Sabtu, 7 April 2012

di negeri pahang - Google Blog Search

di negeri pahang - Google Blog Search


BLOG PAHANG: <b>di negeri pahang</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Apr 2012 09:42 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Sungai Rapat Online: Najib Tiba <b>Di Negeri</b> Sembilan

Posted: 09 Feb 2012 09:31 PM PST



Datuk Seri Najib Razak tiba pagi ini untuk lawatan kerja sehari ke Negeri Sembilan.

Ketibaan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor jam 9 pagi dengan helikopter di Padang Awam Seri Menanti dekat sini, disambut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Datin Seri Raja Salbiah Tunku Nujumudin.
Najib dan Rosmah kemudiannya menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.



Mereka meninggalkan istana jam 10 pagi untuk ke majlis penyerahan surat tawaran memiliki rumah projek penempatan semula penduduk di Kampung Abok, Rahang di sini.

Pada tengah hari, Najib dijadual menghadiri jamuan makan tengah hari bersama pemimpin Barisan Nasional negeri di sebuah hotel terkemuka di sini, sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Sikamat.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri akan menyertai majlis menyambut ulang tahun ke-50 Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia dan Perdana Gayong Malaysia Sedunia 2012 di Padang Majlis Perbandaran Seremban.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads