Isnin, 21 Januari 2013

06 di janda baik - Google Blog Search

06 di janda baik - Google Blog Search


Jom Pesta Durian <b>di Janda Baik</b>

Posted: 01 Dec 2012 03:00 AM PST

Baru aja balik from teambuilding kat Janda Baik, Pahang. So sebelum balik ke KL, kitaorang ada majlis makan-makan durian. Habis dua raga besar makan durian. Ada le antara 30-40 orang makan. Satu raga durian D24 dan satu lagi durian musang king.
Memang kenyang betul makan durian ni especially ngan durian musang king.
Lepas satu-satu durian dibuka. Bak kata orang habis isi kulit dan biji dibuang, itulah peribahasa berkaitan dengan durian.
Inilah rupa durian musang king. Satu biji hanya terdapat beberapa ulas aja.
Tengoklah tokey durian sedang "merobek" buah durian tu. Kitaorang just makan aja.
Inilah rupanya durian musang king tapi ianya tak sama dengan yang kitaorang makan kat Bentong yang mana isinya lagi lembut dan lemak.
Biji durian musang king memang kecil dan ianya kecut.
Sedap kan benda alah durian ni especially kalau makan ramai-ramai. Semua sekali termasuk dengan buah manggis dan pisang yang berwarna merah adalah RM486. Not bad juga makan lebih daripada 30 orang.
Banyaknya buah manggis tak larat nak makan, ada yang bawa balik rumah.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads