Rabu, 7 November 2012

06 di pekan - Google Blog Search

06 di pekan - Google Blog Search


Pas tetap lawan Najib <b>di Pekan</b>

Posted: 03 Nov 2012 05:55 PM PDT

http://4.bp.blogspot.com/-60CLNq_oyFw/TaYdyACzMxI/AAAAAAAAGRQ/HJW3IlWD0a4/s320/najib-bertembung-presiden-pas-prn-sarawak.jpeg 

(Sinar Harian) - Pas Kelantan menyifatkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sangat berani apabila menunjukkan kesungguhannya mahu bertanding menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Pilihan Raya Umum (PRU13) nanti.

Ketua Penerangannya, Dr Mohd Fadhli Datuk Hassan berkata, hasrat tersebut membuktikan Pas akan menentang Barisan Nasional (BN) habis-habisan pada PRU13 tanpa mengira siapa calonnya.

Bagaimanapun, keputusan sama ada meletakkan Abdul Hadi mahupun sesiapa untuk berdepan dengan calon parti lawan di Parlimen Pekan terletak pada penentuan mutakhir Majlis Syura Ulama.

"Kesediaan Abdul Hadi ini memberi petunjuk yang jelas bahawa Pas tidak pernah takut untuk menentang mana-mana calon Umno dan sanggup berdepan (lawan) di kerusi mana sekalipun dengan izin pucuk kepimpinan.

"Biarpun ada yang menyifatkan itu adalah negeri kelahiran Perdana Menteri tetapi ia bukan jaminan kemenangan memihak kepada Umno mahupun melemahkan perjuangan parti Pas di Pekan," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas kejutan daripada Ahli Parlimen Marang itu dengan menyatakan kesediaan bertanding di kerusi Parlimen Pekan yang kini disandang Perdana Menteri.

Mohd Fadhli yang juga Exco Kerajaan Negeri membayangkan kemungkinan kedudukan Perdana Menteri akan tergugat memandangkan pada pilihan raya tahun 2004 beliau hampir kecundang ketika itu.

Mengulas lanjut keberanian Abdul Hadi bertanding di Pekan, beliau juga turut mencabar Najib untuk bertanding di Marang kerana Ahli Parlimennya sanggup ke kawasan yang dipegang oleh kepimpinan utama negara.

Katanya, Pas Kelantan memberi sokongan sepenuhnya jika Abdul Hadi dicalonkan dan termasuk sesiapa yang diumumkan bertanding nanti untuk memastikan kemenangan di kawasan parlimen tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Komen

ads