Isnin, 21 Januari 2013

06 di bukit tinggi - Google Blog Search

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


Travelogue Et: West Sumatera IV - <b>Bukit Tinggi</b>, Padang Panjang <b>...</b>

Posted: 24 Dec 2012 07:28 AM PST

12 Nov 2012
Pagi di rumah Adree di Bukit Tinggi, sejuk! Air kolah dalam bilik air rasanya mencucuk-cucuk. Tapi ku gagahi jua untuk mandi. Lepas mandi tu rasa best, fresh yang teramat.

Setelah kami semua iaitu Adree (ahli Backpackers Buddies Malaysia yang mempunyai rumah di Bukit Tinggi), Intan (gadis berusia 15 tahun yang juga merupakan adik perempuan tunggal Adree), Adam (encik captain) dan Nurul (cik stewardess) bersiap, kami keluar dengan kereta Avanza yang dipandu oleh Adree.

Sebelum pergi ke destinasi pertama iaitu Padang Panjang, kami ke ofis Adree yang terletak tak berapa jauh dari rumah dan bersarapan pagi di kedai makan di sebelah ofis. Kami bersarapan sup daging dengan mihun. Ringkas tapi cukup sedap dan mengenyangkan. Hanya 7,000 Rp. semangkuk.

Destinasi pertama kami ialah Rumah Adat Minangkabau yang terletak di daerah Padang Panjang. Di sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan hijau sawah padi dan sesekali ternampak rumah adat kaum Minangkabau yang lebih dikenali dengan nama Rumah Gadang.



Setelah perjalanan dengan kereta selama hampir 1 jam, kami sampai di Rumah Adat Minangkabau. Di sini terdapat beberapa buah Rumah Gadang tersergam indah yang di jaga rapi oleh Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau. Salah satu Rumah Gadang telah diubah menjadi muzium dan pelawat boleh mendengar penerangan secara terperinci tentang sejarah dan asal usul kaum Minangkabau daripada staff yang bertugas di situ. Selain itu terdapat juga bahan sejarah dan artifak yang di pamerkan untuk para pelawat. Di dalam Rumah Gadang yang sama, terdapat juga tempat bersanding atau pelamin di mana pelawat boleh mencuba baju adat persalinan kaum Minangkabau dan mengambil gambar di situ. Kami tak cuba pun, tapi cuma memerhatikan gelagat pelawat lain dari Malaysia, pakcik makcik yang teruja mencuba pakaian tersebut dan bersanding sekali lagi :p
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke daerah Batu Sangkar untuk melawat Istana Pagaruyung. Waktu kami sampai di perkarangan istana kami dapat lihat ramai budak-budak sekolah lengkap dengan pakaian beruniform mereka. Rupanya mereka sedang adakan acara seperti sukan tahunan di situ. Kami cuma berjalan-jalan di luar istana sambil melihat struktur binaan istana yang pada saya sangat besar dan berseni buatannya. Oleh kerana tak ada sesiapa di sana yang menerangkan sejarah Istana Pagaruyung kepada kami, jadi tak banyak informasi yang kami dapat. Untuk mengetahui lebih banyak tentang Istana Pagaruyung, boleh baca di sini.





Hari semakin panas dan terik, dah masanya kami cari tempat untuk makan tengahari. Adree mencadangkan tempat makan Flora-ape-ntah-tak-ingat-namanya. Restoren berkonsep pondok di atas kolam dengan view yang menghijau, memang menarik. Di tambah lagi dengan makanan yang super nyummy! Sementara menunggu makanan sempat jugalah kami bermain congkak, hehehe. Bila makanan sampai, dah tak pandang kiri kanan semua menghadap makanan sampai licin siap tambah nasi lagi. Serius sedap!
Lepas makan, kami bertolak semula ke Bukit Tinggi. Destinasi kami yang seterusnya ialah Lubang Jepang. Dalam perjalanan ke Bukit Tinggi, masing-masing dah penat dan mengantuk akibat terlebih makan. Layan view sampai tertidur tau-tau dah sampai Bukit Tinggi. Kami sampai di Lubang Jepang sekitar jam 4 pm.

Untuk masuk ke entrance Lubang Jepang, setiap seorang dikenakan bayaran sebanyak 3000 Rp. Kemudian untuk masuk betul-betul ke dalam Lubang Jepang itu sendiri, kami diminta untuk membayar lagi 5000 Rp. setiap seorang. Ada seorang pakcik yang juga seorang staff disitu membawa kami masuk dan menceritakan  tentang sejarah Lubang Jepang kepada kami secara terperinci. Di dalam Lubang Jepang keadaannya memang agak gelap dan menurut pakcik, pernah juga ada orang tersesat di situ. Lubang Jepang ini tidaklah terlalu luas dan boleh jalan keliling habis dalam 10-15 minit sahaja. Terdapat banyak pengubahsuaian di dalam seperti ingin membuat kantin makanan, dewan dan sebagainya tetapi sehingga sekarang terbengkalai begitu sahaja.

Setelah keluar dari Lubang Jepang, pakcik tadi terus membawa kami berjalan di kawasan taman berhampiran. Dari taman, kami boleh menikmati pemandangan Ngarai Sianok. Memang cantik dan damai lebih-lebih lagi waktu kami ke sana baru sahaja lepas hujan. Terdapat banyak juga monyet jinak yang bermain-main tak jauh dari tempat kami berdiri. Oh ya, di taman itu juga terdapat tanah perkuburan Islam, menurut pakcik ada beberapa ahli keluarganya yang di kebumikan di situ.

Setelah puas melihat pemandangan di situ kami balik semula ke kereta. Tapi sebelum kami masuk ke dalam kereta pakcik tadi meminta kami membayar lagi tips sebanyak RM 5 seorang.

Kemudian kami terus menuju ke Jam Gadang yang juga merupakan identiti khas Kota Bukit Tinggi. Tak sah rasanya kalau ke Bukit Tinggi tidak singgah ke Jam Gadang. Kami berjalan-jalan sekejap kemudian pergi ke pasar berdekatan. Tapi waku itu banyak kedai sudah mulai tutup kerana hari semakin malam. Kami juga masuk ke beberapa kedai menjual barangan outdoor di situ.



Hari semakin malam dan sejuk. Kami mencari kedai makan untuk makan malam. Lama juga kami di kedai makan kerana banyak berborak. Sakit perut dibuatnya bila dengar cerita-cerita lucu dari Adree tentang pengalamannya backpacking di Krabi :p

Sebelum balik ke rumah, kami berjumpa dengan Abang Edy (kawan Adree dan juga pemilik travel agency di Bukit Tinggi) dan berborak lama di ofisnya. Setelah itu baru kami pulang ke rumah dan masing-masing berehat untuk hari keesokannya.

Bersambung di entri seterusnya tentang Danau Singkarak dan Sawahlunto :)

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads