Ahad, 21 Oktober 2012

di negeri pahang - Google Blog Search

di negeri pahang - Google Blog Search


<b>Pahang</b> Daily Online: Panas: Orang Asli <b>Di Pahang</b> "Serang <b>...</b>

Posted: 17 Oct 2012 08:42 AM PDT

KUANTAN, 17 Okt - Seramai kira-kira 500 masyarakat orang asal (asli) dari seluruh negeri Pahang telah mengadakan himpunan aman di pejabat Menteri Besar hari ini. Himpunan terbabit diadakan bagi menyerahkan memorandum berhubung pewartaan tanah milik orang asal yang kini menjadi isu panas di negeri ini. Difahamkan Wakil Jaringan Kampung-Kampung Orang Asli Malaysia (JKOASM), Shafie Dris telah berjaya menyerahkan memorandum tersebut kepada Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob. Mereka juga khabarnya telah dilayan dengan baik oleh MB Pahang dan barisan exconya dalam satu pertemuan khas yang diadakan di Wisman Sri Pahang. Apa yang menarik, sama seperti pertemuan MB dengan masyarakat kaum India Cameron Highlands beberapa bulan lalu mereka (orang asal) turut dilayan dengan baik oleh MB Pahang itu. Sebelum itu, kesemua mereka terpaksa menunggu hampir satu jam sebelum dapat berjumpa dengan MB Pahang itu. Menurut Shafie, Adnan menerima memorandum dan mengatakan tuntutan yang dibuat oleh mereka munasabah cuma ada beberapa perkara yang tidak dipersetujui oleh beliau. "MB kata ada satu dua yang tak jelas, tapi dia tak jelaskan yang mana satu. Kami diberi makan dan berkumpul di Padang MPK2 untuk tahu keputusan hasil mesyuarat dengan MB itu", kata beliau. Laungan keramat bergema termasuk "Hidup Orang Asli" dan "Hidup Rakyat" semasa mereka berarak ke pejabat MB.  Mereka juga membawa sepanduk "Ikhtiraf Tanah Adat Orang Asli", "Batalkan Rizab Yang Bertindih Dengan Tanah Orang Asli" dan "Kami Bukan Pendatang".  Difahamkan, hari Rabu merupakan Mesyuarat Exco bagi Kerajaan Negeri Pahang, maka semua anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan juga turut menyaksikannya. [Memorandum lapan perkara itu antara lainnya menggariskan tuntutan supaya kerajaan negeri Pahang mengiktiraf tanah adat serta menarik balik lesen kepada kontraktor yang melakukan kerja di atas tanah tersebut. Masyarakat itu juga menuntut supaya kerajaan menghentikan segala kegiatan yang dijalankan ke atas tanah mereka serta menarik balik lesen kontraktor yang kini sedang menjalankan kerja pengukuran tanah tersebut. Mereka juga mahu kerajaan membuat agihan semua ke atas kawasan rizab yang didakwa bertindih di antara kawasan tanah dan wilayah adat Orang Asli bagi mengiktiraf kawasan milik golongan tersebut Memorandum itu juga menyebut, kerajaan perlu memansuhkan dua peruntukan dalam Akta Orang Asli 1954 berhubung kawasan dan rizab yang diperuntukkan untuk masyarakat tersebut. Seksyen 6(3) dan 7(3) Akta 134 ini memberi kuasa kepada menteri untuk membatalkan mana-mana pengisytiharan kawasan orang Asli atau rizab orang Asli pada bila-bila masa tanpa perbincangan dan perundingan. Memorandum itu seterusnya menuntut kerajaan negeri yang memansuhkan Dasar Pemberimilikan Tanah Orang Asli yang disifatkan "tidak bawa sebarang manafaat kepada masyarakat Orang Asli"].

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads