Isnin, 5 November 2012

06 di pekan - Google Blog Search

06 di pekan - Google Blog Search


Percayalah, Hadi Takde &#39;Telur&#39; Nak Tanding <b>Di Pekan</b> | MYKMU <b>...</b>

Posted: 04 Nov 2012 05:01 AM PST

November 4, 2012   ·   84 Comments

PicsIn_1352062269439

MULA-MULA penulis malas nak cerita hal ini sebab penulis tahu, mempercayai Presiden PAS, Hadi Awang bertanding di Pekan, samalah mustahilnya dengan melihat DAP bertanding di kawasan majoriti Melayu!!!

Tapi bila mata ini melihat Hadi diangkat menjadi hero di ruang siber kerana kononnya berani nak mencabar Presiden UMNO di kerusi parlimen Pekan, penulis tergerak untuk menamatkan semua kepercayaan karut itu dengan menulis artikel ini.

Yang mati-mati percaya Hadi berani keluar dari kawasan tradisinya bertanding untuk ke Pekan mencabar Najib, perlu ingat ini – Hadi bukanlah kuat mana pun, waima di kawasannya sendiri, Marang.

Berbanding dengan Najib yang tak pernah tewas di Pekan, Hadi pernah beberapa kali kalah di Marang, menunjukkan tidak ada kawasan yang betul-betul selamat untuk Hadi, tak macam Najib.  Betul, Najib hampir kalah pada tahun 1999 tapi ada perbezaan antara hampir kalah dengan kalah beberapa kali.

Jadi kalau Hadi tidak kukuh di kawasannya sendiri, bagaimana pulak dia nak menentang Najib di Pekan?

Itu yang pertama, yang kedua, kita semua tahu taktik PAS untuk menang di sesuatu kawasan ialah dengan memindahkan pengundi dari kawasan yang dia tidak bertanding atau pasti kalah, ke kawasan yang dia sedang intai untuk menang.  Ini bukan rahsia malah sudah diketahui semua orang.

Dengan masa yang semakin suntuk untuk pilihanraya ke-13 dilangsungkan, sudahkah PAS memindahkan penyokong setianya dari lokasi-lokasi yang mereka tidak ada peluang untuk menang ke Pekan bagi memastikan kemenangan Hadi?

Dari apa yang penulis lihat, tidak ada aktiviti itu dilakukan sebab PAS masih perlu menyokong calon-calon Pakatan Rakyat yang lain walaupun calon PAS sendiri tidak bertanding disitu.

Memindahkan pengundi secara besar-besaran dari mana-mana kawasan untuk memastikan kemenangan pemimpin utama, adalah ibarat mensabotaj calon Pakatan Rakyat di kawasan tersebut sedangkan PAS sudah berkomponen dengan DAP dan PKR, mana boleh buat suka-suka hati.

Itu belum kita sebut lagi bahawa Hadi pun pernah umum dulu (atau lebih tepat Januari 2012), yang dia tidak akan bertanding mempertahankan Parlimen Marang 'sebab sudah terlalu lama jadi YB' – bukti boleh rujuk sini.

Tidak kurang juga melihat, kenyataan itu kerana Hadi sudah tahu yang dia bakal tewas di Marang kalau bertanding lagi kali ini.

Pendek kata, setelah dilihat dari semua sudut, gebang Hadi nak menentang Najib di Pekan ini adalah setaraf gebang kedai kopi, tidak ada mana beraninya Hadi nak menentang Najib di Pekan.

Kalau Hadi dicalonkan juga menentang Najib di Pekan, itu menunjukkan memang benarlah puak-puak Anwarinas dalam PAS nak menendang Hadi dari jawatan presiden yang sedang disandangnya.

Nasib Hadi nanti samalah seperti sparring parternya dalam team kerajaan perpaduan, Nasharudin Mat Isa sudah pasti tidak akan mempertahankan Parlimen Bachok, malah 99% sah tidak dicalonkan langsung pun.

Ingat, kita cakap tentang PAS ni, 'bunuh membunuh' seteru politik (walaupun dalam jemaah sendiri) bukanlah satu perkara mustahil.

By


Tiada ulasan:

Catat Komen

ads