Rabu, 24 Oktober 2012

06 di pekan - Google Blog Search

06 di pekan - Google Blog Search


Sungai Rapat Online: Ceramah Mat Sabu 121 <b>di pekan</b> Razaki, Sg <b>...</b>

Posted: 29 Sep 2012 08:48 AM PDT

Ceramah Mat Sabu 121 anjuran Pas Sungai Rokam semakin nazak apabila tidak sampai 100 penyokongnya hadir. Kebanyakan yang hadir adalah penyokong dari luar yang ingin melihat dan mendengar lawak Mat Sabu 121 sahaja.
Yang bertanda bulat adalah tikar yang diletakkan oleh penganjur di hadapan pentas tetapi tiada seorang pun yang ada.

Gambar di atas menunjukkan keadaan dalam khemah yang dikhaskan untuk tetamu yang masih kosong walaupun hanya satu sahaja khemah disediakan.
Fenomena inilah yang menjadikan Pas semakin terdesak akan bertindak liar kerana kekurangan penyokongnya.
Semasa tinjauan Sungai Rapat Online mendapati beberapa anggota yang ditugaskan untuk meneliti dan sentiasa memerhati kalau-kalau ada dikalangan pengunjung bukan penyokongnya.
Beberapa individu yang berbadan sasa ditempatkan disemua jalan masuk ke tapak ceramah Mat Sabu sambil memrhati kereta yang masuk. Keadaan ini tidak pernah dilakukan oleh UMNO ketika menganjurkan ceramah sebegini.
Pendek kata pasukan keselamatan mereka sentiasa memerhati dan jika ada pengunjung yang dikhuatiri bukan penyokong mereka , maka mereka akan terus mendekati dan menghalau atau mengugut akan bertindak memecahkan cermin kereta.
Begitulah betapa terdesaknya Pas sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan maruah mereka. Perkara ini wajar dilakukan oleh pihak UMNO semasa membuat sebarang ceramah.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads