06 di bentong - Google Blog Search |
*tanjaktinggi: Tun Mahathir <b>Di Bentong</b> Bantu Adnan Yaakob Tidak <b>...</b> Posted: 07 Dec 2012 06:13 PM PST Ping site Tun Mahathir tiba-tiba berada di Felda Kemasul, Bentong dalam satu Majlis Bicara Tokoh. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Najib sendiri telah berterima kasih kepada Mahathir semasa perhimpunan agung Umno di PWTC atas usaha Mahathir turun padang berjumpa akar umbi berkempen untuk Umno dan BN. Kita maklum mengapa Mahathir begitu aktif melakukannya. Sudah tentu untuk membawa sama 'brand' beliau terhadap anaknya Muhkriz yang beliau harap akan dinobatkan sebagai Menteri Besar Kedah jika BN menang dalam pilihan raya, juga satu target yang lebih besar iaitu sebagai perdana menteri Malaysia (Boleh ke? Jaguh kampong ni). Umum mengetahui Mahathir kini sedang berkongsi 'kepanasan global' akan kemusnahan Umno dalam pilihan raya ke-13 yang akan datang. Timbul juga persoalan adakah majlis Bicara Tokoh ini telah dirancang sebelum Perhimpunan Agung Umno 2012.? Atau baru sahaja. Jika baru jelas sungguh bahawa ini adalah kerana mahu menyelamatkan telinga Adnan Yaakob daripada dipotong. Mungkin Umno BN telah terhidu bahawa DAP akan memenangi kerusi Bentong. Sebelum ini Adnan Yaakob sudah buat U-turn dengan memperbetulkan kenyataannya bahawa yang beliau maksud potong telinga hanya kiasan bukan betul-betul (baru padan muka). Apa yang kita ingin lihat ialah Umno BN akan kecewa di Bentong. Bawalah siapa sahaja untuk berceramah ke pelusuk Bentong, jika Allah mahu Kun Fayakun maka jadilah kemenangan untuk orang-orang yang dizalami. In Shaa Allah. |
You are subscribed to email updates from di bentong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen