Isnin, 25 Jun 2012

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


PERMATA ZULTIE: BERCUTI <b>DI CAMERON HIGHLANDS</b>

Posted: 20 Jun 2012 10:20 AM PDT

Baru sekarang berpeluang upload gambar-gambar kenangan sewaktu bercuti di Cameron pada minggu kedua cuti sekolah yang lepas. Percutian ini sangat bermakna buat kami sekeluarga yang jarang-jarang berjalan jauh ni..
Ladang Teh, Cameron Valley
Makan Strawberry coklat 
Hari ke 2 - Raju Hill Strawberry Farm

Butterfly Garden . Bayaran masuk dewasa RM 5, kanak-kanak RM 3
Di Butterfly Garden lagi.. Ada serangga, haiwan dalam sangkar, rabbit yang comel pun ada.. Tengoklah faiz macam nak masuk dalam reban rabbit tu.. Yang Izzah tunjuk tu ialah kulat. Di Bee Farm. Abi, kakak dan Muiz sempat masuk dalam 'Sarang lebah buatan yang mengelirukan'.. Pening kepala juga dibuatnya.. umi dengan faiz duduk kat luar je, takut sesat.. Perjalanan balik, sempat singgah lagi di satu ladang teh sambil menghirup udara segar dan menghayati pemandangn yang cantik.. Tak minum teh pun kat situ.. malas menunggu, orang ramai sangat.. Playground di Tanah Rata.. Singgah kejap sebelum turun nak balik.. Waktu tu pukul 12.30 tengahari. Udara sejuk dan berangin sangat.. Seronok anak-anak main kat situ..
Di hujung sekali, gambar dalam bilik kami.. Bilik kami, Holiday Budget Hotel. Bilik ni di atas kedai cenderamata, dekat dengan pasar malam Berinchang, berdepan dengan Hotel Star Regency. Kira puas hatilah. Jimat belanja, jalan kaki je pergi beli cenderamata, dan jalan pasar malam..

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads