Selasa, 22 Januari 2013

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


MyKhalish.com: Bercuti <b>di Cameron Highlands</b> 2012 - Glory <b>...</b>

Posted: 19 Jan 2013 05:57 PM PST

Lepas gi pasar malam kami pergi cari kedai makan menarik. Mula-mula ingat nak beli je makanan di Pasar Malam kemudian makan dalam bilik di Hotel. Tapi dedi ajak cuba steamboat yg nampak agak popular juga di Cameron Highlands ni, sebelum ini mmemang tak pernah cuba. Ada dua tiga kedai yang macam meriah. Tapi kami pilih Glory Steamboat, bersebelahan dengan Hotel De La Ferns, tak jauh dari Ye Olde Smokehouse.
Signboard yg jelas kelihatan

Menu.. tak perlu buka, kat luar pun dah ada tulis. Jadi kami ambil set yg ni saja.
Harga untuk seorang RM23, minimum kena 2 orang. Kalau makan seorang kena la cari menu lain. Hehe..

Memang meriah, macam-macam ada.

View dari atlas. Sejuk-sejuk ni memang sesuai sangat la makan steamboat yg panas macam ni.
Jemput makan semua. Kami bernasib baik sampai awal, lepas 10 minit terus penuh kedai.

Strawberry Milkshake. Ni wajib order, memang sedan. Kami sampai order 2 kali lah.
Overall makan kat sini ok-ok je pada kami. Nak kata sedap sangat tu takda la, tapi boleh la cuba memang kalau makan sampai abis tu akan kenyang tak ingat. Tapi rasanya masih tak boleh lawan Johnny's Steamboat. Dah kenyang, terus balik hotel.

Sempat juga buat kecoh depan cermin besar di lobi hotel. Misi nak ambil gambar kami berempat dengan hoodie. Orang lalu lalang semua tgk kami, tapi kami peduli apa. Haha..

Sebelum tidur sempat lagi melayan Strawberry Chocolate, tapi chocolate nya tak menarik sangat. tapi boleh la untuk melepaskan hajat. Takpa esok kita borong strawberry banyak-banyak dan buat sendiri di rumah dengan coklat yang lebih mantop.
Aqil Khalish sempat melayan imaginasi dia, ni dia kata Tren bawa tangki air. Pandai abang, nanti kami akan cerita pasal Aqil Khalish dan kesukaan dia dengan keretapi.
Ok, masing-masing dah penat. Esok nak bangun awal, breakfast, check-out, petik strawberry, tengok rama-rama, lepak di ladang teh dan balik. :)

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads