06 di mentakab - Google Blog Search |
UMNO Online - Replika Keris <b>Di Mentakab</b> – Pembangkang Cuba <b>...</b> Posted: 10 Sep 2012 12:13 AM PDT Kategori UtamaReplika Keris Di Mentakab – Pembangkang Cuba Mainkan Sentimen Politik PerkaumanOleh: Wan Hafiz Wan Hamzah TEMERLOH, 10 Sept – Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin membidas tindakan DAP dan PAS yang cuba memainkan isu politik perkauman yang sempit apabila mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Mentakab (MPT) menggantung replika keris di tiang-tiang lampu di sekitar kawasan tersebut. Menurut beliau, kenyataan Ketua DAP Mentakab, Lai Chee yang mempersoalkan tindakan MPT dan kenyataan Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Mentakab, Norazmi Abdul Majid yang mengaitkan replika keris dengan logo UMNO, disifatkan Sharkar sebagai usaha untuk meniup sentimen politik perkauman di kalangan penduduk di sekitar kawasan tersebut, termasuk untuk memburukkan UMNO dan Barisan Nasional. "Inilah sikap DAP yang disokong oleh PAS yang tidak habis-habis cuba untuk menghasut rakyat dengan cuba untuk menimbulkan sentimen politik perkauman biarpun dengan isu yang seremeh ini. Keris ini bukan sahaja lambang UMNO, bahkan keris merupakan lambang kepada orang Melayu yang ada di nusantara ini dan bukan di negara ini saja. "Kalau nak cerita, ada juga lambang atau gambar roket di dalam negara tapi tidak pun kita kaitkan gambar roket itu dengan DAP, begitu juga dengan lambang atau gambar bulan. Bagi saya replika keris yang ada itu tak patut dijadikan isu kerana ia bukannya menghina sesiapa. Kecualilah sekiranya lambang-lambang tersebut menyentuh sensitiviti kaum dan agama maka itu patut kita ambil tindakan," tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini. Justeru, beliau menyeru agar pemimpin pakatan pembangkang bersikap lebih matang dan terbuka serta menghormati orang lain dan jangan asyik mempertikaikan sesuatu yang mungkin boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan bangsa atau kaum lain. "Mereka kena sedar, bahawa negara yang mereka diami ini terdiri dari pelbagai kaum. Di kalangan Ahli Majlis MPT pun ada juga mereka yang berbangsa Cina, namun tidak ada sebarang bantahan pun dari mereka tentang isu replika ini. "Ini disebabkan pemikiran mereka itu lebih terbuka dan matang. Inilah cara politik sempit di kalangan kepimpinan pakatan pembangkang, sampaikan isu remeh-temeh semacam ini pun cuba mereka jadikan isu politik dengan memainkan sentimen perkauman. "Tapi biasalah, itulah sikap dan kepimpinan pakatan pembangkang yang sudah kehabisan modal. Apatah lagi seperti DAP, memang tak dapat nak lari daripada bersikap rasis. Apa yang hak dia orang kita tak boleh usik, tetapi apa yang hak kita, kalau boleh mereka langsung tak bagi buat," tegas beliau lagi – MediaUMNO Berita Bertarikh Pada 3:13 PM |
You are subscribed to email updates from di mentakab - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen