Jumaat, 14 September 2012

06 di sungai lembing - Google Blog Search

06 di sungai lembing - Google Blog Search


Jambatan Besi <b>Sg Lembing</b> Bakal Siap Oktober ~ Pahang Ku

Posted: 09 Sep 2012 07:30 PM PDT


Tiga jambatan besi bernilai RM35.6 juta yang dibina bermula awal April lalu bagi menggantikan jambatan kayu sedia ada di Sungai Lembing di sini dijangka siap seawal-awalnya pada akhir bulan depan.

Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Razali Ahmad berkata, satu daripada tiga jambatan yang dibina oleh Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) itu iaitu di Kampung Kawah dijangka siap lebih awal iaitu pada 24 Oktober ini.

"Pembinaan jambatan di sini (Kampung Kawah) kita beri keutamaan dan akan disiapkan lebih awal. Saya akan arahkan anggota RAJD untuk menyiapkannya walaupun mereka terpaksa bekerja pada waktu malam.

"Ia sebagai hadiah Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada tarikh tersebut (24 Oktober)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Projek Jiwa Murni Pembinaan Jambatan di Sungai Lembing itu di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Mohamad Sohaimi Mohd. Shah.

Razali berkata, pembinaan jambatan besi di Kampung Kawah dan Kampung Kuala Kenau kini sedang dijalankan, cuma di Kampung Seberang operasinya belum dimulakan.

"Ini kerana, pembinaan di Kampung Seberang melibatkan pemindahan enam keluarga yang tinggal di kawasan jajaran jambatan di kampung itu. Enam buah rumah baru telah siap dibina dan enam keluarga tersebut akan berpindah pada 11 September ini dan pihak tentera akan merobohkan rumah yang terlibat sebelum kerja-kerja piling dijalankan," katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, pembinaan ketiga-tiga jambatan itu membuktikan kesungguhan dan keikhlasan kerajaan dalam memberi keselesaan serta kesejahteraan kepada rakyat terutama di kawasan pedalaman.

"Tentera Darat akan terus membantu rancangan pembangunan negara semasa aman selari dengan slogan Tentera Darat dan Rakyat Berpisah Tiada," katanya.

Sementara itu, Abdul Manan berkata, pembinaan ketiga-tiga jambatan itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 10,000 penduduk di Sungai Lembing.

"Apa yang penting bagi kita sebagai kerajaan memerintah ialah rakyat didahulukan dan apabila kita berjanji, kita menunaikannya," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads