Ahad, 1 Julai 2012

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


CINTAMANISZ Lite: Kenduri kawen <b>di Cameron Highlands</b>

Posted: 01 Jul 2012 08:45 AM PDT

30hb Jun 2012
Sabtu

Pagi Sabtu tu kitorang bergerak ke Cameron Highlands (CH). Nak gi makan kenduri...kenduri kawen anak Pakcik Ajak yg mmg dh bermastautin kat CH sejak sekian lama.
Pakcik Ajak asal Bentong..keje forest kat Lentang. Pastu, kena tukar ke CH sampailah bertemu jodoh ngan makcik dan terus dok situ sampai skang.

Pakcik Ajak ni kawan ayah...kawan baik ayah masa sama2 keje pejabat perhutanan kat Lentang 38tahun yg lalu, fuh!!

Kitorang dh agak dh...dari Taiping ni kitorang mesti kena tempuh beberapa kawasan sesak utk sampai ke kenduri tu. Mula2 sesak kat trafik light lepas jer tol Spg. Pulai. Mmg byk kenderaan menghala ke CH maklumlah minggu gaji...
Lepas tu sesak kat Tringkap ramai berenti nk gi membeli kat area situ. Pastu, jem lg...mesti mulanya kat area Kea Farm tu. Mmm...kan betoi!! mmg situ ler puncanya, giler!! Polis tak jaga ke?? Jaga lah, kan...
Pastu, sesak jgk sket kat area pasar malam tu sebab ada peniaga yg dh mula bukak gerai dan meniaga. Org gi CH ni..pantang ler nampak org menjual...mesti nk berhenti membeli, hoho..

Hmm..kat sini kan dh bukak hotel apartment. Sape2 yg nginap sini sng sgt ler nk nyopping kat area situ, kan?? Tp tu lah...kat sini takde tempat makan best. Nk makan kena gi pekan Brinchang. Kalo Jumaat malam Sabtu dan Sabtu malam Ahad...kat pekan Brinchang kan ada pasar malam. Kalo musim cuti sekolah...tiap2 malam ada pasar malam. Hmm...mesti ler jem giler dari sini nk turun ke pekan Brinchang cari makan, kan. Apartment sini kalo leh masak tu orait ler jgk...mm..
Peniaga kat CH ni...kalo boleh....atas jalanraya tu pun dorang nk berniaga, hahaha...Bkn apa, tgk keadaan dorang dari tempat penanaman sampai ke rezab2 jalan....sampailah ke tempat berniaga..betoi2 tepi jalan!!

Kitorang sampai dulu. Tunggu Fadel, Dayah dan ayah sampai baru leh gi sesama kenduri tu.

Kitorang gi Taman Sedia ni sebab nk gi dewan Balora Taman Sedia ler. Kenduri wat kat situ. Tak sangka ye...kenduri kawen kat CH ni pun ramaiiii tetamu yg datang. Mgkn jgk pakcik Ajak ni ramai yg mengenalinya. Sedara-mara dari Bentong pun ramai yg datang. Siap tido kat chalet yg ditempah kat depan dewan tu. Dan ada yg dok kat chalet pakcik Ajak sendiri...

Ini adalah pengalaman pertama makan kenduri kat CH, hehe. Masa ayah bgtau pakcik Ajak jemput gi makan kenduri kat CH ni terpikir2 gak...apa ler lauk-pauk dorang ye?? hehe..

Masak pun gotong-royong tau. Jgn ingat orang Melayu kat CH dh kurang kemasyarakatan dorang, huhu.
Buah tangan dlm beg yg diberi pulak ada sebijik cupcake dan sebiji epal ijau.
Ayah makan kenduri....kali ni tanpa emak kitorang di sisi. Tu sebab kitorang semua teman ayah tu. Mmg terasa betoi takde emak ni sebab bila majlis keramaian mcm ni mak lah yg selalu berbual mesra. Ada jgk sedara-mara pakcik Ajak tak tau mak kitorang dh takde.....
Tetamu pakcik Ajak mmg tak putus2 tapi tu lah...tak sempat nk amek gambo pengantin. Pengantin dh kuar outdoor. Aduhlah, cepat bebeno gi outdoornya. Lom kul 2ptg lagi, weh!!! Mentang2 lah cuaca dingin kat CH ni...dh tak kisah ler kuar outdoor kul brp pun, kan..mesti tak peloh sgt lah!! hihi.

Tp bg aku lah kan...sebenarnya nk outdoor kuar ler lambat sket..kul 2.30ptg ke. Jumpa dulu tetamu2 ibubapa dia yg kat luar dewan tu. Pengalaman kitorang sebagai OP...takde lg pengantin yg tak hormati tetamu. Dorang mesti nk jumpa orang itu orang ini dulu...tetamu meraikan dorang dan dorang jgk meraikan tetamu. Tanpa tetamu apalah maksud sebuah kenduri itu, kan.

Hmm...dalam gelak2 ayah masa berborak ngan kengkawan dia tu....sebagai anak aku tau apa yg tersirat dlm pikiran ayah.

Kitorang biarkan ayah berborak. Kitorang gi masuk dlm dewan jap nk tengok pelamin. Cenggitu ler pelaminnya, hehe.. Cam dalam gambar di bwh.
Alhamdulillah, along pun mmg pulang bermalam ujung minggu tu. Dapat gak ler bawak dia sekali naik bermalam kat CH..
Ni lah pakcik Ajak..comel mcm ayah jgk. Ada chalet, ada tempat penanaman bunga, ada kantin utk pekerja2 kontrak....mm..
Pakcik Mail Hon ni adek-beradik ler ngan pakcik Ajak tu. Masih dok Bentong. Ada satu jambatan kat belakang dewan tu. Nk ke arah mana tak tau lah. Abg nk explore masuk sampai ke dalam2 tu tp aku tak bagi, hehe..
Alasan...kang jap lagi nk balik dh, ngee..
Abg ckp macam lawa aje kat dlm utan tu. Mcm ada utan berlumut....mmg ada trek tp tak tau ler leh sampai mana. Mgkn ada air terjun kat belah2 dlm tu agaknya kot, huhu.. Akiss berlatarbelakangkan utan tu...
Bg aku, wlpn aku tak penah nyewa lagi kat sini...tp nampak Neeza Chalet ni ok. Rate pun RM100-RM130 satu malam. Masih baru.
Sebab aku penah terbaca...kat area Tmn Sedia ni mmg byk chalet dan homestay tersedia oleh penduduk situ tp ada yg tak best langsung. Kena kongsi umah ngan tuan umah satu hal lah. Masa sewa tu, tuan umah bawak sedara-mara pun tido kat umah dia. Aduilah....
CH ni mmg byk homestay, chalet, apartment...jadi kalo nk gi musim cuti sekolah atau cuti ujung minggu pun...pilih yg betoi2 bagus dan booking awal. Buat perancangan awal utk cuti terutama yg nak gi ramai2 ni. Paling tidak pun seminggu sebelum gi kalo utk cuti ujung minggu ni. Kalo hari2 biasa takde masalah, kot...mm..

Ok. Tak lama tu...kitorang nk gerak ke tempat lain pulak. Nk gi lepak2 makan eskrem stoberi jap, ye..

Sambung....

Nota Alona:-
~Ke mana ku bawa.....hati yg rindu....
~Tetap terasa kekurangan...
~Mak tetap dlm ingatan. Al-fatihah.

‿Teratak fiQ&#39;Ra‿: HoneyMoon <b>Di Cameron Highlands</b>

Posted: 30 May 2012 01:33 AM PDT

Assalamualaikum pembaca blog fiqra ;)

Bestnyaaaa tak kahwin lagi mas dah pergi honeymoon. jeles tak? haha.. jom tengok gambar honeymoon mas dengan cinta hati. agak agak lepas ni dapat pergi honeymoon lagi tak yer? ermmm, moga moga.. amin.. apa pun honeymoon di cameron highland memang best gila. hehe entah kali ke berapa pun tak tau, dah jejakkan kaki ke cameron. tapi mungkin ni kot paling bermakna sebab masing masing dah ada keluarga sendiri..

sudahhh mas merepek jauh gila ni.. padahal bercuti dengan family. sorry dear2.. hehe ;D gambar tak follow turutan. berterabur sikit. layan je :))

Mas yang bertudung purple :))
adek bermata empat.. haha, ohhhh gambar kiteee dekat dengan lensa :D
Keluarga mas bukan dari golongan Di Raja, Menteri, ataupun dari golongan berada. keluarga mas adalah dari golongan mampu dan sederhana. inilah cinta hati mas dunia akhirat. tak ada yang boleh ganti, ataupun di beli dengan ukuran wang ringgit. yang penting, kasih sayang, cinta, agama, perlu ada :) terima kasih bapak ;')

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads