Ahad, 6 Januari 2013

06 di mentakab - Google Blog Search

06 di mentakab - Google Blog Search


Cerita Orang Kita: 29 orang GRO pusat hiburan <b>di Mentakab</b> ditahan

Posted: 02 Jan 2013 08:05 PM PST


TEMERLOH – Seramai 29 warga asing yang bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) ditahan dalam operasi bersepadu Ops Noda, sejam selepas sambutan tahun baru sekitar Mentakab, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, tiga serbuan dilakukan serentak sekitar pusat hiburan di bandar ini diketuai Ketua Balai Polis Mentakab, Inspektor Rizal Mohd Dan dan Pegawai D7, Inspektor Mohd Najib Mohd Nizam

.

Menurutnya, serbuan pertama ke atas sebuah premis hiburan di Jalan Mok Hee Kiang berjaya menahan 10 wanita warga Thailand dan seorang lelaki penjaga premis.

"Dalam satu lagi serbuan di Jalan Dagang 1/1, Taman Perindustrian Temerloh, pasukan terbabit menahan 16 wanita Vietnam, tiga wanita China dan seorang lelaki penjaga premis," katanya, semalam.

Abdul Aziz berkata, mereka ditahan kerana melakukan beberapa kesalahan antaranya melanggar syarat pas lawatan sosial, tiada dokumen pengenalan diri dan menggaji pekerja asing tanpa visa sah.

Menurutnya, operasi semalam dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh dengan kerjasama Jabatan Imigresen serta Majlis Perbandaran Temerloh.

Katanya, pihaknya masih menyiasat sama ada premis terbabit turut menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

"Semua wanita berumur antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan untuk siasatan di bawah Peraturan 39 (B) Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat dikenakan.
"GRO terbabit boleh dihukum penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

Dalam satu lagi serbuan, Abdul Aziz berkata, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki di Jalan Industri, Taman Perindustrian Temerloh yang dikehendaki polis atas kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan.

"Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan ketika sedang berhibur di dalam premis hiburan," katanya.



Sumber Sinar harian

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads