Isnin, 10 September 2012

06 di raub - Google Blog Search

06 di raub - Google Blog Search


Rakaman video ribuan penduduk <b>Raub</b> & penyokong membantah <b>...</b>

Posted: 02 Sep 2012 03:14 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Rakaman video ribuan penduduk Raub & penyokong membantah lombong emas di Raub….pening jibby Altantuya pening…undi Cina jangan harap mereka boleh dapat…

Ibnu Hasyim: Bantah Guna Bahan Kimia Berbahaya <b>Di Raub</b>..

Posted: 26 Aug 2012 08:11 PM PDT

TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa ahli-ahli dan penyokong PAS serta seluruh pencinta alam sekitar agar menyertai Himpunan Hijau Raub pada 2 September ini di Taman Tasik, Jalan Bukit Koman bermula jam 2 petang.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata, perhimpunan tersebut penting bertujuan menuntut dihentikan penggunaan bahan kimia berbahaya sianida (cyanide) dalam proses perlombongan emas di Bukit Koman, Raub.

"PAS Pahang turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis Daerah Raub kerana memberi kebenaran perhimpunan di samping bersedia mengawal lalu lintas semasa perhimpunan.

"Perhimpunan Hijau yang dianjurkan Pakatan Rakyat bersama beberapa NGO seluruh negara mensasarkan kehadiran 5,000 orang," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Pahang di sini semalam.

Tambahnya, selepas perhimpunan aman itu seramai 8 orang ahli jawatan kuasa bertindak akan bergerak menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak pengurusan lombong emas Bukit Koman.

"PAS berharap pengurusan syarikat lombong emas dan pihak kerajaan akan memberi perhatian serius terhadap isi tuntutan memorandum tersebut itu nanti," katanya.

Lombong emas Bukit Koman diusahakan oleh Raub Australian Gold Mine (RAGM) telah menggunakan sianida dalam proses pengekstrakan emas yang membahayakan nyawa.

Sejak mula beroperasi pada Februari 2009 dikatakan memberi kesan ke atas lebih 300 penduduk berhampiran jatuh sakit, khususnya Kampung Bukit Koman yang mengadu mengalami masalah kegatalan kulit melampau, kesukaran bernafas dan pelbagai kesan lain ekoran penggunaan bahan kia tersebut.

Namun semua aduan dan rayuan yang dibawa ke pihak berkuasa tidak mendapat perhatian sewajarnya malah kerajaan terus membenarkan kilang tersebut beroperasi 24 jam sehari tanpa henti.

Sementara itu Setiausaha PAS Kawasan Raub Dr Nilam Manaf, meminta orang supaya datang awal kerana PAS Raub akan mengadakan jamuan terbuka Aidilfitri pada sebelah pagi bertempat di Markas Gali Tengah.(Hrkh)

Himpunan Hijau <b>Di Raub</b> Gagal Tarik 20,000 Peserta | MyNewsHub

Posted: 02 Sep 2012 07:11 PM PDT

RAUB – Sasaran menarik 20,000 peserta menghadiri Himpunan Hijau anjuran pembangkang di Padang Kompleks Sukan Raub hari ini, bagi membantah penggunaan bahan kimia sianida dalam memproses emas di lombong Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd, gagal kerana ia hanya dihadiri 3,000 orang.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Samsuddin Wan Osman berkata pihaknya hanya membenarkan perhimpunan itu diadakan selama dua jam bermula pukul 2 hingga 4 petang.

Katanya perhimpunan tersebut telah melanggar dua daripada 16 peraturan atau syarat yang ditetapkan polis.

Beliau berkata dua pelanggaran peraturan itu ialah mengadakan perarakan dan membawa kanak-kanak berumur bawah 15 tahun yang mana tindakan akan diambil terhadap penganjur kerana gagal mematuhi syarat berkenaan.

"Bagaimanapun tiada sebarang kekecohan atau kejadian tidak diingini berlaku dengan kawalan ketat dan pemantauan lebih 300 anggota polis yang turut dibantu anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU)," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beberapa pemimpin pembangkang antaranya Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, kelihatan hadir di perhimpunan itu. -BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PAS Sokong Himpunan Hijau

Permohonan Himpunan Hijau Raub Kena Tolak

BCAC Tetap Adakan Himpunan Hijau Esok

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads