Khamis, 25 Oktober 2012

06 di rompin - Google Blog Search

06 di rompin - Google Blog Search


Kecoh <b>di Rompin</b>, Orang Asli ditangkap - CJMY - Citizen Journalist <b>...</b>

Posted: 21 Oct 2012 07:33 PM PDT

Encik Fazlie sedang memberi penerangan tentang kes On Kon dan Musa Lateh selepas mereka dibebaskan

Tidak sampai 24 jam perhimpunan Orang Asli yang menuntut hak mereka di Pejabat Menteri Besar Pahang pada 17 Oktober baru baru ini, Menteri Besar Pahang sendiri telah mengumumkan keputusan mesyuarat Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan telah bersetuju untuk mengeluarkan tanah tanah adat Orang Asli yang berada dalam kawasan pembangunan sekitar negeri Pahang.

Dari kiri Musa Lateh dan On Kon yang ditahan polis

Perkhabaran itu sudah pasti diterima baik oleh komuniti Orang Asli yang sudah sekian lama berjuang menuntut hak hak mereka.

Walaubagaimanapun langit tidak selalunya cerah bagi komuniti ini , apabila pada lewat petang pada hari yang sama mereka menerima perkhabaran positif tersebut, dua individu dari masyarakat Orang Asli telah ditangkap polis atas tuduhan mengganggu pekerja kontraktor ECERD.

On Kon, 30 dan juga Musa Lateh, 40 dari Kampung Tanam, Rompin yang dituduh polis, telah menafikan bahawa mereka telah mengganggu pekerja pekerja tersebut sebagaimana yang didakwa pihak polis.

Pada awalnya penangkapan On Kon dan Musa Lateh adalah sebagai ganti kepada buruan pihak polis yang sebenar iaitu Moriol salah seorang penduduk Orang Asli yang pergi ke Wisma Menteri Besar untuk menyertai perhimpunan menuntut hak Orang Asli di sana.

Keesokan harinya, seramai 100 Orang Asli telah nekad berkumpul di Balai Polis Rompin menuntut supaya kedua dua mereka dilepaskan. Akhirnya pada pukul 4 petang kedua dua mereka telah dibebaskan.

CJMY juga diberitahu sebelum On Kon dan Musa Lateh dibebaskan , pihak polis telah mengadakan kawat cam terhadap 20 Orang Asli dari kampung tersebut.

Fazlie peguam prihatin yang membantu Orang Asli

Fazlie bersama sama penduduk Kampung Tanam yang menunggu saudara mereka yang ditahan di Balai Polis Rompin

Menurut Fazlie lagi, sehingga ini masih tidak ada apa apa pertuduhan lagi yang dikenakan terhadap On dan Musa selain dari dua pertuduhan awal yang dikenakan.

Tetapi mereka harus menunggu samada pertuduhan itu akan dibawa ke peringkat mahkamah dan seterusnya dibawa ke perbicaraan.

Fazlie juga berharap peristiwa ini tidak akan mematahkan semangat mereka Orang Asli untuk berjuang mempertahankan hak hak mereka.

Rompin

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads