Jumaat, 22 Februari 2013

06 di jerantut - Google Blog Search

06 di jerantut - Google Blog Search


WZWH: Kempen PRU 13 Sudah Bermula <b>Di</b> Parlimen <b>Jerantut</b>...

Posted: 19 Jan 2013 08:03 PM PST

Bila topi BN dipakai oleh WZWH..itu tanda kempen PRU parlimen Jerantut sudah bermula...

Pada WZWH, kempen PRU sudah bermula sebelum DS Najib umum bubar parlimen dan DUN terutama di Jerantut.

Tanpa menunggu penamaan calon, ahli politik yang pro aktif perlu bergerak ke depan. Berjumpa dengan seramai lapisan masyarakat dan buat program 'finishing touch'.
Ramai ahli politik tak mahu buat program sebab tak ada duit dan tak mahu habis duit. Kalau kedekut duit jangan masuk politik lebih baik main dengan anak bini di rumah!
Ahli politik yang bijak buat program tanpa guna duit. DS Najib selalu cakap kepada ahli politik UMNO buat program sebenarnya tak perlu pakai duit.
Pemuda UMNO Jerantut boleh buat Karnival Jerantut bajet RM2 juta tanpa keluar duit! WZWH akan tunjukkan bagaimana?....

Ini motto Karnival 1Malaysia Parlimen Jerantut : Kas Sayang Jerantut...Moh Ke Jerantut Wehh !! bermula 19 Januari hingga 24 Februari 2013.

Ada lagi program-program yang tak perlu pakai belanja...contoh ini majlis perkahwinan di Dewan MDJ boleh jumpa ramai orang.

Kenduri aqiqah anak orang kampung di Kg Jerantut Feri.

Kena turun bersama rakyat bercampur dengan mereka di bawah.
Kenduri kahwin di Kg Kekura Tembeling Tengah.
Kejohanan Bola Sepak DUN Pulau Tawar anjuran Pemuda UMNO Jerantut sebagai permulaan pada 19 Januari 2013 di Felda Kota Gelanggi 3.
Selepas ini Kejohanan Bola Sepak DUN Damak pada 26 Januari 2013 di Kg Ulu Cheka.
Diikuti Kejohanan Bola Sepak DUN Tahan pada 2 Februari 2013 di Felda Sungai Retang.
Akhirnya 8 pasukan terbaik setiap DUN akan berentap dalam Kejohanan Bola Sepak Parlimen Jerantut pada 9 Februari 2013 di bandar Jerantut.
Disamping itu Kejohanan Futsal setiap DUN juga serentak berlansung selepas Kejohanan Bola Sepak DUN.
Akhirnya Kejohanan Futsal Parlimen Jerantut.
Permainan lain seperti bola jaring, badminton, takraw, dan bola keranjang diadakan peringkat Parlimen Jerantut.
Acara-acara lain sepanjang karnival ialah Youth Job Fair melibatkan  500 syarikat swasta dibawa turun oleh YB Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Anak-anak muda Jerantut dan dari seluruh Pahang boleh datang memohon pekerjaan.
100 syarikat telekomunikasi akan dibawa memberi rebat telefon smart phone untuk orang muda Jerantut.
Program kebudayaan, hiburan juga di adakan. Dikir Barat, persembahan artis-artis Astro, Battle of The Band.
DSD Adnan Yaakob MB Pahang akan turun dengan program pendidikan melibatkan penyertaan Yayasan Pahang dan beberapa universiti di Bandar Wawasan Jerantut.
Acara kemuncak DS Najib akan turun sehari ke bandar Jerantut dari pagi hingga petang berjumpa rakyat Jerantut. BRIM 2.0 akan diberi kepada semua orang Jerantut.
Tidak ketinggalan DS Rosmah Mansor juga turut berminat turun ke Jerantut dengan program yang tersendiri.
WZWH menjangkakan 100,000 orang akan mengunjungi Karnival Jerantut. Ini perhimpunan besar bagi orang Jerantut.
Urusetia Pemuda UMNO dan Belia Jerantut mengurus Kejohanan Bola Sepak peringkat DUN dan Parlimen Jerantut.
Tendangan penalti bagi menentukan tempat ke separuh akhir di padang bola SR Felda Kota Gelanggi 3.
Perlawanan menarik antara pasukan Felda Jengka 12 dan PUTA (Pulau Tawar).
Sesi bergambar sebelum perlawana akhir antara pasukan Felda Jengka 8 dengan PUTA ( Pulau Tawar) 
YB Dato' Wan Amizan Wan Razak, ADUN Tahan selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut dan EXCO Pemuda UMNO Malaysia berucap mengalu-alukan 16 pasukan yang terlibat.
Sebenarnya Dato' Wan Amizan walau beliau ADUN Tahan tetapi beliau juga adalah Ketua UMNO Cawangan Felda Jengka 12 dalam DUN Pulau Tawar. Dato' Wan Amizan adalah anak peneroka Felda Jengka 12.
Beliau mahu semua pemuda dan belia melibatkan diri dalam program-program yang akan diadakan sepanjang Karnival Parlimen Jerantut malah program akan berterusan sehingga parlimen dibubarkan.
Pasukan Veteran Felda Kota Gelanggi 1 tempat ke 4 menerima wang tunai RM700.
Pasukan Felda Jengka 12 tempat ke 3 menerima wang tunai RM1000.
Pasukan Felda Jengka 8 tempat ke 2 menerima wang tunai RM2000.
Pasukan PUTA (Pulau Tawar) johan menerima wang tunai RM3000 dan medal. Dato' Wan mengalungkan medal kepada kapten PUTA. Kelihatan Pegawai Belia Jerantut yang aktif mengerakkan belia Daerah Jerantut iaitu Encik Wan Jaimi.
Dato' Wan Amizan selaku Ketua UMNO Cawangan Felda Jengka 12 ( dalam DUN Pulau Tawar ) perlu juga melayan anak-anak buah makan malam di Restoran Kesidang di Simpang Jengka 8. Disamping menumpukan hal rakyat di DUN Tahan. 
Berbalik kepada persoalan bagaimana Pemuda UMNO Bahagian Jerantut boleh menjayakan Karnival 1Malaysia Parlimen Jerantut dengan bajet RM2 juta tanpa guna duit 1 sen pun!???
Kita kena melibatkan semua..ahli parlimen, ADUN, Ketua-Ketua Jabatan, GLC, syarikat-syarikat swasta dan kerajaan serta sokongan orang ramai.
Tiada alasan untuk tidak buat program di bumi Malaysia...Itu yang DS Najib selalu pesan kepada ahli politik UMNO dan BN...sebenarnya kalau mahu buat program untuk rakyat tidak perlu pakai duit keluar duit belanja ahli politik.
Maka kita semua pertahankanlah UMNO dan BN parti paling lama memerintah dalam dunia. Jangan biarkan musuh mahu memadam dan menghuruharakan kestabilan dan kemakmuran politik, ekonomi dan sosial negara serta keharmonian agama dan hubungan kaum berbilang bangsa di tanah paling diberkati Allah dalam dunia-Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads