06 di bentong - Google Blog Search |
- Wong Tack calon DAP <b>di Bentong</b> | Helen Ang
- Adnan: BN Alu-Alukan Wong Tack Tanding <b>Di Bentong</b>
- The Sniper: Cina VS Cina <b>di Bentong</b>. Adnan gelabah!
Wong Tack calon DAP <b>di Bentong</b> | Helen Ang Posted: 12 Mar 2013 06:22 AM PDT Wong Tack calon DAP di BentongBerita terkini: Komen oleh Conradre: Wang Tack "Btw this hack now says that (from Mkini) "If you (Lynas) prove you can comply (with the regulation, then) not just Lynas, any industry can come in. But it must go through a stringent, open and transparent process. |
Adnan: BN Alu-Alukan Wong Tack Tanding <b>Di Bentong</b> Posted: 16 Mar 2013 01:14 AM PDT BENTONG, 16 Mac - Barisan Nasional (BN) Pahang mengalu-alukan hasrat pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack untuk bertanding di kerusi Parlimen Bentong atas tiket DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob (foto) berkata Wong Tack terpaksa menghadapi penyandang Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang berwibawa dan diterima masyarakat pelbagai kaum di negara ini. "Niat Wong Tack untuk bertanding atas tiket DAP bertentangan dengan prinsip Himpunan Hijau sendiri, malah ada anggota mendesak beliau meletakkan jawatan pengerusi organisasi itu. "Pengundi sudah tentu dapat menilai kebaikan dan ketokohan Liow (Tiong Lai)yang telah memberi khidmat terbaik kepada masyarakat dan pengundi di Parlimen Bentong," katanya yang juga Pengerusi BN Negeri. Adnan, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangi, berkata demikian kepada pemberita selepas majlis mesra kasih warga DUN Pelangai di Felda Kemasul di sini, semalam. Beliau berkata Liow, yang juga Menteri Kesihatan, mampu mempertahankan kerusi Parlimen Bentong dengan majoriti yang lebih besar berdasarkan reputasinya dan kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Wong Tack telah menggunakan Himpunan Hijau untuk mempopularkan diri sendiri dengan menentang projek Lynas sedangkan dia 'ada udang di sebalik batu'. "Orang ramai akan menilai keikhlasan dan niat pengerusi Hijau itu untuk bertanding di Parlimen Bentong iaitu kawasan kubu kuat parti MCA," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata BN Pahang tidak mengamalkan formula peratusan muka lama dan muka baharu dalam pemilihan calon asalkan calon yang dipilih itu boleh menang. "Sasaran utama BN Pahang ialah untuk memenangi semua 42 kerusi DUN dan 14 Parlimen di negeri ini," katanya. Beliau yakin BN dapat merampas dua kerusi Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota serta empat kerusi DUN Triang, Tras, Kuala Semantan dan Beserah yang dimenangi pembangkang pada PRU 2008 memandangkan angin perubahan politik kini berpihak kepada BN. BERNAMA |
The Sniper: Cina VS Cina <b>di Bentong</b>. Adnan gelabah! Posted: 13 Mar 2013 06:49 AM PDT Seseorang Menteri Besar mempunyai pengaruh besar ke atas harapan dan peluang calon-calon Umno yang bertanding di negerinya. Bentong bukan sebuah kerusi Umno. Meskipun begitu, Menteri Besar Pahang pasti akan mengerah jentera Umno bekerja keras untuk memenangkan calon MCA di kawasan Parlimen Bentong kerana tidak mahu telinga beliau tergadai. "… DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong telinga saya, saya terjun Sungai Pahang. Tidak. Boleh. Menang."Kerusi Adnan adalah di DUN Pelangai yang terletak dalam Parlimen Bentong.Selain N.36 Pelangai yang dipegang Adnan, kedudukan kerusi-kerusi DUN lain di Bentong (berdasarkan keputusan PRU12) ialah:
Perbandingan dengan PandanPara pemilih Cina di Bentong telah mengundi mengikut dasar perkauman pada tahun 2008.Gejala 'split voting' inilah juga yang membawa kepada kejayaan Ong Tee Keat di Pandan di mana Ong, yang tatkala itu naib presiden MCA, berjaya menewaskan Syed Shahrir (PKR). Tee Keat menang dengan majoriti 2,961 undi kerana orang Cina Pandan keberatan untuk menyokong seorang calon pembangkang Melayu. Walaupun MCA menang Parlimen Pandan, BN kalah kedua-dua kerusi DUN yang terletak di dalam kawasan Pandan, iaitu Chempaka dan Teratai. Calon Umno tewas kepada calon PAS di Chempaka dan calon Gerakan tewas kepada calon DAP di Teratai. Pada peringkat negeri, pemilih Pandan hanya memberikan 18,958 undi kepada BN mengikut pecahan 11,480 bagi Umno + 7,478 bagi Gerakan. Pada peringkat Parlimen pula, pemilih Pandan memberikan 25,236 undi bagi MCA-Ong Tee Keat. Ada perbezaan sejumlah 6,278 undi! Bermakna pemilih Cina yang memberi undi Parlimen kepada Tee Keat namun pada masa yang sama tidak sanggup menyerahkan undi kepada calon DUN Umno. Lihat butir-butir di 'Ong Tee Keat menang Pandan atas sentimen anti-Melayu' Perkara yang sama berlaku di Bentong di mana pemilih Cina tidak memberikan undi mereka kepada calon PKR keturunan India. Atas sebab itulah wakil menyandang jawatan, iaitu Liow Tiong Lai yang sekarang Timbalan Ketua MCA, mampu menang. Akan tetapi sejarah tidak dijangka akan berulang. Memperinci keputusan PRU12 BentongDi peringkat Parlimen, BN telah mengutip 25,134 undi.Di peringat DUN merangkumi empat kerusi, BN telah mengutip 21,569 undi, iaitu Bilut 6,024 + Ketari 6,835 + Sabai 3,304 + Pelangai 5,406. Liow Tiong Lai memperolehi faedah daripada 'split voting' – perbezaan 3,565 undi – kerana Bentong adalah kawasan majoriti Cina dan lawan PKRnya adalah calon keturunan India. Cuba lihat pada pola pengundian berikut:
Dalam pilihanraya yang lepas, calon pembangkang Parlimen Bentong G. Ponusamy (PKR) mendapat sebanyak 12,585 undi. Calon-calon pembangkang (3 orang DAP, seorang PAS) di peringkat DUN kawasan tersebut mendapat sejumlah 16,464 undi kesemuanya, iaitu DAP di Bilut 4,916, DAP-Ketari 5,953, DAP-Sabai 3,159 dan PAS-Pelangai 2,436 undi. Bermaksud seramai 3,879 orang – kebanyakan mereka pemilih Cina – yang mengundi DAP di peringkat DUN tidak menyokong calon India PKR di peringkat Parlimen. Gejala perkauman ini, yakni calon MCA walaupun gerenti kalah kepada calon Cina DAP namun masih mengatasi calon pembangkang yang bukan Cina, telah diperhatikan dalam tahun 2008 oleh http://amriyunos.blogspot.com/2010/04/salah-siapa-bn-hilang-undi-cina.html Kali ini dalam tahun 2013, yang bersaing dengan MCA di Bentong bukanlah calon India PKR. DAP mempertaruhkan seorang calon Cina yang telah berjaya memupuk histeria anti-Lynas di kalangan ahli-ahli masyarakatnya yang dibelenggu pemikiran ABU. Jadi Liow Tiong Lai tidak harus begitu yakin bahawa beliau boleh menang Bentong. Kempen DAP dibantu jentera Si GuntingYB Hoh Khai Mun, iaitu ketua bahagian MCA Bentong dan juga Adun Bilut merangkap exco negeri untuk Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar membidas pencalonan Wong Tack oleh DAP di Bentong.Boleh baca 'Pakatan inconsistencies persist with backpedalling stances on Lynas plant' di laman MCA. Kenyataan YB Hoh Khai Mun ini tidak dipetik oleh The Star. Bad news for the DAP is good news for the MCA is no news in The StarSetiausaha Pemuda MCA Chai Kim Sen turut menyelar para pemimpin Pakatan yang tidak tegas dalam pendirian mereka. Kenyataan akhbar Datuk Chai boleh dibaca di laman MCA di bawah tajuk, 'Pakatan's manifesto is useless if their leaders constantly change their stand and promises'.The Star sebenarnya jarang sekali pernah mengambil apa-apa inisiatif untuk menghubungi orang MCA seperti Chai ataupun pemimpin-pemimpin BN yang lain. Sebaliknya, suratkhabar itu telah membiarkan sahaja Regina Lee – bff Hannah Yeoh – untuk membuat liputan sidang akhbar Wong Tack kelmarin. Regina Lee juga ditugaskan membuat liputan persengketaan Ngeh-Kula beberapa hari lepas. Liputannya begitu berat sebelah serta tidak menangani persoalan-persoalan yang merugikan warlord evengelis DAP di Perak itu. Sila rujuk posting saya — 'Bab Ngeh kenakan Kula, perkembangan seterusnya'. Harap-harap Adnan Yaakob tidak akan terpotong telinganya nanti oleh sebilah gunting milik MCA (cakap kiasan sahaja). Pasti seorang Menteri Besar Pahang yang DUNnya terletak di Pelangai tidak akan menyenangi kawasan Parlimen Bentong jatuh ke tangan seorang DAP yang berjiwa kaki bakar. |
You are subscribed to email updates from di bentong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen