di negeri pahang - Google Blog Search |
KESATUAN SEKERJA KAKITANGAN MAKMAL <b>NEGERI PAHANG</b> <b>...</b> Posted: 24 Jan 2013 07:13 PM PST Assalamualaikum wbt... KSKM Negeri Pahang telah mengadakan Mesyuarat AJK KSKM Negeri kali ke 6 pada 24 Jan 2013,bertempat di Dewan Seri Intan,SMK Kerdau,Temerloh.Mesyuarat kali ini turut menjemput semua wakil-wakil KSKM daerah untuk membincangkan segala perancangan yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2013 disamping membentangkan laporan segala program yang telah dijalankan sepanjang tahun 2012. Sepanjang mesyuarat berlangsung beberapa perkara berbangkit dibincangkan antaranya adalah: i.KSKM daearah yang masih tidak menjalankan kursus kepada ahli-ahli KSKM daerah masing-masing adalah daerah Maran,Rompin,Pekan dan Cameron highlands.Pengerusi memohon kepada wakil KSKM daerah yang terlibat agar dapat mengadakan sebarang kursus sebelum Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KSKM Cawangan Pahang yang dijangka akan berlaku antara bulan April - Jun 2013. ii.Sambutan Pembantu Makmal untuk menjadi ahli KSKM sangat-sangat menggalakkan di negeri Pahang.Ini terbukti dimana Pahang adalah negeri yang paling ramai telah menyertai KSKM iaitu melebihi 100 ahli.Tahniah kepada semua ahli-ahli baru. iii.KSKM Negeri masih lagi tidak menerima senarai NO AHLI daripada KSKM Pusat bagi ahli yang telah diluluskan permohonan dan telah dipotong gaji sebelum disember 2012. Dalam agenda hal-hal lain,wakil KSKM daerah Lipis telah memaklumkan bahawa ahli KSKM;En.Abu Hassan bin Rejab,No Ahli 4532 dalam keadaan yang masih uzur dan masih mendapat rawatan secara berulang-alik ke Hospital Tengku Ampuan Hajjah Afzan,Kuantan.Sehubungan denga n itu,KSKM Negeri memohon kepada semua ahli yang prihatin agar dapat menghulurkan sedikit bantuan atau datang menziarahi beliau di K.Lipis. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada mantan Wakil KSKM daerah Lipis iaitu Puan Haszlina bte Omar kerana sepanjang penglibatan beliau sebagai wakil KSKM daerah Lipis,banyak perkara dan aktiviti yang baik untuk semua ahli KSKM daerah telah dijalankan. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada wakil KSKM daerah Rompin atas sambutan yang sangat baik semasa kunjungan AJK KSKM Negeri ke daerah Rompin pada tahun lalu. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 tengahari. |
You are subscribed to email updates from di negeri pahang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen