Sabtu, 15 September 2012

06 di mentakab - Google Blog Search

06 di mentakab - Google Blog Search


UMNO Online - Replika Keris <b>Di Mentakab</b> – Pembangkang Cuba <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2012 12:13 AM PDT

Kategori Utama

Replika Keris Di Mentakab – Pembangkang Cuba Mainkan Sentimen Politik Perkauman

Oleh: Wan Hafiz Wan Hamzah

TEMERLOH, 10 Sept – Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin membidas tindakan DAP dan PAS yang cuba memainkan isu politik perkauman yang sempit apabila mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Mentakab (MPT) menggantung replika keris di tiang-tiang lampu di sekitar kawasan tersebut.

Menurut beliau, kenyataan Ketua DAP Mentakab, Lai Chee yang mempersoalkan tindakan MPT dan kenyataan Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Mentakab, Norazmi Abdul Majid yang mengaitkan replika keris dengan logo UMNO, disifatkan Sharkar sebagai usaha untuk meniup sentimen politik perkauman di kalangan penduduk di sekitar kawasan tersebut, termasuk untuk memburukkan UMNO dan Barisan Nasional.

"Inilah sikap DAP yang disokong oleh PAS yang tidak habis-habis cuba untuk menghasut rakyat dengan cuba untuk menimbulkan sentimen politik perkauman biarpun dengan isu yang seremeh ini. Keris ini bukan sahaja lambang UMNO, bahkan keris merupakan lambang kepada orang Melayu yang ada di nusantara ini dan bukan di negara ini saja.

"Kalau nak cerita, ada juga lambang atau gambar roket di dalam negara tapi tidak pun kita kaitkan gambar roket itu dengan DAP, begitu juga dengan lambang atau gambar bulan. Bagi saya replika keris yang ada itu tak patut dijadikan isu kerana ia bukannya menghina sesiapa. Kecualilah sekiranya lambang-lambang tersebut menyentuh sensitiviti kaum dan agama maka itu patut kita ambil tindakan," tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Justeru, beliau menyeru agar pemimpin pakatan pembangkang bersikap lebih matang dan terbuka serta menghormati orang lain dan jangan asyik mempertikaikan sesuatu yang mungkin boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan bangsa atau kaum lain.

"Mereka kena sedar, bahawa negara yang mereka diami ini terdiri dari pelbagai kaum. Di kalangan Ahli Majlis MPT pun ada juga mereka yang berbangsa Cina, namun tidak ada sebarang bantahan pun dari mereka tentang isu replika ini.

"Ini disebabkan pemikiran mereka itu lebih terbuka dan matang.  Inilah cara politik sempit di kalangan kepimpinan pakatan pembangkang, sampaikan isu remeh-temeh semacam ini pun cuba mereka jadikan isu politik dengan memainkan sentimen perkauman.

"Tapi biasalah, itulah sikap dan kepimpinan pakatan pembangkang yang sudah kehabisan modal. Apatah lagi seperti DAP, memang tak dapat nak lari daripada bersikap rasis. Apa yang hak dia orang kita tak boleh usik, tetapi apa yang hak kita, kalau boleh mereka langsung tak bagi buat," tegas beliau lagi – MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 3:13 PM

Batu vs Kayu: Masalah air <b>di Mentakab</b>, mana rakyat didahulukan

Posted: 10 Sep 2012 10:30 PM PDT

Khairil Abdul Rahim,10 Sep 2012
TEMERLOH:Laungan "mana rakyat didahulukan", "mana janji ditepati" bergema dalam perhimpunan aman melibatkan beberapa orang penduduk di bandar Mentakab di sini hari ini berikutan telah lima hari terputus bekalan air paip.
Penduduk mendakwa, gangguan beklaan air tanpa notis itu disebabkan kerja mengorek tanah di pinggir jalan utama oleh kontraktor yang menyebabkan saluran paip pecah tetapi dibiarkan sejak Khamis lalu.
(Gambar: Penduduk berkumpul sambil membawa bekas air di hadapan projek menggali kabel yang didakwa menyebabkan bekalan air paip terputus selama lima hari.)
Akibatnya lebih 10,000 penduduk bandar ini terutama melibatkan taman-taman perumahan terpaksa menghadapi kesukaran menjalani hidup tanpa air.
Antara kawasan yang terbabit ialah Taman Zabidin, Taman Mentakab, Taman Orked, Taman Taha, Taman Damai, Taman KSM, Taman Pasir Rawa, Taman Setia, Taman Sagumpas, sekitar bandar Mentakab dan Jalan Temerloh.
Penduduk dari Taman Zabidin N. Sakuntala, 57, kesal pihak berkuasa terlalu lambat menyelesaikan masalah bekalan air paip sedangkan ia keperluan nombor satu untuk makan minum, membersihkan pakaian dan diri.
"Saya terpaksa pergi ke rumah kakak di Taman Saga (5 kilometer dari rumah) untuk memunggah air siang malam dan ini sangat memenatkan dan membuang masa.
"Air ini keperluan utama untuk hidup sekeluarga jadi bila terputus jadi satu gangguan, ada keluarga yang anak-anak tak boleh sekolah kerana baju tak basuh kerana kami terpaksa menghentikan semua kerja lain kerana kena mencari air untuk dipunggah ke rumah," katanya.
Siew Yui Seng (kanan) dari Taman Taha yang turut berhimpun berkata, beliau diberitahu masalah disebabkan kerja-kerja menanam kabel baru tetapi kesilapan mengorek tanah berlaku sehingga terkena batang paip lalu pecah.
Beliau telah menemui kontraktor meminta penjelasan, tetapi kontraktor memberi alasan barang gantian kerosakan masih tidak ada.
Pengusaha Restoran Kari Kepala Ikan Raub yang turut terjejas, Mahendran, 53, (kiri) berkata gangguan air ini tidak ada notis jadi beliau menghadapi kesulitan sehingga terpaksa menyewa lori dan tong besar bagi membeli air paip di tempat cuci kereta.
"Bagi saya yang berniaga kedai makan ini memang susah sangatlah sebab nyawa kedai dan perniagaan saya betul-betul pada air paip. Sejak beberapa hari ini memang pendapatan perniagaan saya terjejas kerana ada masanya terpaksa tutup.
"Yang peliknya dulu-dulu masa belum swasta tidaklah teruk sangat macam sekarang, sekarang ini selalu sangat kerosakan dan terputus bekalan air berlaku," jelasnya.
Seorang lagi penduduk Ramasamy Letchmanan pula kesal dengan wakil rakyat kawasan berkenaan yang tidak mahu turun melihat masalah penduduk walaupun beberapa kali diberitahu.
"Masa mengundi pilihan raya bukan main lagi wakil rakyat cari kami seorang seorang untuk dapat undi. Sekarang apabila tiba masalah seperti ini menimpa penduduk, wakil rakyat langsung tak turun tengok jangankan nak selesai masalah.
"Kalau macam ini bagaimana slogan kerajaan boleh janji ditepati dan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan?," soalnya.
Tambahnya, turut terlibat ialah sekolah rendah Tamil Mentakab juga tiada air, sedangkan besok (Selasa) pelajar akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
"Bagaimana kalau ada yang sakit perut sedangkan air tandas kering?," soalnya.
Ketua Blok B perumahan berkenaan Masri Samah, 40, (kanan) yang juga turut hadir berkata, ketiadaan air membawa masalah besar kepada yang mempunyai anak-anak kecil dan orang tua.
"Bayangkan anak-anak sekolah baju tak berbasuh dan pakaian bayi yang berlambak-lambak. Pulak tu kerap sangat berlaku masalah air di sini sehingga kadang-kadang makan masa seminggu.
"Bila bil air tak bayar surat merah sampai, cepat-cepat bekalan air dipotong dan bila nak sambung kena bayar RM120. Tapi sekarang apabila bekalan air paip terputus berlarutan lima hari tidak ada pegawai atau orang besar yang nak tengok kami.
"Bila kami telefon pejabat minta hantar lori tangki air mereka kata lori tak cukup," keluhnya.
Menurutnya dalam tempoh terputus bekalan air kali ini ada beliau mendengar lori tangki menghantar air sekali tetapi pada waktu tengah malam dan kebanyakan penduduk sedang tidur.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads