06 di pekan - Google Blog Search |
Guru <b>di Pekan</b> dipaksa jadi mata-mata Umno Posted: 26 Apr 2012 06:21 PM PDT Jumaat, 27 Apr 2012 09:21 Written by Harakahdaily23
Mereka juga telah dipaksa menyertai satu taklimat Umno yang dalam surat panggilannya dinamakan program wacana ilmu. "Kami dipanggil dan diarahkan supaya menjadi mata dan telinga PPD dan Umno serta membuat laporan dan penilaian guru-guru di sekolah masing-masing. "Kami diminta supaya mengklaskan setiap guru sama ada hitam (sokong pembangkang) atau puteh (sokong BN)," beritahu satu sumber kepada Harakahdaily. Para guru ini, katanya, juga akan diberikan tugas sewaktu pilihan raya nanti. "Dahlah dipanggil waktu sekolah, tinggalkan sekolah dan anak murid semata-mata kerana nak jaga kepentingan Umno. "Dulu mereka hantar surat ke sekolah, kini kami lantik supaya menjadi mata-mata Umno pula," sungut sumber itu. Menurut beliau, sepanjang taklimat itu, satu video ditunjukkan bagi menunjukkan jahat dan buruknya Pakatan Rakyat ini. Di samping itu, setiap guru diberikan sebuah buku bertajuk 'PAS BUKAN PARTI ISLAM'. (gambar atas) Tidak cukup dengan itu, pada 12 Mei ini, guru-guru daerah Pekan akan diwajibkan hadir ke dewan Konvesyen Umno Pekan untuk mendengar ceramah dari JASA pula. |
You are subscribed to email updates from di pekan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen