Ahad, 17 Jun 2012

di negeri pahang - Google Blog Search

di negeri pahang - Google Blog Search


PASPB: MAKIN BERMASALAH!!!UMNO bercakar <b>di Negeri</b> Sembilan

Posted: 12 Jun 2012 02:04 PM PDT

Negeri Sembilan dalam bahaya jika BN masih mengekalkan Datuk Seri Mohamad Hasan bertanding dalam pilihan raya umum 13."Rakyat Negeri Sembilan mengatakan mereka tidak mahu Menteri Besar sekarang bertanding sekali lagi. "Mereka kata,jika Mohamad bertanding, mereka tdak akan undi BN," kata bekas ADUN BN Chembong, Datuk Mohamd Rais Zainuddin. 
Menurutnya, sekumpulan ahli veteran Umno Negeri Sembilan telah mengetengahkan perkara ini ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.  Katanya, rakyat tidak gembira dengan Mohamad dan meminta beliau tidak bertanding mana-mana kerusi DUN di Negeri Sembilan.

"Mereka kata, mereka tidak gembira dengan keluarga Mohamad. Ini pandangan rakyat, saya cuma memberitahu. "Jika Najib mengutamakan rakyat, beliau harus melihat dan mempertimbangkan perkara ini dengan serius, " kata Mohamad Rais yang juga bekas AJK Umno Rembau.

Katanya, rakyat yang sayangkan BN dan Umno bimbang Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan pembangkang jika Mohamad terus bertanding dalam PRU 13.  Sementara itu, seorang AJK Umno Rembau memberitahu, penyokong bekas Menteri Besar Tan Sri Isa Samad yang tidak gembira dengan Mohamad.

"Mereka tidak mahu Menteri Besar sekarang bertanding lagi di DUN Rantau," kata Mohd Fauzi Othman.

'Orang Isa tidak suka Mohamad'


Mohamad bekas tokoh korporat menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selepas PRU 12. Beliau juga merupakan Ketua Umno Rembau. Kata Mohd Fauzi, orang Isa masih belum puas dengan Pengerusi Felda itu yang telah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 21 tahun itu.

"Orang Isa tidak suka kepada Mohamad, mungkin mereka sudah tidak dapat apa yang mereka dapat semasa Isa menjadi Menteri Besar. "Tapi apa yang Isa buat selama menjadi Menteri Besar? Sepatutnya Negeri Sembilan sudah jadi seperti Melaka jika ditadbir secara korporat.

"Ini yang mahu dibuat oleh Mohamad iaitu membangunkan Negeri Sembilan secara korporat. "Cara ini (korporat) mungkin menyebabkan orang tidak suka kepada Mohamad tetapi ia sesuai untuk pembangunan Negeri Sembilan," katanya lagi.

Menurut Mohd Fauzi, bagaimanapun beliau tidak mendengar bahawa Mohamad akan bertanding di Parlimen atau DUN lain dalam PRU 13. Katanya, Mohamad akan kekal di DUN Rantau dan pengundi serta boleh menerima pemerintahannya secara korporat yang sesuai dengan perkembangan semasa Negeri Sembilan yang berkembang pesat.

"Tanya rakyat Negeri Sembilan, apa beza Menteri Besar Negeri Sembilan sekarang dengan Menteri Besar sebelum-sebelum ini?" katanya lagi. Mohd Fauzi yakin Mohamad akan kekal bertanding di DUN Rantau kerana beliau merupakan anak jadi kawasan tersebut.

Mohamad disebut-sebut akan bertanding di DUN Paroi yang kini diwakili Pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Taufek Abdul Ghani dalam PRU 13.
Addin

Homestay <b>di Negeri</b> Sembilan paling aktif | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2012 11:07 PM PDT

RANTAU : 28 April – Hasrat penduduk Kampung Sega untuk menjadikan perkampungan ini sebagai sebuah Homestay Sega terlaksana hari ini setelah Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan menyampaikan sijil pendaftaran kepada 20 orang peserta homestay yang diadakan di perkarangan rumah Puan Salmah Bt. Zainal, pagi  tadi.

Homestay Sega ini diwujudkan bertujuan untuk menarik seramai mungkin pelancong dari dalam negara mahupun luar negara untuk menginap dan menikmati keunikan yang terdapat di dalam sesebuah perkampungan seperti tempat penginapan, budaya hidup penduduk, amalan kebersihan penduduk, kesopanan pengusaha-pengusaha homestay, keindahan kampung dan produk-produk pelancongan.

Aktiviti-aktiviti kemasyarakat turut akan diadakan iaitu persembahan kebudayaan, permainan tradisional, upacara menikmati minuman air kelapa, penghasilan kuih-kuih tradisional, perusahaan roti canai segera, penanaman dan penuaian buah salak, demontrasi penorehan getah, pemeliharaan ternakan darat dan ikan, serta akan diadakan aktiviti 'mengocar'.

Selain itu, aktiviti keagamaan turut akan diadakan seperti berzanji, bacaan ayat suci, majlis tahlil dan bacaan yassin. Upacara qurban juga turut disenaraikan menjadi aktiviti Homestay Sega ini.

Menurut Menteri Besar, Homestay di Negeri Sembilan adalah homestay yang paling aktif dan Homestay Sega ini merupakan homestay yang ke-10 di dalam Negeri Sembilan.

"Homestay ini banyak membawa faedah terutamanya dalam sektor pelancongan dan di samping itu, turut dapat menjana pendapatan melalui produk-produk yang dihasilkan," ujar beliau.

Jelas beliau lagi, walaupun homestay ini akan berada di tengah-tengah pembangunan yang semakin pesat membangun namun ianya akan menjadi sebuah kampung tradisi yang penuh dengan budaya masyarakat kampung.

Beliau turut mencadangkan kepada para peserta homestay untuk wujudkan satu 'website' Homestay Sega di mana akan terdapat maklumat-maklumat mengenai penginapan, aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, produk-produk pelancongan yang dihasilkan dan sebagainya.

Dalam majlis tersebut, beliau turut mengagihkan anak-anak pokok serta baja kepada penduduk kampung, melawat kawasan persekitaran salah seorang peserta Homestay Sega dan memberi makanan kepada ikan-ikan di dalam kolam.

Menteri Besar turut memperuntukan sebanyak RM2,500 kepada setiap peserta homestay bagi kegunaan membaiki sebarang kerosakan, mengecat rumah, dan kerja-kerja yang berkaitan untuk penambahbaikan rumah induk.

Hadir sama, Pengarah Tourism Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, En. Zaidi Bin Kassim; Wakil Pengarah Jabatan Kementerian Pelancongan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, En. Mohd Hazrin Bin Shuhaimi; Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Tuan Haji Hashim Bin Bedu; Pengerusi Homestay Sogo, En. Abdul Aziz Bin Ahmad.

Oleh : Ainaa

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads