Jumaat, 28 Disember 2012

06 di kampung awah - Google Blog Search

06 di kampung awah - Google Blog Search


Konvoi Jelajah Oren: Tiada kekecohan <b>di Kampung Awah</b> | Minda <b>...</b>

Posted: 25 Dec 2012 09:21 PM PST


MARAN – Umno Maran menafikan dakwaan berlaku kekecohan semasa Konvoi Jelajah Oren hingga menyebabkan Ketua Penerangan Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Noraza Muda diikat dan ditahanoleh pihak tertentu di  Felda Kampung Awah, Sabtu lalu.


Pemangkunya, Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, hasil pertemuan beliau dengan peneroka tanah rancangan itu mendapati dakwaan tersebut adalah tidak benar.


Menurutnya, gambar Noraza diikat di sebuah pondok rehat adalah satu penipuan kerana tiada pihak yang berbuat demikian.


"Ini semua tipu dan saya diberitahu pihak pengurusan Felda, Rela, Polis Bantuan Felda dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), bahawa  tiada kekecohan serius berlaku.


"Malah tiada siapa yang ditangkap atau ditahan ketika peserta konvoi kembara itu mahu memasuki kawasan Felda Kampung Awah," katanya kepada Sinar Harian.


Bagaimanapun Ismail berkata, pihak Felda berhak menghalang mereka daripada masuk ke kawasan tanah rancangan masing-masing kerana tidak mahu ada pihak luar yang sengaja mahu menyebarkan fitnah kepada peneroka.


Katanya, masyarakat Felda perlu berfikir secara rasional dan bijak menilai tindak-tanduk kembara tersebut yang cuba  memecahbelahkan komuniti itu dengan tohmahan tidak berasas.


Katanya, pembangkang semakin  terdesak apabila melakukan kembara sedemikian ke tanah rancangan Felda  terutama menjelang pilihan raya umum  tidak lama lagi.


"Peneroka Felda hidup dalam suasana aman tanpa kacau bilau. Sudah pasti  mereka tidak benarkan sesiapa pun yang cuba merosakkan keharmonian di kawasan mereka.


"Saya minta peneroka jangan mudah terpengaruh dengan pembangkang yang semakin kemaruk berkuasa sehingga sanggup melakukan apa sahaja bagi memenuhi keinginan tersebut," katanya.


Ketua Polis Daerah Maran,  Pemangku Deputi Superintendan, Sulai-man A Hamid berkata, pihaknya tidak terima sebarang laporan berhubung insiden itu.


Menurutnya, tiada sebarang kekecohan serius berlaku sepanjang kembara itu di Felda Kampung Awah, Jengka 23 dan 11.

BLOG PAHANG: 06 <b>di kampung awah</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Oct 2012 03:45 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di kampung awah</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Oct 2012 03:26 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di kampung awah</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Oct 2012 03:26 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di kampung awah</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Oct 2012 03:26 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di kampung awah</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Sep 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

APABILA KETAKUTAN <b>DI</b> TAHAP GABAN - Wartawan Rasmi <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2012 08:17 PM PDT


Dana asing: 'BN lihat puaka yang tak wujud'
Serangan serentak kerajaan menggunakan media perdana yang mendakwa berlaku penjajahan bentuk baru NGO prodemokrasi melalui tajaan dana di negara ini terang-terangan hanya kes "paranoia", kata PKR Sarawak.

NONE"Ia cubaan terdesak BN untuk memperkecilkan perniagaan yang sah, masyarakat sivil dan organisasi dengan sindiran tak langsung, bahawa Malaysia secara rahsia dilemahkan oleh negara asing, bukan sahaja tidak masuk akal tetapi menunjukkan bagaimana BN menggunakan taktik menakutkan-nakutkan di peringkat antarabangsa.

"Taktik momokan ini sebenarnya hanya menunjukkan ketakutan BN sendiri terhadap demokrasi sebenar dan lebih penting lagi mereka melihat puaka yang tidak wujud," kata Ketua PKR Sarawak Baru Bian dalam kenyataan semalam.

Akhbar milik Umno Utusan Malaysia dan akhbar berkaitan Umno Berita Harian dan New Straits Times semalam melaporkan di muka depan NGO berpangkalan di Amerika Syarikat National Endowment for Democracy (NED) dan badan lain di peringkat antarabangsa mendanai NGO di Malaysia.

Laporan sama juga ditayangkan dalam waktu perdana TV3 semalam yang menyifatkan perkara itu sebagai penjajahan bentuk baru

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads