Khamis, 20 Disember 2012

06 di gebeng - Google Blog Search

06 di gebeng - Google Blog Search


Kerajaan Rakyat: Lynas, nadir bumi <b>di Gebeng</b>, Pahang. Penipuan <b>...</b>

Posted: 20 Dec 2012 01:00 AM PST

Walaupun Lynas berulangkali menyatakan bahawa sisa daripada penapisan nadir bumi di Gebeng, Pahang, boleh dikitar semula menjadi produk komersial yang selamat, tetapi seorang ahli radiologi Australia mengingatkan bahawa teknologi seumpama itu masih belum terbukti berjaya.

Peter Karamoskas (kiri), seorang ahli radiologi nuklear selama 13 tahun dan mewakili orang awam Australia dalam Jawatankuasa Keselamatan Radiasi Australia, menyuarakan keraguannya mengenai pelan kitar semula Lynas itu kepada New Matilda, sebuah lamanweb berita Australia.

Laporan New Matilda memetik Karamoskas sebagai berkata satu juta meter padu meter sisa Penulenan Larut Air (Water Leach Purification - WLP)  - sisa paling kritikal yang dihasilkan oleh kilang penapisan -  menjana dalam tempoh 10 tahun beroperasi, perlu dicampur dengan lima kali jumlah agregat untuk mengurangkan bacaan radioaktifnya dari 6Bq untuk 1Bq, untuk sisa selamat.



Walaupun beliau berkata proses yang sama telah digunakan di Belanda, tetapi bahan buangan yang dihasilkan adalah jauh lebih kurang radioaktif, hampir pada 1Bq.

Karamoskas, yang pakar dalam kesan kesihatan akibat radiasi, menegaskan bahawa kaedah ini belum pernah digunakan ke atas bahan-bahan dengan bacaan WLP 6Bq, dan ia adalah sangat tidak mungkin menjadi penyelesaian jangka panjang dari aspek keselamatan atau ekonomi.

Artikel ini adalah bahagian kedua laporan khas mengenai Lynas oleh Wendy Bacon, seorang profesor dan pemenang anugerah wartawan penyiasatan yang menganggotai lembaga pengarah Pusat Media Pasifik, yang merupakan sebahagian daripada Sekolah Pengajian Komunikasi di Universiti AUT di Auckland, New Zealand.

Bacon juga memetik satu laporan yang disediakan untuk Lynas oleh perunding teknikal, Worley Parsons, yang menyatakan bahawa pengeluaran produk sampingan memerlukan masa dan pelaburan.


RAKYAT MARHAEN: Bantah Lynas, NGO Hijau konvoi ke <b>Gebeng</b>

Posted: 20 Dec 2012 01:52 AM PST


KUALA LUMPUR: Kumpulan Anti Lynas, Himpunan Hijau akan meneruskan bantahan terhadap pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi dengan konvoi kenderaan dari Kuala Lumpur ke kilang tersebut di Gebeng, Kuantan pada 31 Disember ini.

Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tuck berkata, konvoi kenderaan tersebut merupakan salah satu program dalam kempen seratus hari menentang projek Lynas yang didakwa mengancam keselamatan penduduk setempat.

"Rakyat sangat marah dengan aktiviti yang akan memusnahkan alam sekitar, rakyat dan negara sendiri.

"Sebab itu rakyat sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan Lynas tidak akan meneruskan operasi mereka," kata beliau dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), dekat sini hari ini.

Konvoi akan bermula di Markas PAS Taman Melewar, Gombak pada jam lapan pagi dan dijangka tiba di Markas PAS Chegar Mendang, Bentong yang akan diisi dengan ucapan pemimpin parti-parti politik dan kumpulan pecinta alam sekitar.

Kumpulan itu kemudiannya akan bergerak ke Gebeng dan akan berkampung di markas Himpunan Hijau di sana.

"Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan termasuk menjual 'Biskut Telinga Cap Adnan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang turut bersama dalam sidang media tersebut berkata, Pakatan Rakyat akan mengerahkan ahli untuk bersama-sama Himpunan Hijau pada tarikh tersebut.

"Saya bagi pihak Sekretariat Pakatan Rakyat akan menyeru ahli-ahli dan penyokong parti Pakatan Rakyat untuk bersama dalam program 31 Disember yang akan berakhir di Kuantan.

"Melalui media yang kami ada, kami akan cuba memberikan gambaran sokongan dan penyertaan kepada Himpunan Hijau," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads