06 di Cameron Highlands - Google Blog Search |
Aku Hidup Dalam Blog: Apa yang menarik <b>di Cameron Highlands</b>? Posted: 16 Mar 2012 10:45 PM PDT Setiap orang di Malaysia pasti tahu Cameron Highlands. Masa aku kecik, perkara tentang Cameron yang aku biasa dengar ialah tempat tu sejuk macam negara mat saleh dan kat sana ada pokok teh. Tapi, masa tu tak pernah pun ada peluang sampai ke Cameron. Sebenarnya aku pertama kali jejak kaki ke Cameron hanya pada umur 29 tahun 3 tahun yang lalu. Kali kedua ini aku datang lagi dengan membawa anak, isteri,adik dan maid ke sana. Pertama kali datang pada 2009 agak teruja dengan suasana tempat tersebut yang agak dingin berbanding cuaca di tempat lain. Teruja juga sebab dapat melihat banyak ladang strawberi, ladang teh, gerai gerai menjual sayur sayuran segar dan cenderamata yang di jual di segenap kedai yang terdapat di pinggir jalan. Ada orang yang datang berkali kali ke sini mungkin tidak pernah rasa bosan. Tapi bagi aku, datang kali kedua ke sini sangat membosankan kerana sudah tidak ada apa yang menarik. Pertama mungkin aku kurang berminat pasal cenderamata,baju dan buah strawberi. Apatah lagi pasal teh strawberi yang bermacam macam jenama tu. .Sebenarnya aku datang ke sini cuma menemankan isteri yang teringin nak makan buah strawberi. Padahal di Tesco ada je jual kalau setakat nak makan kan?. Dari segi cuaca pulak, rasanya cuaca di Cameron tidak lah sesejuk mana. Ada orang kata cuaca di sini semakin panas berbanding dahulu. Namun cuaca masih lagi di kira sejuk jikalau mahu di banding dengan cuaca di bawah. Hotel di sini tidak gunakan aircond. Namun setiap bilik air hotel pasti perlukan waterheater. Airnya sangat sejuk seperti air baru keluar dari peti ais. |
You are subscribed to email updates from di Cameron Highlands - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen