Selasa, 5 Februari 2013

06 di bukit tinggi - Google Blog Search

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


Percutian <b>di Bukit Tinggi</b>, Pahang | ANa Ahmad

Posted: 17 Jan 2013 06:39 AM PST



Di dalam entri ini, saya akan ceritakan serba ringkas percutian akhir tahun 2012 saya bersama suami dan Amir di Nora Lodge Bukit Tinggi, Pahang. Tentu ramai yang tertanya-tanya dimanakah terletaknya tempat ini, kan?

Untuk keterangan lanjut, anda boleh ke laman web Nora Lodge. Saya rasa percutian kali ini sangat menyeronokkan kerana kami sekeluarga dapat menikmati keindahan alam semulajadi disamping dapat merehatkan minda sebelum kembali bertugas. Selain itu, suasana sejuk dan pemandangan berkabus pada waktu pagi amat menyegarkan. 

Perjalanan dari tempat tinggal kami (Sungai Besar) ke tempat ini mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Kami berhenti makan tengahari di Hentian Rehat Genting Sempah sebelum meneruskan perjalanan ke sana. Untuk mendapatkan petunjuk arah dari tempat anda ke Bukit Tinggi, sila click link di bawah :


Kedatangan kami disambut oleh 2 orang pekerja dan dihidangkan dengan minuman sebagai pembasah tekak. Kami telah memilih chalet yang berhampiran dengan tempat permainan (untuk Amir bermain) dan tandas (berada di luar chalet). Keadaan di dalam chalet juga bersih dan kemas. 


Setelah meletakkan beg di dalam chalet, kami berjalan-jalan di kawasan sekitar dan melihat binatang peliharaan (ayam, itik dan arnab). 


Di sebelah malamnya pula, kami bercadang untuk naik ke Colmar Tropicale untuk  menikmati keindahan malam di sana. Malangnya malam itu hujan renyai-renyai  dan berkabus, jadi kami sempat mengambil beberapa keping gambar sahaja. Lebih kurang jam 10.00 malam, kami balik ke tempat penginapan untuk berehat dan tidur.









Best regards,

LIKE , TWEET dan COMMENT daripada anda amatlah Ahmad hargai . Tq :)

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads