Jumaat, 14 September 2012

06 di mentakab - Google Blog Search

06 di mentakab - Google Blog Search


Horas...!: Lawak! PAS Mahu Jadi Jaguh Isu Air <b>Di Mentakab</b>.

Posted: 10 Sep 2012 08:38 AM PDT

Di Kelantan, lebih 20 tahun rakyatnya menderita kerana saban hari terpaksa menggunakan air paip yang warnanya sama dengan air teh dan selalu terputus bekalan hingga ada jenazah yang tidak dapat dimandikan......apa PAS buat?

PAS tak buat apa-apa melainkan pakat buat bodoh.



Di Lembah Kelang, bila jutaan rakyat sudah mula menerima kesan akibat kekurangan bekalan air hingga terpaksa beratur berderet berjam-jam menunggu  lori menghantar bekalan air kerana sikap keras kepala kerajaan PR Selangor yang menghalang pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2....apa PAS buat?

PAS tak buat apa-apa melainkan pakat buat bodoh jugak.


Tapi bila beberapa kawasan di Mentakab mengalami gangguan bekalan air kerana paip utama yang menyalurkan air pecah akibat masalah teknikal....tiba-tiba PAS bangkit melompat mahu menjadi hero.

PAS suruh beberapa orang penduduk yang mengalami gangguan bekalan air di Mentakab bergambar dihadapan lubang paip pecah..ambil gambar dan kemudian sumbat dalam Harakah.

Bagi PAS...itu adalah tanda mereka amat prihatin dengan nasib yang menimpa warga Mentakab.
Bagi PAS...itulah tanda mereka amat simpati dengan kesukaran yang terpaksa dihadapi warga penduduk terlibat.

Kesengsaraan warga Mentakab yang sudah 5 hari terpaksa menghadapi gangguan bekalan air amat meruntun, merobek-robek dan menghancur luluhkan hati PAS.

Tapi kesengsaraan 20 tahun rakyat Kelantan dan kesengsaraan jutaan rakyat di Lembah Klang yang sudah mula menanggung kesan akibat krisis air...PAS pakat buat pekak bodoh.

Cara politik PAS memang takde kelas. Hampas!!!....

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads