06 di sungai lembing - Google Blog Search |
Laman Basikal: Kayuhan <b>Sungai Lembing</b> 2013 (684) Kg Kolek Posted: 18 Feb 2013 06:54 PM PST 01. Kami berkesempatan berjumpa dengan Makcik Noraini binti Mat. Beliau telah lama menetap di Sungai Lembing. Ayahnya dahulu adalah Tekong Darat Sungai Lembing. Sebab tu Atok Mat lebih dikenali sebagai Mat Tekong. Nam lain beliau adalah Mat Pahang. Ini Kerana Tok Mat pernah belayar ke luar negeri dengan kapal. Kapal tersebut boleh masuk sampai ke Sungai Lembing. Kini air Sungai Lembing dan surut. Hanya perahu dan bot kecil sahaja boleh melalui Sungai Lembing. Pada masa dahulu Tok Mat menyimpan banyak baju-baju yang sering dipakai oleh orang putih. Tok Mat ni besar dan tinggi orangnya. Ibu makcik Noraini adalah Atekah bt Ming yang berasal dari Pekan Pahang iaitu puak Tok Khalid Balai. Sama juga dengan Pak Zek (Zakaria Hitam). Kata mak cik Noraini, Pak Zek pernah masukkan tangan dalam mulut buaya. Sebab tu Pak Zek boleh ngubat orang yang sakit mulut. Banyak yang mahu diceritakan oleh Makcik Noraini kepada kami. Tetapi kami terpaksa bergerak, bimbang sampai ke Kuantan nanti hari dah gelap. 02. Saudara Badrulhisham (PenalukaKhursani) bergambar di hadapan rumah makcik Noraini Kampung Kolek Sengai Lembing Kuantan Pahang Malaysia. Harap kami masih berkesempatan berjumpa dengan Makcik Noranin. Banyak cerita dan misteri orang dulu-dulu yang boleh dibongkarkan. Tambahan pula wan Atekan dan moyang Min adalah keturunan yang boleh mengubat orang. Al-fatihah untuk orang-orang tua dahulu. |
You are subscribed to email updates from di sungai lembing - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen