06 di janda baik - Google Blog Search |
Warga Harian Metro bersantai <b>di Janda Baik</b> | The New Straits <b>...</b> Posted: 13 Nov 2012 11:03 PM PST November 14th, 2012 BENTONG – Sambutan Hari Keluarga Harian Metro (HM) 2012 yang diadakan di Cheringin Hills & Spa Resort, Janda Baik, di sini, kelmarin disambut meriah lebih 300 kakitangan dan ahli keluarga akhbar berkenaan. Program anjuran Kelab Harian Metro (Kelab Met) itu menyaksikan sebahagian besar kakitangan dan keluarga diraikan dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. Hadir sama pada majlis itu, Pengarang Kumpulan HM, Datuk Mustapa Omar; Pengarang Eksekutif (Berita) HM, Othman Mamat; Pengarang Eksekutif (Pengeluaran) HM, Ahmad @ Salim Bachok; Pengarang Eksekutif (Rencana), Shariffudin Mohamed dan Pengarang Eksekutif Projek Khas The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Azizi Othman. Menurut Mustapa, Hari Keluarga HM yang dianjurkan setiap tahun bertujuan meraikan kakitangan yang membanting tulang dalam memajukan syarikat selain mempertahankan akhbar itu sebagai pilihan utama pembaca. Selepas penat bekerja, peluang membawa keluarga bergembira di pusat peranginan di negeri 'Tok Gajah' turut tidak disia-siakan apabila kakitangan berpeluang merakamkan gambar kenangan bersama keluarga. |
You are subscribed to email updates from di janda baik - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen