Ahad, 27 Mei 2012

06 di janda baik - Google Blog Search

06 di janda baik - Google Blog Search


Malaysian Sports&#39; Loose Cannon: Permata <b>di Janda Baik</b>

Posted: 01 May 2012 02:37 AM PDT

Aku berpeluang melawat Akademi Bola Sepak Frenz United di Janda Baik baru-baru ini. Mengikuti rombongan media dalam bas yang disediakan Frenz United FC, perjalanan ke akademi itu mengambil masa lebih kurang 45 minit dari Bukit Jalil. Media dijemput membuat liputan pelancaran dan majlis undian Piala Frenz, kejohanan Bawah 14 tahun anjuran bersama Frenz United FC dengan Persatuan Bola Sepak Pahang, disokong Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Pintu masuk akademi yang menyambut tetamu

Tetamu kehormat majlis, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, cukup kagum dengan kemudahan di akademi itu, yang juga disebut ringkas sebagai FUFA.
"Kalaulah ada 13 lagi akademi sebegini atas inisiatif pihak swasta seperti Frenz United, tentu usaha mencungkil bakat di peringkat akar umbi lebih mudah. Ini adalah satu set-up yang cukup profesional," kata Azzuddin.

Lihat kemudahan yang disediakan.

Bilik media, ada Internet

Sambil mengangkat besi, Cristiano Ronaldo jadi inspirasi

Gelanggang serba guna jadi tempat pelancaran Piala Frenz
Dari kiri presiden Frenz United FC, Noor Ihsan Abdul Hamid, Pengarah Pendidikan, Sopiah Suid (dulu pernah kerja di NSTP), Azzuddin, Setiausaha PBNP, Fuzzemi Ibrahim dan Pengarah Teknikal Frenz United, Omar Ali

Pemilik Frenz United, Rashid Maidin...muda lagi

Undian dilakukan oleh Timbalan Setiausaha Agung FAM, Ahmad Fuad Daud, dengan Ong Kim Swee pilih pasukan dari balang
Turut hadir pada majlis pelancaran itu bekas kapten pasukan negara Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh dan Kamarulzaman Yusof. "Wah, hebat kemudahan kat sini," kata Zainal kepada aku.

Pemain FUFA teruja bertemu Izzaq Faris Ramlan, Gary Steven Robbat dan Irfan Fazail

Tanggungjawab memberi bimbingan secara teknikal kepada 50 pemain berusia 13-14 tahun di FUFA digalas Omar Ali, bekas jurulatih akademi Selangor dan UiTM Shah Alam. Dia dibantu Ahmad Fairuz Yunus dan beberapa bekas pemain. Fairuz adalah anak kepada Allahyarham Yunus Tasman, nama besar dalam kejurulatih bola sepak di Selangor dan Kuala Lumpur pada 70-an dan 80-an

FUFA bersedia menghadapi Piala Frenz
Piala Frenz yang julung kali diadakan bermula Jumaat ini, disiarkan secara langsung oleh Astro Arena 801. Juga ada laporan mingguan. Piala Frenz menawarkan jumlah wang tunai RM100,000, tentunya jumlah paling besar pernah ditawarkan untuk kejohanan peringkat umur. Baca di sini
Sungguh bertuah 50 remaja dari seluruh negara yang duduk sebumbung belajar bola di FUFA sambil menerima biasiswa dari Tingkatan 1 hingga 5, bernilai RM80,000. Bersekolah di SM Saleha, sebuah sekolah asrama swasta di Genting Highlands. Mereka dipilih selepas melalui satu proses pemilihan selepas kejohanan MSSM di Pulau Pinang tahun lalu. Ada empat pemain sudahpun dilepaskan ke Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads