Jumaat, 14 September 2012

06 di temerloh - Google Blog Search

06 di temerloh - Google Blog Search


Pembinaan Kilang Simen <b>Di Temerloh</b> Dibatal | MyNewsHub

Posted: 14 Sep 2012 12:25 AM PDT

TEMERLOH – Langkah kerajaan Pahang membatalkan pembinaan sebuah kilang simen di Gunung Jebak Puyuh, dekat Hutan Lipur Gunung Senyum, di sini melegakan 3,000 penduduk di kampung sekitarnya.

Rata-rata mereka berterima kasih kepada Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan kerajaan negeri yang prihatin dengan kehendak rakyat dengan membatalkan projek itu, dua bulan lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelamat Gunung Jebak Puyuh Hutan Lipur Gunung Senyum, Mohd Sakri Rani berkata pada Ogos 2009, penduduk membantah cadangan pembinaan kilang itu oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang dan Syarikat Yeoh Tiong Lai (YTL).

Rentetan itu, satu dialog khas diadakan antara penduduk dan menteri besar dan penduduk menyerahkan memorandum bantahan terhadap projek itu.

Katanya, bantahan itu dibuat setelah mengambil kira aspek kesihatan penduduk serta kemusnahan flora dan fauna di kawasan Hutan Lipur Gunung Senyum sekiranya kilang simen itu didirikan di situ.

Mohd Sakri berkata hutan lipur berkenaan merupakan satu-satunya pusat peranginan tersohor di daerah Temerloh dan dikunjungi 30,000 pengunjung setiap tahun berikutan keindahan dan kekayaan flora serta faunanya.

"Penduduk sangat gembira dengan pembatalan projek pembinaan kilang itu.

Mereka bukan menolak pembangunan atau peluang pekerjaan, tetapi kawasan itu sangat hampir dengan perkampungan dan perumahan penduduk," katanya. — BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Kilang Plastik Kitar Semula Musnah Terbakar

Kilang Tenusu Meletup, 1 Terkorban, 3 Cedera

Kilang Keluli Terbakar, Operasi Dihentikan

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

NasRina HoNey: Homestay <b>di Temerloh</b>, Pahang

Posted: 10 Sep 2012 12:53 AM PDT

Homestay di Temerloh Pahang
Anda nak cari rumah penginapan untuk kenduri kahwin? Melancong? Atau berjalan-jalan untuk mencari ikan patin yang super duper lazat di Temerloh?
Family aku ada menyediakan perkhidmatan homestay....
Rumah teres dua tingkat di Taman Bahagia Makmur.
Berdekatan dengan Bandar Temerloh, Mentakab, Pasar Tani Temerloh...Kesimpulannya dekat tengah bandarlah... 
Kelengkapan dalam rumah :
- Kelengkapan katil dan almari di setiap bilik
Satu malam berharga RM200 sahaja...! Murahkan?Murahkan? 
Sila hubungi Rafar/Linda (pakcik dengan makcik aku selaku penjaga homestay) : 012-9493818/01119436534



Tiada ulasan:

Catat Komen

ads