Isnin, 15 Oktober 2012

06 di kuala rompin - Google Blog Search

06 di kuala rompin - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di kuala rompin</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Oct 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Halida&#39;s Place - Meredah Banjir <b>di Kuala Rompin</b>

Posted: 27 Dec 2007 12:52 AM PST

14hb Dec petang sepatutnya dah bertolak ke Kuala Rompin tapi Baba nasihatkan tunggu sehari lagi sebab laluan biasa ke sana ditenggelami air.  Terutama laluan Muadzam Shah dan Jalan Segamat.  Alternative route melalui Pekan lagi terhalang sebab keadaan banjir di sana lagi dasyat.  Dimaklumkan ada orang kena naik bot dua kali sebelum boleh lalu Jalan Kuala Rompin.  Macamana kereta Kenari saya nak redah tu...

Karl dan Adri pun dok tertunggu bila boleh berangkat.  Kemudian malam 14hb tu Baba kata boleh lalu ikut Johor tapi jauh la sikit berbanding laluan Kuala Pilah/Muadzam tu....Jauh sikit?  Betul ke nie?  Dicadangkan ikut laluan PLUS hiway masuk interchange Ayer Itam menghala ke Kluang dan bila sampai bandar Kluang ambik jalan arah ke Mersing...aduh...jauh tuuuu......

Kita pun check kat Internet dulu to confirm laluan tu pada 15hb pagi.  Ok dah paham so kami pun bertolak dalam pukul 10.30 pagi.  Sampai di Ayer Keroh, Melaka singgah kat R&R Jejantas.  Karl, Adri makan lunch. Pastu kami cuci mata tengok kedai-kedai souvenir yang mahal tu...Dasyat...mahal betul jadi kami pun tapau keropok udang.. Teruskan perjalanan.  Ikut la laluan Kluang dan Mersing.  Sepanjang perjalanan sungguh baik dan indah pemandangan.  Naik bukit turun bukit, sampai la ke pekan Mersing.  Adri suka baring bila lalu jalan berbukit so dia dah naik pening dan nak termuntah.

Baba call masa kami baru berlepas dari Ayer Keroh (back track sikit)..dia kata ada problem sikit...laluan ke Summerset selepas pekan Kuala Rompin pun naik air dan kenderaan tak leh lalu kecuali tow truck yang boleh lalu dan buat bisnes.  Harapan kami bila sampai (perjalanan ambik masa 5 1/2 jam) air banjir di kawasan tu akan surut tapi jangkaan kami meleset sekali!!  Punya syok la drive sebab sepanjang laluan semua cantik belaka...tapi sampai kat selekoh berhampiran Lanjut (about 5 km away from Summerset), laluan ditutup sebab air naik sampai hampir paras peha!! Tengok pula la peha siapa...kalau orang tinggi lepas lutut kot kalau orang rendah mau sampai paras pinggang.  Kami pun park kat sebelah tunggu....ngeri juga sebab nampak current air bah tu...kata orang situ air sungai melimpah.  Sampaikan nak ambik gambar pun jadi terlupa...perjalanan dah hampir 450km dari Subang, takkan nak patah balik atau tido jer kat pekan Kuala Rompin?

Ada banyak kereta tengah beratur rupanya menunggu giliran tow truck.  Baba telefon lagi, dia pun risau juga sebab kami di sebelah sini tak boleh nak cross ke sana.  Dia pun naik kereta staf dia dua tiga orang tunggu kami di seberang bah sana.  Nasib baik ada Razman, Maintanence Manager, dia nak balik rumah dia.  Dia pun tumpang lori dari Summerset.  So dia tolong arrangekan tow truck.  Sejam kami tunggu giliran. Karl tak nampak risau pun.  Dia dok dalam kereta...Adri keluar tengok jalan.

Sejam kemudian (mungkin lebih)...Baba pun masih menunggu di seberang sana...tiba giliran kami.  Razman yang balik rumah mandi manda salin baju nak ke hotel semula pun dah muncul kembali...tapi kami masih di situ.  Ok tow truck bersedia menarik kami.  Karl di depan seperti lazimnya dan Adri ngan Razman di belakang.  Lalu lah kami dengan perlahannya dikelilingi air bah....suspen juga sebab air mula masuk kereta di passenger seat belakang.  Mana datangnya air tu....dengan perlahan kami ditarik.  Adri dah panik, sebab takut kaki dia basah....Janganla tow truck tersangkut.  Ada juga kereta kecil yang sungguh berani mengharungi bah...kancil, saga, ikut belakang lori atau bas, convoy ramai2...kalau ada yang terberhenti atau tersangkut tengah jalan, abih sebab current agak deras. masing2 tawakal. Four wheel drive no problem, boleh harung. Air bah tu lebihkurang sejauh 500-700 meter.

Alhamdullillah akhirnya kami sampai dengan selamat, Baba dok tunggu dengan Haridas dan Tazal di seberang jalan tu...jenoh pulak nak bersihkan air yang masuk seat belakang. Bayar tow truck RM30 tu pun lepas Razman bargain. Apa2 pun enjin ok tapi digital clock dan radio short circuit sebab wiring kat bawah seat belakang tu.  Air masuk dari lubang di bawah body kereta.  Boot clear, bersih, tak der air masuk walaupun boot tu dah tenggelam bila kereta di naikkan tow truck.  Sampai kat Villa, Baba pun bawak kereta syampu carpet seat belakang tu.

Kini tiba hari nak balik KL pulak.  Ingatkan 17hb jalan tu clear tapi rupanya air bah makin naik.  Air laut pun pasang.  Tepat pukul 3ptg. kami bertolak. Kali ni Baba ikut balik, sebab dia cuti. Tow truck pun dah tak boleh lalu. Sampai di tempat sama, tengok2 lori besar dah menunggu.  Laluan tu hanya boleh di lalui oleh lori besar atau bas besar je.  Kami pun tak berlengah terus arrange untuk ditarik.  Pasang rantai dan kereta pun bergerak.  kali ini kereta tak terjungit sebab bukan tow truck yang tarik.  So kereta bertukar jadi bot, kalau letak tangan kat luar dah boleh cecah air bah tu. Tentula injin dimatikan.  Wow....kali ni saya duduk belakang pulak.  Air memang lagi tinggi.  Kamera pun tak digunakan sebab tak mau ambik gambar (tengah risau)...dok senyap2 tengok air bah dikeliling kita.  Separuh jalan ada tractor pulak lalu from the opposite side.  My gosh....air berkocak sakan dan kami berdoa that we are not swept away dan rantai lori kukuh terikat.

3/4 way...air mula masuk kali ni air masuk meresap dari bawah sehingga seluruh kereta kecuali boot.  Dah la boot penoh dengan barang2. kami semua angkat kaki dan berkata cepatla sampai ke seberang sana. kami rasa seolah-olah kami sedang naik bot!  Alhamdullillah sampai juga akhirnya dan Baba pun bayar RM40 pada lori tu.  Kemudian kami bergegas berhenti dan buka saja pintu belakang, air pun melimpah keluar.  nasib baik ada banyak paper lama dan sponge. Dan ada bekas untuk cedok air tu...Adri juga bekerja keras.  Karl tak tau nak buat apa so kami suruh dia pegang barang.

Kami bersyukor tak de apa2 yang memudaratkan dan lain2 kecemasan.  Ini memang satu pengalaman yang akan sentiasa tersemat di ingatan kami.  Kami pun bertolak mengikut laluan Mersing dan Kluang arah ke KL.  Sayangnya saya tak ambik gambar, memang tak mau ambik.  Janji kami semua selamat.  Alhamdullillah.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads