Batu ini menandakan permulaan sukatan jarak bagi Pahang dan kiraan kosong bermula dari Kuala Lipis.
Kata-kata seperti 'ada kilometer kosong rupanya kat Lipis'' daripada mulut warga luar sering terdengar apabila batu yang mempunyai kedudukan istimewa ini.
Kuala Lipis dengan keluasan 527,861 hektar adalah daerah ketiga terbesar Pahang selepas Jerantut dan Rompin.
Sebahagian kawasannya Kuala Lipis dilitupi alam semula jadi seperti hutan simpan, hidupan liar, air terjun, jeram, tasik, gua dan gunung.
Bagi peminat aktiviti lasak, anda boleh meneroka Gua Bama di mukim Telang dan Taman Rimba Kenong di Hutan Simpan Yong di Kuala Lipis . Ia kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna serta landskap semula jadi yang belum diterokai sepenuhnya di Kuala Lipis.
Kuala Lipis turut menyimpan keindahan gua batu kapur di Gua Batu Tinggi, Gua Batu Tangga, Gua Batu Tangkup, Gua Batu Telahup, Gua Kesong, Gua Buta, Gua Harimau dan Gua Hijau. Ia menjadi tumpuan aktiviti jelajah gua, perkelahan, fotografi dan kayak di Kuala Lipis.
Aktiviti sama boleh dilakukan di Kuala Lipis di Tasik Empang Jaleh berkeluasan 73.74 hektar di Lebuhraya Timur Barat dan Taman Rekreasi Sungai Yu di mukim Batu Yon kerana aliran air sungainya yang bersih dan jernih.
Selain itu, Hutan Lipur Ulu Jerangsang Kuala Lipis (Lata Serondong) di Hutan Simpan Bukit Taching dan Pusat Rekreasi Air Jeram Besu turut menawarkan percutian rekreasi cukup menarik jika anda gemarkan aktiviti lasak.
Hutan Simpan Bukit Taching yang dibangunkan sebagai produk pelancongan pada awal 90-an kini popular dengan penemuan bunga terbesar dunia, bunga pakma atau Rafflesia.
Anda boleh meneroka keindahan Taman Negara Kuala Lipis menerusi pintu masuk Merapoh. Dan, jangan lupa melawat santuari kelah bagi merasai pengalaman berenang bersama ratusan ikan air tawar.
Jika bermalam di Taman Negara Kuala Lipis, pastikan anda menyertai acara merentas denai untuk melihat aktiviti hidupan liar.
Tiada ulasan:
Catat Komen