Khamis, 27 September 2012

06 di sungai lembing - Google Blog Search

06 di sungai lembing - Google Blog Search


Muzium <b>Sungai Lembing</b> Jadi Tumpuan - Blog Rasmi Jabatan <b>...</b>

Posted: 28 Aug 2012 01:13 AM PDT

Akhbar : UTUSAN MALAYSIA

MUZIUM Sungai Lembing, Kuantan mempamerkan lebih 136 artifak sejarah perlombongan bijih timah, satu-satunya kawasan bijih timah bawah tanah terbesar di dunia

MUZIUM Sungai Lembing menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara yang mahu mengetahui lebih lanjut tentang sejarah perlombongan bijih timah yang pernah menjadi kawasan perlombongan bawah tanah terbesar di dunia. Muzium yang terletak di atas bukit di sebelah timur menghala ke Sungai Kenau itu, sebelum ini merupakan tempat kediaman pengurus besar syarikat lombong bijih timah The Pahang Corporation Limited dari tahun 1887 hingga 1906. Ia kemudian diambil alih oleh syarikat Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) sehingga 1986.

Bangunan itu dikenali sebagai 'The European Bungalow' bagi membezakannya dengan rumah-rumah pegawai kanan Inggeris lain yang terdapat di sekitar Sungai Lembing ketika itu. Struktur binaannya menggunakan konsep vernakular kolonial dan mempunyai kronologi sejarah pembinaannya yang tersendiri. Ia diubahsuai dari semasa ke semasa bermula dari zaman J.T. Mariner pada 1911 sehingga ke zaman pengurusan R.M.M Holding pada 1986.

Semasa Perang Dunia Kedua, bangunan ini digunakan sebagai markas tentera Jepun sehingga tahun 1945. Pada 2005, muzium tersebut telah dirasmikan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bagi membolehkan orang ramai mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan Sungai Lembing.

REBIAH MOHD. YUSOF

Menurut Penolong Kurator Muzium Sungai Lembing, Rebiah Mohd. Yusof, pembukaan muzium itu menepati sejarah kawasan ini kerana perlombongan di situ mencatatkan rekod antara lombong bijih timah bawah tanah terdalam di dunia iaitu kira-kira 700 meter ke dasar bumi. Katanya, jarak setiap tingkat pula kira-kira 20 meter dan panjang keseluruhan terowong adalah 322 kilometer.

"Terdapat tiga terowong tinggalan PCCL yang kini tidak boleh lagi digunakan iaitu Taibeto, Myah dan gagak kerana dasarnya ditenggelami air," katanya kepada S2 ketika ditemui baru-baru ini. Rebiah berkata, bahagian memori perlombongan di muzium itu menempatkan konsep bilik tidur pengurus besar PCCL yang mana pengunjung dapat merasai suasana bilik pada era 1960-an.

SERBUK pasir yang turut dipamerkan di Muzium Sungai Lembing, Kuantan. la sebahagian bahan yang ditemui di dalam terowong bijih timah di Sungai Lembing.

"Ruang ini dilengkapi almari pakaian, penyangkut baju dan beberapa perabot lain yang bersesuaian dengan era tersebut. "Terdapat juga potret dan bibliografi tokoh-tokoh yang menyumbang kepada pembangunan dan kegemilangan Sungai Lembing untuk dipamerkan kepada tontonan umum," katanya.

Selain itu, terdapat ruang peralatan dan perlombongan yang mana tiada pakaian khusus digunakan oleh pekerja lombong. Mereka hanya membawa peralatan penting yang dibekalkan oleh syarikat seperti topi, lampu kabaid dan lampu berkuasa bateri.

Ruang ekonomi perlombongan pula memaparkan ruang pentadbiran, perkakasan dan peralatan aktiviti berkenaan. Sebuah panel berkaitan kedai bebas cukai turut dipamerkan yang melambangkan kegemilangan serta pencapaian ekonomi pernah dikecapi oleh Sungai Lembing.

ALAT penimbang bijih timah turut dipamerkan di Muzium Sungai Lembing.

Rebiah berkata, sepanjang tahun lalu, pihaknya menerima kunjungan seramai 62,889 orang terdiri daripada pelancong tempatan dan asing. Muzium itu juga katanya, turut menjadi rujukan para pelajar dalam dan luar negara bagi mengetahui lebih lanjut tentang sejarah geologi yang bermula di sini. "Boleh dikatakan setiap bulan ada pelajar daripada universiti tempatan datang ke sini membuat kajian tentang perlombongan bagi mencari sumber berkaitan geologi bawah tanah di Sungai Lembing," jelasnya.

Selain itu beliau memberitahu, muzium itu juga merupakan tempat berhimpunnya bekas-bekas pelombong termasuk warga PCCL yang telah berhijrah ke luar negara. "Ramai bekas pelombong dan pekerja PCCL terdiri daripada warga British kembali ke sini untuk mengimbau kembali kenangan mereka semasa bertugas di syarikat tersebut dahulu," katanya.

Terowong Seperti Dipasang Alat Pendingin

PELUANG memasuki bekas tinggalan lombong bijih timah di Sungai Lembing, merupakan pengalaman yang memang dinanti-nantikan. Kawasan perlombongan Taibeto, terletak kira-kira 500 meter dari tapak Muzium Sungai Lembing, adalah salah sebuah lombong yang sedang dinaik taraf oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Kawasan itu kini sedang rancak dibangunkan. Apabila siap (jangkaan) pada Ogos ini, ia akan dilengkapi dengan kedai makan, gerai cenderamata, tandas awam dan sebuah kereta api yang akan membawa pelancong merasai suasana sebenar di dalam terowong tersebut.

Sebelum memasuki terowong itu, pengunjung pasti akan dapat melihat aliran air yang keluar daripada bukit di kawasan tersebut. Namun difahamkan, air berkenaan tidak sesuai diminum kerana dikatakan mengandungi kadar sulfur yang tinggi kecuali digunakan untuk mandi bagi mereka yang menghidapi masalah kulit.

Bersama Penolong Kurator Muzium Sungai Lembing, Rebiah Mohd. Yusof, kami kemudian memasuki terowong berkenaan. Rasa sejuk yang dapat dirasai dari luar terowong lagi membuatkan kami teruja untuk segera memasukinya.

Sebaik sahaja berada di dalam terowong, laluan agak basah berikutan hujan lebat sebelum itu. Keadaan tersebut menyebabkan kami sukar untuk meneruskan misi "meneroka kedalaman" terowong yang sepanjang lebih 500 meter itu.

Pun begitu, menurut Rebiah, 'kesejukan' yang dirasai itu adalah situasi semula jadi dialami oleh para pelombong dan ia bukanlah disebabkan oleh faktor hujan atau musim tengkujuh. Penerangan tersebut, sekali gus menepis perasaan penulis selama ini yang menganggap keadaan terowong bijih timah adalah panas.

Kami turut berpeluang menjejaki beberapa peninggalan terowong bijih timah yang sebelum ini dijalankan secara tradisional di Kalong Pahat. Keadaan di dalamnya yang juga sejuk dan gelap, menyukarkan kami untuk menerokai lebih dalam

Transformasi <b>Sg lembing</b> ~ Pahang Ku

Posted: 13 Sep 2012 01:30 AM PDT


Menyingkap sejarah lalu, Sungai Lembing di sini, pernah menjadi sebuah bandar terkaya dan pengeluar utama bijih timah di Pahang sehingga zaman kejatuhannya pada 1986.

Selepas zaman kejatuhannya, bandar Sungai Lembing dikenali sebagai bandar mati kerana tiada pembangunan seperti dahulu. Majoriti penduduknya terdiri daripada golongan warga emas kerana generasi muda berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan memperoleh pendapatan tinggi.

Sebagai menghargai dan mengekalkan lambang Sungai Lembing, kerajaan Negeri kini dalam usaha membaik pulih terowong lombong bijih timah untuk tatapan pelancong.

Pengarah Pelancongan Malaysia cawangan Pahang, Amran Abdul Rahman berkata, selain muzium Sungai Lembing, terowong lombong bijih timah berkenaan kini sedang dalam proses baik pulih untuk dipamerkan kepada pengunjung.

"Kerja membaik pulih lombong sepanjang 300 meter yang dilaksanakan dua tahun lalu dijangka siap hujung tahun ini. Projek baik pulih berkenaan ini amat mementingkan ciri-ciri keselamatan di samping mengekalkan keadaan asalnya.

"Saya yakin lombong berkenaan mampu menarik orang ramai terutama generasi muda untuk mengimbau kembali sejarah aktiviti perlombongan di Sungai Lembing," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Katanya, terowong itu turut dihiasi patung dan papan kenyataan yang menggambarkan aktiviti perlombongan sebenar suatu ketika dahulu.

Tambahnya, sejak lima tahun lalu dianggarkan sebanyak RM20 juta dibelanjakan kerajaan negeri untuk pembangunan di kawasan itu, sekali gus menarik lebih ramai pelancong termasuk pelancong asing.

Dalam pada itu, bekas pekerja lombong tersebut, Muhammad Sharif Muhammad, 63, atau lebih dikenali sebagai Pak Tam menyifatkan suasana di Sungai Lembing kini kembali ceria dengan adanya muzium Sungai Lembing.

Beliau yang berpengalaman sebagai 'penjaga kiew' berbangga apabila semua artifak dahulu disimpan di muzium itu untuk tatapan generasi akan datang.

"Kerja saya sebagai 'penjaga kiew' ataupun penjaga lif yang bertanggungjawab menurunkan pekerja dalam pelbagai unit sehingga 1,400 kaki ke bawah lombong.

"Kerja ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal supaya mereka yang menaiki 'kiew' tidak terhempas ke bawah lombong dan saya antara kumpulan terakhir yang bekerja di lombong berkenaan bermula 1970 sehingga 1986.

"Jadi, dengan adanya muzium ini, saya bangga kerana semua artifak yang saya pernah nampak dahulu masih disimpan di sini untuk tatapan pelancong," katanya.

Bagi seorang lagi bekas pekerja lombong tersebut, Wong Kong Chan, 75, pengalaman 30 tahun bekerja bermula pada 1950 sebagai juruteknik dengan bayaran 90 sen sehari masih segar dalam ingatannya.

"Saya bekerja sebagai juruteknik di bengkel kerana ketika itu pengusahanya mahu pekerja membaiki alat jentera bijih timah.

"Jika tiada juruteknik, pengusahanya mungkin akan mengalami kerugian kerana terpaksa mengimport alat gantian daripada London yang memakan masa selama tiga ke enam tahun untuk menerimanya," katanya.

Mengenai suasana zaman dahulu di Sungai Lembing katanya, bandar El-Dorado itu dulu didiami enam kaum iaitu Melayu, Cina, India, Inggeris, Sikh dan Orang Asli, namun kini hanya didiami oleh Melayu, Cina dan Orang Asli sahaja.

Tambahnya, dia mengharapkan perubahan ketara dapat dilakukan di Sungai Lembing supaya generasi muda tidak berhijrah.

Katanya, dia berbangga kerana kerajaan melakukan perubahan untuk meningkatkan jumlah pelancong dengan adanya muzium dan menaik taraf terowong di lombong bijih timah itu.

"Mungkin telah tiba masanya Sungai Lembing kembali bangkit memulakan kehidupan baru selepas zaman kejatuhannya sejak 26 tahun lalu," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads