangan Bas Persiaran, Kemalangan Genting Highland, Kemalangan Karak, Kemalangan Ngeri, Kemalangan Pelancong India, Pelancong India, Pelancong India Mati, Tempatan
Responses : No Comments
Gambar Kemalangan Bas Persiaran di Genting-Karak 2 Maut | Setelah sekian lama tidak ada sebarang kes kemalangan di Genting Highlands yang kali terakhir melibatkan kemalangan sebuah bas dengan 7 kematian (LINK), kini muncul satu kemalangan bas di Genting yang melibatkan 22 orang penumpang pada 5/3/2012. Kemalangan bas ini melibatkan pelancong dari India di mana 2 orang maut manakala 20 lagi cedera. Kemalangan bas ini berlaku kira-kira 8 pagi dalam perjalanan dari Genting Highands menuju ke Kuala Lumpur dan ianya terbalik di kawasan bahu jalan di Kilometer 4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
Operasi menyelamat telah melibatkan 50 anggota bomba dan lima jentera masing-masing dari balai bomba Bentong, Selayang, Kuala Kubu Bharu, Genting Highlands dan Wangsa Maju. Kalau kita ingat betul-betul, kes kemalangan ini tidak ubah seperti kes Kemalangan bas paling banyak kematian di Malaysia yang berlaku di Simpang Pulai tidak berapa lama yang lalu. Berikut merupakan kompilasi gambar dan video Kemalangan bas persiaran yang berlaku di susur turun Genting Highland-Kuala Lumpur, Karak.
Gambar Kemalangan Bas Persiaran India di Genting Highland Karak







Video Kemalangan Bas Persiaran India di Genting Highland Karak
Melayukini.net – Daripada gambar dan video Kemalangan bas persiaran melibatkan pelancong India ini, pada pandangan penulis, kemungkinan besar sebab utama kemalangan ini berlaku adalah disebabkan oleh masalah brek yang dipanggil "brake fade". Brake fade ini adalah satu fenomena di mana brek menjadi panas dan menjadi lembut yang seterusnya mengurangkan atau melenyapkan fungsi brek. AKAN TETAPI, apabila brek tersebut menjadi sejuk, ia akan menjadi normal dan kembali seperti biasa. Oleh sebab itu, sukar untuk kita membuktikan yang masalah brek menjadi isu dalam ke kemalangan seperti ini. Maklumat lanjut tentang brake fade –> http://miros-road-safety.blogspot.com/2009/03/what-is-brake-fade-and-how-to-overcome.html
Sumber: Berita Harian Online via Cerita Kini | Layari Berita Kemalangan Informasi Malaysia Kini

Tiada ulasan:
Catat Komen