Ahad, 9 September 2012

06 di sungai lembing - Google Blog Search

06 di sungai lembing - Google Blog Search


Muzium <b>Sungai Lembing</b> Jadi Tumpuan - Blog Rasmi Jabatan <b>...</b>

Posted: 28 Aug 2012 01:13 AM PDT

Akhbar : UTUSAN MALAYSIA

MUZIUM Sungai Lembing, Kuantan mempamerkan lebih 136 artifak sejarah perlombongan bijih timah, satu-satunya kawasan bijih timah bawah tanah terbesar di dunia

MUZIUM Sungai Lembing menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara yang mahu mengetahui lebih lanjut tentang sejarah perlombongan bijih timah yang pernah menjadi kawasan perlombongan bawah tanah terbesar di dunia. Muzium yang terletak di atas bukit di sebelah timur menghala ke Sungai Kenau itu, sebelum ini merupakan tempat kediaman pengurus besar syarikat lombong bijih timah The Pahang Corporation Limited dari tahun 1887 hingga 1906. Ia kemudian diambil alih oleh syarikat Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) sehingga 1986.

Bangunan itu dikenali sebagai 'The European Bungalow' bagi membezakannya dengan rumah-rumah pegawai kanan Inggeris lain yang terdapat di sekitar Sungai Lembing ketika itu. Struktur binaannya menggunakan konsep vernakular kolonial dan mempunyai kronologi sejarah pembinaannya yang tersendiri. Ia diubahsuai dari semasa ke semasa bermula dari zaman J.T. Mariner pada 1911 sehingga ke zaman pengurusan R.M.M Holding pada 1986.

Semasa Perang Dunia Kedua, bangunan ini digunakan sebagai markas tentera Jepun sehingga tahun 1945. Pada 2005, muzium tersebut telah dirasmikan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bagi membolehkan orang ramai mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan Sungai Lembing.

REBIAH MOHD. YUSOF

Menurut Penolong Kurator Muzium Sungai Lembing, Rebiah Mohd. Yusof, pembukaan muzium itu menepati sejarah kawasan ini kerana perlombongan di situ mencatatkan rekod antara lombong bijih timah bawah tanah terdalam di dunia iaitu kira-kira 700 meter ke dasar bumi. Katanya, jarak setiap tingkat pula kira-kira 20 meter dan panjang keseluruhan terowong adalah 322 kilometer.

"Terdapat tiga terowong tinggalan PCCL yang kini tidak boleh lagi digunakan iaitu Taibeto, Myah dan gagak kerana dasarnya ditenggelami air," katanya kepada S2 ketika ditemui baru-baru ini. Rebiah berkata, bahagian memori perlombongan di muzium itu menempatkan konsep bilik tidur pengurus besar PCCL yang mana pengunjung dapat merasai suasana bilik pada era 1960-an.

SERBUK pasir yang turut dipamerkan di Muzium Sungai Lembing, Kuantan. la sebahagian bahan yang ditemui di dalam terowong bijih timah di Sungai Lembing.

"Ruang ini dilengkapi almari pakaian, penyangkut baju dan beberapa perabot lain yang bersesuaian dengan era tersebut. "Terdapat juga potret dan bibliografi tokoh-tokoh yang menyumbang kepada pembangunan dan kegemilangan Sungai Lembing untuk dipamerkan kepada tontonan umum," katanya.

Selain itu, terdapat ruang peralatan dan perlombongan yang mana tiada pakaian khusus digunakan oleh pekerja lombong. Mereka hanya membawa peralatan penting yang dibekalkan oleh syarikat seperti topi, lampu kabaid dan lampu berkuasa bateri.

Ruang ekonomi perlombongan pula memaparkan ruang pentadbiran, perkakasan dan peralatan aktiviti berkenaan. Sebuah panel berkaitan kedai bebas cukai turut dipamerkan yang melambangkan kegemilangan serta pencapaian ekonomi pernah dikecapi oleh Sungai Lembing.

ALAT penimbang bijih timah turut dipamerkan di Muzium Sungai Lembing.

Rebiah berkata, sepanjang tahun lalu, pihaknya menerima kunjungan seramai 62,889 orang terdiri daripada pelancong tempatan dan asing. Muzium itu juga katanya, turut menjadi rujukan para pelajar dalam dan luar negara bagi mengetahui lebih lanjut tentang sejarah geologi yang bermula di sini. "Boleh dikatakan setiap bulan ada pelajar daripada universiti tempatan datang ke sini membuat kajian tentang perlombongan bagi mencari sumber berkaitan geologi bawah tanah di Sungai Lembing," jelasnya.

Selain itu beliau memberitahu, muzium itu juga merupakan tempat berhimpunnya bekas-bekas pelombong termasuk warga PCCL yang telah berhijrah ke luar negara. "Ramai bekas pelombong dan pekerja PCCL terdiri daripada warga British kembali ke sini untuk mengimbau kembali kenangan mereka semasa bertugas di syarikat tersebut dahulu," katanya.

Terowong Seperti Dipasang Alat Pendingin

PELUANG memasuki bekas tinggalan lombong bijih timah di Sungai Lembing, merupakan pengalaman yang memang dinanti-nantikan. Kawasan perlombongan Taibeto, terletak kira-kira 500 meter dari tapak Muzium Sungai Lembing, adalah salah sebuah lombong yang sedang dinaik taraf oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Kawasan itu kini sedang rancak dibangunkan. Apabila siap (jangkaan) pada Ogos ini, ia akan dilengkapi dengan kedai makan, gerai cenderamata, tandas awam dan sebuah kereta api yang akan membawa pelancong merasai suasana sebenar di dalam terowong tersebut.

Sebelum memasuki terowong itu, pengunjung pasti akan dapat melihat aliran air yang keluar daripada bukit di kawasan tersebut. Namun difahamkan, air berkenaan tidak sesuai diminum kerana dikatakan mengandungi kadar sulfur yang tinggi kecuali digunakan untuk mandi bagi mereka yang menghidapi masalah kulit.

Bersama Penolong Kurator Muzium Sungai Lembing, Rebiah Mohd. Yusof, kami kemudian memasuki terowong berkenaan. Rasa sejuk yang dapat dirasai dari luar terowong lagi membuatkan kami teruja untuk segera memasukinya.

Sebaik sahaja berada di dalam terowong, laluan agak basah berikutan hujan lebat sebelum itu. Keadaan tersebut menyebabkan kami sukar untuk meneruskan misi "meneroka kedalaman" terowong yang sepanjang lebih 500 meter itu.

Pun begitu, menurut Rebiah, 'kesejukan' yang dirasai itu adalah situasi semula jadi dialami oleh para pelombong dan ia bukanlah disebabkan oleh faktor hujan atau musim tengkujuh. Penerangan tersebut, sekali gus menepis perasaan penulis selama ini yang menganggap keadaan terowong bijih timah adalah panas.

Kami turut berpeluang menjejaki beberapa peninggalan terowong bijih timah yang sebelum ini dijalankan secara tradisional di Kalong Pahat. Keadaan di dalamnya yang juga sejuk dan gelap, menyukarkan kami untuk menerokai lebih dalam

BLOG PAHANG: 06 <b>di sungai lembing</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Aug 2012 01:34 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di sungai lembing</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Jun 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di sungai lembing</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Jun 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Kenangan Yuchuilang: Pekan Terpencil <b>Sungai Lembing</b> Pahang

Posted: 21 Jun 2012 09:19 PM PDT


Terletak di pantai timur Pahang, Sungai Lembing kira-kira 42 km dari Kuantan. Walaupun Sungai Lembing di kawasan pedalaman tetapi tidak menghindar saya mengunjung pekan kecil ini.

Saya telah tahu tentang landskap menawan Sungai Lembing selama bertahun-tahun. Sayang sekali saya tidak pernah pergi ke sana ketika menetap di Temerloh. Oleh kerana isue rare-earth menimbul, saya mengambil keputusan untuk melawat Sungai Lembing sebelum pekan itu dijadikan tapak buangan.

Sungai Lembing pernah menjadi pengeluar bijih timah utama di dunia. Perlombongan bijih timah Sungai Lembing diuruskan oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL). Semasa tempoh puncak pengeluaran, PCCL memiliki lombong bawah tanah yang terbesar dan terdalam di dunia. Kawasan perlombongan Sungai Lembing ditutup pada 1986 apabila harga timah dunia merosot.

Gambar di atas merupakan jalan utama pekan Sungai Lembing. Terdapat rumah papan lama dua tingkat di sepanjang jalan. Sepohon pokok berusia seratus tahun menegak di tengah jalan. Warga emas akan dilihat berbual-bual dan mengambil angin di bawah pokok tersebut pada waktu senja.

Selain menikmati juadah hebat, kami juga bersiar-siar di tempat menarik sekitar Sungai Lembing.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ikan Air Tawar Pekan Sehari
Kuil Sri Marathandavar Maran
Pantai Timur Semenanjung Malaysia

fan of Arsenal FC: Pekan <b>Sungai Lembing</b>

Posted: 03 Jul 2012 11:40 AM PDT

Ingat tentang drama bertajuk Kampong Ties? Penggambaran drama ini pernah dijalankan di Sungai Lembing. 
Remember about a drama titled Kampng Ties? This drama was being filmed in a secluded part of  Lembing River.

Pekan Sungai Lembing terletak tidak jauh dari Bukit Panorama. Deretan kedai yang uzur tetapi kelihatan kukuh. Terdapat sebatang pokok besar dan tua di tengah-tengah jalan.
A town in Lembing River located not too far from Panorama Hill. Row shops were so old but firm. A big and old tree was at the middle of road.


Kami melawat kampung. Kampung itu terletak di tanah dipisahkan dengan sungai. Terdapat jambatan disediakan tetapi mampu muat untuk kenderaan ringan seperti motosikal dan basikal. Kereta dan kenderaan berat lain tidak boleh melalui jambatan ini. Saya terpaksa  memberikan ruang kepada penunggang motosikal setiap kali sekiranya ada penunggang motosikal melalui jambatan ini. Usah melakukan perkara nakal seperti melompat-lompat di atas jambatan ini.
We visited a village. A village located at a part of land separated by a river. A bridge was strong for motorcyclists and cyclists. I had to gave some space to motorcyclist each time if motorcylist passed through this bridge.

Kami berpatah balik ke tempat berlawanan. Kami menaiki kereta. Kami melalui pekan sekali lagi. Terdapat jambatan lain muat untuk kereta. Saya nampak jambatan itu khasnya untuk motosikal semasa melalui jambatan ini.
We went back to the opposite place. We took a car. We passed through this town again. Another bridge lets cars pass through it. I saw that bridge for motorcycle when passed through this bridge.

Kami melawat sebuah kedai mi kuning. Ada kilang mi kuning tradisional di dalam kedai itu. Kaedah penghasilan mi kuning secara tradisional masih dilakukan di kilang itu. Kedai itu terletak di kampung itu.
We visited a yellow noodle shop. A traditional factory in that shop. Method of  producing yellow noodle in traditional way had been using at that factory.

Kami tidak melawat Muzium Sungai Lembing. Anda harus melawat Muzium Sungai Lembing untuk mengetahui asal usul Sungai Lembing.
We didn't visit the Lembing River Museum. You should visit the Lembing River Museum to know about Lembing River history.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads