Selasa, 22 Januari 2013

06 di jerantut - Google Blog Search

06 di jerantut - Google Blog Search

parlimen81: Bekalan Air Terputus Lagi <b>di Jerantut</b> - Krisis Air <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2013 07:47 AM PST

Dalam sibuk-sibuk akhbar-akhbar dan TV TV bercerita pasal krisi air di Selangor dan satu-satunya  kaedah penyelesaian yang ada dalam pemikiran ahli politik BN iaitu Langat2 dan Terowong Air dari Pahang ke Selangor maka tiba-tiba berlaku krisi air yang teruk di Jerantut pula pada minggu lepas. Tapi tiada akhbar dan TV yang melaporkannya kerana Jerantut bukan Ampang atau bukan Hulu Langat yang dibawah pemerintahan Pakatan Rayyat . Jerantut adalah dibawah pemerintah Barisan Nasional . Amat memalukan jika krisis air yang melanda Jerantut ini dihighligtkan dalam akhbar dan tv arus perdana .

Difahamkan menurut laporan-laporan dalam kumpulan FB Jerantut krisis bekalan air yang melanda Jeantut baru-baru ini adalah kerana loji bekalan air Batu Embun tidak dapat beroperasi secara normal kerana sumber air mentah sangat berkeladak yang menyebabkan loji rawatan terpaksa ditutup ( ia ke macam tipu jer sebab2 ini .... jawapan sebenar sila berhubung terus  dengan PAIP Jerantut ... harap jawapan yang mereka beri tidak ada unsur penipuan)

Bila PAM berhenti beroperasi maka bekalan air terawat juga makin berkurangan untuk menampung hampir 25% akaun di sekitar Jerantut .

Anatara sebab sungai menjadi kotor adalah kerana berlakunya aktiviti perlombongan bijih yang tidak terkawal di hulu sungai . dalam kes ini ialah sungai Pahang sendiri dan Sungai Jelai yang menjadi punca kepada air mentah Loji Batu Embun.

Difahamkan aktiviti perlomboingan ini ada yang haram dan ada yang halal yang mana pemilikan lesennya dimiliki oleh ahli-ahli politik dan pemimpin disekitar Jerantut dan Lipis

Lombong bijih di hulu sungai Besol di Jerantut dan Sg Lik di Kerambit menjadi punca utama sungai menjadi keroh dan berkeladak. Parlimen pernah beberapa kali membuat entry dalam blog ini berkaitasn dengan krisis air di Jerantut tapi hanya dipandang sepi oleh pihak-pihak yang berwajib .

Jerantut Alami Krisis Air

Masalah Air di Jerantut Tiada Penyelesaian

PAIP Jerantut Kena Ambil Iktibar Kes PAM Rosak di Selangor

Selain Jerantut masalah terputus bekalan air ini juga berlaku u didaerah lain di negeri Pahang ni . Dalam ahli-ahli politik BN dan akhbar-akhbar dan TV TV pro BN sibuk dengan masalah air yang kononnya berlaku dio Selangor dan Kelantan rupenya masalah air yang kronik berlaku di negeri perdana menteri yang kita sayangi . Kenapa TV3 , RTM , UTUSAN , Kumpulan NST tak highlight kat muka depan isu ini . Kata perjuangkan rakyat tanpa mengira fahami politik ?

Lihat senarai dibawah ini masalah air yang berlaku di Pahang.

KRISIS AIR YANG KRONIK DI NEGERI PERDANA MENTERI MALAYSIA

KERANA TERLALU SIBUK MENIMBULKAN ISU MASALAH AIR DI KELANTAN, PERDANA MENTERI DAN SEKALIAN MENTERI MEMBIARKAN SAHAJA MASALAH AIR DI NEGERI-NEGERI BARISAN NASIONAL, PALING TERUK LAGI IA BERLAKU DI BEBERAPA DAERAH DI NEGERI PERDANA MENTERI SENDIRI.
Yang Lucunya, mereka datang ke Kelantan dan menawarkan jika memilih Barisan Nasional, masalah Air akan selesai di Kelantan dalam keadaan negeri mereka sendiri mengalami masalah yang sama. 
Yang menarik, Isu Masalah Air di Negeri Barisan Nasional TIDAK PERNAH KELUAR dalam Utusan Malaysia dan Berita Harian di FRONT PAGE sebagaimana mereka menimbulkan Isu Air di Kelantan, tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. TV3 melalui Slot Aduan Rakyat telah memaparkan ISU KELUHAN DAN RINTIHAN RAKYAT di Bera, Pahang. Saksikan di bawah paparan eksklusif sebagaimana yang telah disebarkan dalam facebook baru-baru ini.

Berikut dibawah kes-kes yang dilaporkan oleh Akhbar yang berlaku di Negeri Perdana Menteri, Janji Di Tepati

TEMERLOH: Laungan "mana rakyat didahulukan", "mana janji ditepati" bergema dalam perhimpunan aman melibatkan beberapa orang penduduk di bandar Mentakab di sini hari ini berikutan telah lima hari terputus bekalan air paip.
Penduduk mendakwa, gangguan bekalan air tanpa notis itu disebabkan kerja mengorek tanah di pinggir jalan utama oleh kontraktor yang menyebabkan saluran paip pecah tetapi dibiarkan sejak Khamis lalu.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads