Sabtu, 21 Julai 2012

di negeri pahang - Google Blog Search

di negeri pahang - Google Blog Search


DUN Belia <b>Negeri</b> Sembilan pertama dalam negara - N9Kini

Posted: 20 Jul 2012 08:27 PM PDT

PORT DICKSON, 21 Julai – Kesungguhan Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan mahu mewujudkan DUN Belia di negeri ini bakal menjadi kenyataan.

Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri, Yayasan Negeri Sembilan dan Info Belia menganjurkan Makmal Kajian Dewan Undangan Negeri Belia (DUN Belia) Negeri Sembilan selama tiga hari dua malam di Klana Beach Resort, Port Dickson, berakhir semalam.

Pelbagai pengisian dan perkara diperincikan bagi memastikan kewujudan DUN Belia memberi manfaat kepada belia untuk belia.

Antara perkara yang dikaji di dalam makmal ini bermula Rabu lalu dan berakhir Jumaat, ialah kriteria pemilihan, peraturan dewan dan persidangan dewan, protokol dan pelaksanaan persidangan.

Struktur dan organisasi dewan serta pasca persidangan turut diberi perincian dengan lebih mendalam.

 Antara peserta dan pengkaji yang terlibat di dalam  kajian ini terdiri daripada Pengerusi Persatuan, Jawatan kuasa MBNS, Sekretariat Belia, PEMANIS yang mewakili mahasiswa.

Secara keseluruhannya, para peserta melihat kewujudan DUN Belia di Negeri Sembilan ini kelak akan memberi banyak kelebihan kepada belia, dari segi suara, pandangan dan idea, mendekati belia terutamanya yang tidak berpesatuan, menjalinkan hubungan akrab belia dengan Kerajaan Negeri.

Berbanding dengan DUN kawasan Negeri Sembilan, yang mempunyai 36 kerusi dan mengikut sempadan kawasan, DUN Belia melibatkan 41 sektor atau bidang kemahiran belia dan mewakili belia di dalam sektor masing-masing.

Dari 41 bidang tersebut antaranya DUN Belia akademik, ekonomi, sukan, kebudayaan penjawat awam, mahasiswa, kebajikan dan sebagainya.

Resolusi penubuhan DUN Belia lengkap tercapai hasil dari perbincangan-perbincangan mengikut kumpulan yang mereka wakili dan ini mengembirakan Presiden MBNS, Pn Wan Salwati Hj Abdullah yang mengikuti dari hari pertama sehingga hari terakhir.

Menurut beliau yang ditemui wartawan n9kini.com, beberapa wakil telah dinamakan untuk mempersembahkan resolusi penubuhan DUN Belia kepada Menteri Besar kelak.

Katanya lagi, hasil penelitian selama tiga hari memantau perbincangan mereka, Negeri Sembilan tidak ketandusan belia berbakat di dalam pelbagai sektor. Apa yang dikatakan oleh Menteri Besar adalah benar, mewujudkan DUN Belia tepat pada waktu dan ketikanya.

"Dekati belia yang tidak berpesatuan  kerana mereka merupakan entiti penting untuk pembangunan negeri. Saya percaya, lebih ramai lagi belia di luar sana mencari ruang dan peluang bersama-sama di dalam agenda pembangunan negeri." Katanya.

Tambah beliau, "selain itu, medium terbaik untuk belia berjasa adalah melalui DUN Belia."

Perasmian penutup disempurnakan oleh Dato' Abdul Samad Hj Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modan Insan, Belia dan Sukan.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads