Isnin, 5 November 2012

06 di jerantut - Google Blog Search

06 di jerantut - Google Blog Search


WZWH: Projek Kaviar <b>Jerantut</b> : Ikan Sturgeon Boleh Dibela <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 01 Nov 2012 12:06 AM PDT

DS Najib telah umumkan ada pelabur mahu melabur RM425 juta bagi projek kaviar Jerantut. 
Ramai orang Jerantut dan Pahang tidak tahu ikan sturgeon ini ikan apa? Ramai yang beranggapan ikan ini hidup di lautan Rusia dan Iran.
Sebenarnya ikan sturgeon ini majoriti jenis spesisnya hidup di air tawar. Ada yang tinggal di laut dekat Iran dan Russia serta Amerika Utara.
Ikan ini ditangkap dan diternak untuk mendapatkan telurnya, kaviar, kerana ia memberi hasil pulangan yang besar. Telurnya boleh dijual pada harga US$5000 untuk sekilo dan permintaan caviar ini tinggi.
Bolehkah ikan sturgeon dibela di Jerantut dan tidak menyebabkan kerosakan alam sekitar? Ini persoalan orang Jerantut dan Pahang mahu tahu.
Ikan sturgeon boleh diternak di Jerantut dan tidak membahayakan alam sekitar SEKIRANYA diternak di kawasan sistem yang enclosed dan terkawal.
Projek kaviar Jerantut adalah projek printis bermodal besar. Jika berjaya Jerantut menjadi pengeluar kaviar sedunia maka akan terdapat permintaan projek ini di seluruh Malaysia.
Nanti ramai orang Pahang membela ikan sturgeon secara sangkar di Sungai Tembeling, Jelai dan Pahang. 
Tapi AWAS jangan sampai ikan sturgeon ini terlepas ke sungai....
Projek sangkar ikan sturgeon di China.
Ini contoh kolam bela ikan sturgeon secara kecil-kecilan.
Sebab itu kita kena pastikan ikan tapah banyak membiak di sungai-sungai di Pahang ini. Ada saintis kata ikan sturgeon dan ikan arapaima gigantis cukup takut dengan ikan tapah Pahang sebab tengok giginya sahaja buat ikan sturgeon dan ikan arapaima memecut lari ketakutan...

WZWH: Calon Presiden Amerika Tidak Berani Berkempen <b>Di Jerantut</b>

Posted: 04 Nov 2012 07:24 PM PST

Pakatan Rakyat syok sendiri kata boleh tawan 8 parlimen Pahang PRU 13. Cameron Highlands, Raub, Kuala Lipis, Jerantut, Temerloh, Indera Mahkota, Kuantan and Paya Besar.
Sebab itu Pakatan Rakyat turun dengan bakal PM dengan gaya kempen calon Presiden Amerika dalam siri Jelajah Pungkor Rakyat Pahang!
Presiden PAS Hadi Awang pun bila dengar pungkor Anwar Ibrahim terus mahu terbang melayang mahu bertanding di parlimen Pekan!

Calon Presiden Amerika ini tidak berani turun berkempen di Jerantut. Tidak tahu mengapa? Siri Jelajah Pungkor Rakyat Pahang ini melalui parlimen Temerloh, Kuala Krau, Kuantan , Indera Mahkota dan Paya Besar
Calon Presiden Amerika ini suka meniru Abuya Al-Arqam berkempen guna bas mewah. Berkempen di Pahang tidak perlu pakai bas mewah cukup pakai bas buruk aje lagi rakyat Pahang suka....
Sekarang ini pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat sedang studi strategi Abuya Al-Arqam bagaimana hendak dapat dana dari pengikut, bagaimana hendak buat pengikut jadi fanatik dan thoib, dan bagaimana boleh terus memimpin dari alam ghaib!
Sambutan yang diterima dari rakyat Pahang tidaklah hangat sebagaimana seperti yang diharapkan.
Mudah pada pemikiran rakyat Pahang...
Calon Presiden Amerika hanya boleh jual pungkor.
Kerajaan BN yang ada boleh deliver janji ditepati-royalti minyak seratus juta dan bakal beratus juta lagi menceritakan segala-galanya.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads