Khamis, 7 Februari 2013

06 di bukit tinggi - Google Blog Search

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


Lingkaran DuniaKu: Percutian <b>di Bukit Tinggi</b>

Posted: 01 Dec 2012 06:11 PM PST

Bukit Tinggi, atau berjaya Hills. Ini entry kedua. Sebelum ni saya cuma ceritakan tentang tempat penginapan kami, Dusun Nora. Kali ni nak kongsi gambar2 kami berjalan pula.

Taman Arnab

     
Saya memang tidak begitu gemar dengan binatang peliharaan ini, sebab entahla. Mungkin baunya yang kurang enak menyumbang kepada faktor saya tidak berminat memegangnya. Tapi disini, arnab yang dilepaskan dikawasan untuk bermain memang jinak, dan kawasan bermain arnab, bersih. Sangkarnya ditempat lain. Arnab yang dilepaskan pula ditempat lain Dua kawasan berasingan menyebabkan kebersihannya agak terpelihara. Selain itu, anak2 juga nampak gembira berkejaran dengan si rusa yang jinak, yang juga dilepaskan dekat untuk kita menyentuhnya. Selain arnab, ada rusa, ada merak, ada juga hamster dan kura-kura. Bila anak2 dah penat di ruang binatang, ada juga tempat permainan khusus untuk mereka bermain. Pendek cerita, tempat ini memang enjoy untuk anak2 ini.
Colmar Tropicale ini dibina menyerupai rekabentuk perancis. Berada disini seolah-olah kita telah melancong keluar negara.Maklumlah saya tidak pernah ke negara eropah. maka agak teruja bila berada di sini. Kebetulan ketika kami berada disini, ada permainan bungee. Apa lagi, anak2 memang tidak melepaskan peluang untuk bermain permainan ini.
 

Sebenarnya ini je dua tempat yang kami pergi. Ada lagi Japanese Tea House dan Horse Riding. Tapi takpelah tak pergi. Macam yang saya pernah nyatakan dalam entry sebelum ni, ini percutian bajet. Yang penting, keluar seketika dari kesibukan pekerjaan, dan dalam masa yang sama, anak-anak pun turut gembira. :)

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads