06 di Cameron Highlands - Google Blog Search |
Bercuti <b>di Cameron Highlands</b> part 1 | Warm Bite Blog Posted: 07 Feb 2013 08:02 AM PST Assalammua'laikum… Dah lama rasanya Ayri tidak update blog ni. Agak sibuk sedikit dengan aktivi dunia luar sehingga tidak bersempatan berkongsi cerita dengan pengunjung blog di alam maya. Hari tu Ayri pergi bercuti di Cameron Highlands, satu pengalaman yang baik untuk dinikmati di dalam negara sendiri. Kawasan ini terletak di Barat Daya negeri Pahang dengan ketinggian 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Agak sejuk apabila berada disini, terasa udara yang nyaman menusuk hidung dengan aroma dari daunan segar membuatkan pengunjung terpukau dengan suasananya. Baiklah, tanpa perlu berceloteh panjang lagi, mari Ayri bawakan kepada korang gambaran sekitar sana yang sempat diambil… Enjoy yep Sekitar ladang teh…maaf yep lupa pulak kawasan ni nama apa, rasanya Cameron Bharat kot, tapi kalau korang datang sendiri mesti tahu nanti Masa tengah jalan-jalan disekitar ladang teh ni, hujan mula renyai-renyai turun…sejuk oOoOOoo… Tapi sangat romantis suasana pada ketika itu terutama kepada yang datang untuk berhoneymoon di sini… Seterusnya gambar dari ladang menghala ke atas, iaitu restoran disitu… Really nice view Ramai orang masa ni walaupun hujan renyai-renyai tak lepaskan peluang menikmat pemandangan yang indah dan untuk mengambil gambar kenangan disini. Seterusnya, Ayri bergerak memandu ke kawasan bawah sedikit dari kawasan ni, iaitu ke Cameron Valley. Di sini macam kurang sedikit pengunjung berbanding tempat tadi. Bagaimanapun pemandangan disini tidak kurang hebatnya dengan keindahan alam yang segar… Kereta parking di tepi jalan saja sekitar sini. Nampak tak kereta Ayri disitu? Hehehee Selain pemandangan indah yang segar , terdapat juga kedai-kedai dan kawasan yang menarik untuk dilawati sekitar dalam perjalanan di situ. Antaranya seperti ini… Cantik kan? Seterusnya kita tengok-tengok pula bunga-bungaan dan tumbuhan hiasan lain Pasu bunga pun ada dijual. Yang ni kalau dapat kat perempuan, semua nak dishoppingnya…nampaknya jika nak shopping sakan kena la bawa lori nanti senang sikit nak bawa balik. Jangan marah..hehehee Yang ni pula antara bunga hiasan yang cantik menarik. Mungkin juga susah dijaga, kecuali dijaga oleh perempuan yang lemah-lembut (ada kaitan ke?)… Hehehee Apa pun diharap bersabar kerana Ayri akan update untuk post part 2 nanti. Tunggu ya Bersambung… |
You are subscribed to email updates from di Cameron Highlands - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen