Isnin, 23 Julai 2012

06 di janda baik - Google Blog Search

06 di janda baik - Google Blog Search


as life goes on...: Terbaik <b>di Janda Baik</b>

Posted: 26 Jun 2012 09:33 PM PDT


Tempat baik, sungai baik, makan baik, kucing baik dan kami pun baik-baik saja di Janda Baik, Bentong, Pahang. Fuhhh! memang TERbaik!

Cuma yang kurang baik ialah kami lupa bawa kamera! Again for the second time. Macam mana pi holiday bleh lupa bawa kamera kami pun taktaw. Sedangkan beg charger pulun dok bawa bagai...sobb..sobb...

Kesudahannya all photos taken using iphone. Dah tu plak, kat dalam bilik ada dua power sockets tapi dua-dua tak bleh pakai! Nasib baik ada power socket kat luar bilik, maka dok lar melangut kat luar while charging the phone...kalo dibiarkan sendirian, nanti tinggal charger jar plak :D


Sebenarnya dah lama nak datang ke Janda Baik ni, cuma ragu-ragu tentang di mana nak stay. Terlalu banyak pilihan dan gambar kat internet memang sumer lawo-lawo dan best. Kiranya menggoncang jiwa raga lar kalo tengok gambar-gambar yang sumernya diamik guna DSLR tu. Tapi kami nie jenis yang tak percaya bulat-bulat apa yang dipapar dan diceritakan di internet. Kena lar buat research sket. Bulan lepas kami hantar bonda, adinda & her family holiday kat Janda Baik. Itupun, naik julinn biji mata nak pilih resort yang sesuai. Maklumlah, nak bagi orang pi bercuti kena lar yang best sket. Bukan stakat lepas batuk di tangga saja. Alhamdulillah, depa sumer happy dan satisfied. Kami pun happy :)

Penginapan dari serendah RM70 hingga ke RM10,000 semalam ada terdapat di Janda Baik. Jangan terkejut kalo kami bagi tau ada bungalow atau private estate yang harganya mencecah RM1,000/night atau kalo full package untuk 3D2N boleh mencecah RM10,000. Tepuk dada tanya selera. It's a benefit for big family atau group booking. Boleh share-share.

Teringat pengalaman kami during recent CNY. I drove to Cherating for 3hours. Bila sampai di resort yang terlebih dahulu telah ditempah, kami tak straight away check-in. Kami pi round kawasan sekitar resort and peek into the chalet instead. Aramakkk!!! The chalet was totally unacceptable! Gambar-gambar, reviews & bloggers yang dok puji sangat that resort tu agaknya buta mata dan hati agaknya. The room was dirty, usang, seram, and can't even swing a cat inside. If I choose to stay, I will need a lot of air freshener, my own bed sheet, my own blanket, definitely my own amenities and toiletries and a broom to sweep the floor. Kesimpulannya ianya tidak menepati piawaian kami. Bukan kami cerewet cacing kerawitt tapi memang indah khabar dari rupa. Kami bukan nak duduk free, bayar taw cikjah oii...of course I didn't check-in. I left the resort and walked in to many others resorts and hotels. Unfortunately, sebab public holiday, maka I didn't get any room. Kalo yang ada pun suite room RM800/night. Tapi buat apa kalo bayar harga mahai but dapat servis yang tak setimpal. I drove back to KL. Tak kesah, janji kami tidak tertipu.


But my Janda Baik story here memang tak tipu. Great stuff and I would love to share it with cikjah. Kadang-kadang, dengan sedikit effort dan persiapan yang rapi dan sempurna, sesuatu percutian yang menarik pasti akan menjadi lebih super menarik lagi...hehee
Janda Baik dekat jar. About 40mins-1hr drive from KL. Pada hemat kami, lagi best mandi manda di Janda Baik dari di Sungai Congkak, Gabai dan Ulu Yam yang sesak-sesakk tu. Perjalanan menuju ke Janda Baik agak mengujakan sebab sepanjang perjalanan naik ke Janda Baik dikelilingi hutan nan hijau. Segar mata memandang. Maklumlah kami kan pencinta alam dan bukan pecinta sopping mall...hihiii
Entrance nak masuk Kampung Janda Baik.  Head over heels! Yippiie!
Kami memang have no intention untuk bermalam di Janda Baik sekiranya kami tak jumpa resort dengan bilik yang sesuwei. Cukuplah kalo sekadar dapat picnic tepi sungai. Tapi sumer kelengkapan menginap tetap kami bawa. Mission kami ialah untuk melihat dan meninjau sendiri resort-resort di sini sebelum bermalam.

Singgah breakfast di gerai makan orang kampung. Makan nasi lemak best. ayaq kopi panas memang bawa dari rumah. Kopi kaww! Lepas tu singgah di kedai runcit beli buah-buahan. Sambil tu tanya kakak tokey kedai apa yang best dan apa yang tak best di Janda Baik. Jangan berat mulut kalo nak taw sesuatu yang best. Namun, apa yang dicadangkan janganlah terlalu ambil serius kerana taste individu berbeda yaa...hehee. Jadikan sebagai panduan. I gave a visit to a few resorts and finally berpuas hati dengan pilihan yang satu ini. Tips kami untuk cikjah ialah jika walk in tanpa reservation, datanglah awal pagi. InsyaAllah ada bilik. Kalo lucky boleh terus check in walopun kat their website stated that check in time is 3pm which is ridiculously late!.


Tara! Welcome to Hawa Resort. Jalan masuk kecik jar. Muat satu kereta. Suspenderr betul time drive nak masuk. Dah lar berbukit, lorong plak sempit....eeuuww!


Fully booked cikjah oii! yang tinggal cuma river chalet located near the entrance. Mengadap sungai dan approximately 200m dari main resort area. Kebetulan on the same day ada two big groups check-in. Satu group training satu group lagi family day. Bilik best yang jenis VIP, VVIP sumer penuh.


I walked around & siasat chalet dulu. Kawasan sekitar nampak bersih. Deretan chalet kayu nampak comel sebab kalerful. Tetapi........biliknya kecil beralaskan tikar getah with river view. Dua katil besi single bed, satu bantal penyet, satu selimut, kipas angin no air-cond, bilik air so-so with hot and cold shower. No ammenities kecuali sabun May kecik. RM150/night without breakfast.


Setelah pikir punya pikir, kami decided untuk check-in di sini. Sebab utama ialah sungai di resort nie best sangat. Kawasan sekitar resort luas, bersih dan terjaga rapi. Tiada unsur-unsur seram dan hutan rimba keterlaluan...hehee
Ganjarannya kami dapat late check out suka hati. Waawwwiieee!


About the room plak, kami pejam mata saja sebab I spent maximum time by the river. Balik bilik untuk shower dan tidor jar. Itupun tak bleh lena sangat. Nasib baik kami ada air-freshener Little Tree yang tak guna lagi dalam kereta. Kami gantung kat dalam bilik bagi wangi sket :)


Pengalaman tak boleh blahh ialah bila kapell jiran sebelah chalet dok 'goyang katil hantukk dinding' di tengah malam buta! Tiga kali cikjah oiii di sepanjang waktu tidor tu...Adeiiiii!! katil kami pun goyang skali hinggakan kami terkejut dan terjaga dari tidor. Sebab tu kami bleh hingat tiga kali! Dah taw itu chalet kayu sbelah menyebelah, dinding pun plywood saja tambah plak bilik pun kecik...tak payah lar dok goyang katil. Goyang kat rumah tak boleh karr? Gross!!! Bukannya ada suasana romantaikk pun dalam bilik tu...iskkk...iskkkk! kesiannnn. 


Sesudah subuh pukul 6.45am kami buat senaman lompat bintang 50 kali. Bergegarr lantai chalet. Padan muka jiran sbelah sebab buat kami takleh tidor smalam. Huh!

BTW, no public picnic okay. For check-in guest only.

Sungai di hadapan chalet kami agak cangkat , berbatu tetapi bersih.
Sesuai untuk anak-anak kecil. 

Naik ke atas sket iaitu di kawasan main resort area ialah sungai yang superbest! 


Kurang berbatu dan mempunyai kedalaman yang sesuai untuk mandi-mandi.

Airnya sejukkk sangat. The first dip was horrible experience. Sejuk gedik-gedikkk.


Zaman pi picnic bawa basket pegi pasar telah berlalu....heheee
Kami ingat lagi, kalo dulu-dulu pegi picnic mak mesti  bawa raga kaler hijau atau merah, ada termos air panas kaler merah. Comel jar :)
Boleh cikjah bayangkan apa yang lagi best dari picnic sebegini? Tempat landai luas, rumput hijau, bersih, kering dan disinari sama-samar cahaya matahari. Kami sorang jar dok hampar picnic mat lagu nie. Kalo cikjah tengok mesti kata kami hoverr. But I knew, it was beautiful and perfect. Aiceh! Cikjah ada? sebab takdak lar dok kata kami hoverr tue....euuwww...hahaa
Well, kami memang suka benda-benda yang lawa dan sedap mata memandang nie. Bukannya susah pun. Sedikit usaha dan persediaan rapi to ensure for unforgettable memories.
Splashing time! WeeEeeeEeee
Pada mulanya, during my check in date, memang ramai orang sebab ada group training dan group family day. Tapi bila depa dah check out....fuhhhh! sungai kosong. Nobody. It was like my private river. Yeyyy!



Ikan pun banyak. Paling best bila menyelam wearing goggle. Fuhhh!! Selaman  pun laju sebab di bawah arus sungai yang deras. Hebat! Sambil menyelam bleh nampak ikan-ikan sungai berenang melarikan diri sebab mungkin depa nampak ikan duyung sudah datang...hahaa
Sedang mandi-manda keriangan, tiba-tiba datang a boy aged 9 years old menghampiri kami. Mulanya dia dok mandi sorang-sorang. Kami say Hi dan ramah plak adik tu. Kami tanya mana mommy? Dia cakap mommy kat bilik. Ayah tengah training. So, dia mandi sungai sorang-sorang and it was his birthday that day. Then, we all pun mandi-manda sama-sama. Tiba-tiba datang lagi sekumpulan boys [his friends] mandi-manda dengan we all. Aiceh! tetiba kami prasan kami dikelilingi oleh putera-putera kecil. Depa dok ikut kami mandi. Kami naik ke hulu sungai, depa ikut. Kami turun ke hilir sungai pun depa ikut. Adehhh....kami jadi naik segan plak, sebab kami kan aunty....bukan baby...hahaaa. Kalo aunty still baby, aunty dah bagi nombot tepon dah....hahaaa
Tapi depa sporting giles, kami suruh susun batu, depa ikut jar. Pulun dok kerjasama hangkat batu dalam sungai susun jadi tembok. Batu kat atas tu, we all lar yang sama-sama susun.

Kami juga ambil peluang bagi advice to the kids supaya jangan buang sampah di dalam sungai bila kami nampak depa dok baling pinggan polisterin dan pembalut gula-gula ke dalam sungai. Jangan mandi tolak-tolak sebab dalam sungai banyak batu, takut jatuh kepala terhantuk batu. Baik budak-budak tu sebab dengar cakap aunty :)


Ceh...cehhh...cehhh...mermaid atas batu :)


Di Hawa resort nie, tak ada restaurant. Cuma ada canteen untuk training group saja. Tapi jangan risau sebab ada beberapa pilihan kedai makan di sekitar kampung. Yang penting, jangan berat mulut bertanya locals where is the best place to eat. Kami tanya tuan tanah resort dan dia rekemen gerai makcik nasi lemak kat jambatan tapi kalo pukul 7 - 8pagi dah beratoq panjang. Satu lagi dekat depan kedai runcit.

Gerai makan depan kedai runcit tu kami dah singgah breakfast semalam. So, pagi nie kami nak cuba gerai dekat jambatan pulak. Fuhhyoo! Pukul 7.30am dah belatoq panjangggg! Tempat duduk penuh. But I decided to Q. Ada yang datang order 10, 15 dan 25 bungkus! Wow!!! Yang tukang bungkus makcik tu sorang jar. Yang tukang kira dan terima bayaran pun makcik tu jugak. Berjanggut lar kami dok belatoq.

Sedang Q tiba-tiba dah ada meja kosong. Then I decided to having there. Cepat sket dari bungkus. Tapi untuk bungkus pun kami order juga...heheee


Pulut sambal dan manis yang sedap. Memang sedap!


Kedai makcik ni located by the river  opposite the small bridge. Dah kenyang breakfast kami takeaway nasi lemak, bihun goreng, pulut manis dan kopi panas. My favourite is nasi lemak with telur rebus. Apa barang makan nasi lemak tanpa telur rebus kannn...Ahaks!
Penat mandi-manda, kami take 5 makan  apa yang dibungkus pagi tadi. Bihun goreng pun bungkus daun pisang. Awesome! Bihun goreng is my favourite dish too.
Pulut kelapa manis makcik nie memang sedap. Nyesal tak minta kelapa lebih.


Ha! Sungguh kami tiada menyangka. Banyak pulak kucinn comel datang nak picnic dengan kami. Kami hampar picnic mat jar, tetiba datang sekeluarga ibu kucinn dan 4 ekor anak-anak remajanya.
Comel sungguh depa nie. I missed my darling cat at home...

Tengok tu...baik punya lepak.

This ginger cat is the mommy cat. Manja sangat.


Tangkap ikan yeayy! It was catch and release. Just for fun. Kami memang bawa fishing net, Jeless depa dok tengok kami tangkap ikan hinggakan ada yang nak pinjam my net. Tu lar, datang picnic tak nak bersedia. Kesian tengok anak-anak dok tangkap ikan guna tupperware.
Selain sungainya yang best, terdapat banyak bunga lawa, pelik dan menarik di sekitar resort.
Tara!!! memang ini impian kami. Makan durian tepi sungai.

Sepanjang perjalanan masuk ke Janda Baik, memang takdak orang jual durian yang kelihatan. Skali lagi kami tanya tuan tanah resort dan beliau bagitau ada sorang jar pakcik dok jual durian kat Kampung SumSum Hulu. He generously said kalo dia tak busy dengan BBQ preparation for the big group, dia boleh tolong belikan untuk kami.

Takpa bang, kami pi beli sendiri. Aiceh! Apalagi kami pun  memandu laju menuju ke durian stall pakcik tu. Takut durian abes! hahaaa

Alhamdulillah. Ada rezeki. Durian kawen RM30/4 biji.


Lepas beli durian, sambung picnic tepi sungai lagi. Jeles cikjah dan kak yam dok tengok kami makan durian tepi sungai....hehee
Sungai tenang dan jernih di waktu pagi.

Sungai yang mengalir di kawasan resort.


Bungalow unit juga terdapat di resort ini untuk di sewa.

Lagi tips dari kami, jika ingin berkunjung ke Janda Baik datanglah on weekdays sebab lagi best kerna tak ramai orang. Sesetengah resort offer rate yang lebih rendah berbanding on weekend. Ini kerana Janda Baik memang terkenal sebagai training centre untuk kumpulan-kumpulan besar ketika di hujung minggu. Kalo ada rezeki, dapatlah bilik kosong di resort idaman cikjah.
Another things, silalah semak during your check-in dates sekiranya ada group booking atau tidak. This is because walopun cikjah dapat bilik best, view mengancam tapi kena tahan telinga dok dengar PA system pun tiada indahnya..uhuhh. Such an annoying bila nak berehat tapi dok dengar MC cakap-cakap kat microphone tu. Pastu pasang lagu kuat-kuat during the games/sports & etc. Lain lah kalo cikjah tak kisah kann.
Well, itu jar kot citer picnic air terjun atau di tepi sungai yang hebat berganda ini. Personally, it was a terrific holiday. Owh ya! in another post I'll share with cikjah the amazing restaurant located at Janda Baik. Till then....jemputlar ke Janda Baik yang terbaik nie :)

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads