Jumaat, 29 Mac 2013

06 di janda baik - Google Blog Search

06 di janda baik - Google Blog Search


Bercuti <b>di Janda Baik</b> Pahang | HARI INI DENGAN SENYUMAN...

Posted: 19 Mar 2013 09:12 PM PDT

Cuti raya cina Feb 2013, kami berkesempatan berjalan-jalan ke Janda Baik pahang...tujuan nak tenangkan fikiran selepas macam2 yang berlaku. so amat sesuai la dengan tempat ni yang nyaman, aman damai, tenang, sejuk....kami stay kat Cheringin Hill resort. Memang best tempat ni kat atas bukit...sejuk mata memandang...swimming pool ada..tapi sejuk la...tp mikael sanggup jugak mandi..terketar-ketar mandi...hahaha...
mandi kt tepi2 je...apsal ntah takut nk ketengah...


ni mikael yg tolong ambil gambar...pandai dah anak bujang aku ni...hehe...


sejuk air ni...camne la boleh mandi jugak ni...huhu...


nampak tak budak kecik tu...jauh kemain...orang dh nak balik..dia nak main lagi...btw, nampak tak kete comel sebelah tu..tu la kereta baru saye..hehe...tukar daripada kenari manual ke Myvi Auto...tujuan sebenar sbb nk tuka auto...x larat dh nk bawak manual...
Mikael dah pandai bergaya sekarang...tengokla pic dia..ni sume bukan candid tau..ni dia yang buat gaya2...hahaha....dah besar anak bujang aku ni....

aLw!z b3 my baby: Jalan² hirup Udara Segar <b>di Janda Baik</b>

Posted: 22 Jan 2013 12:13 AM PST

Cite pasal percutian singkat ke Bukit Tinggi tak abis lagi ek.. ni aku lompat jab citer pasal Janda Baik pulaks.. ngehngeh...
selalu dok baca pasal orang pegi bekelah kat Janda Baik tuh... aku dok tertanya jugak, Janda Baik ni tempat die camne? betul² pure kampung ke?... atau dah kebandaran skit? sungai die cantik ker? macam² la dalam kepala ni dok pikir selagi tak sampai *puiii

 sebabnya aku memang asal kampung.. kampung tradisi... pastu siap lalu bawah gunung lagi nak balik umah... dan kampung aku pon memang femes tempat mandi air terjun nih... dan taon lepas kampung aku menang RM1 juta pertandingan Anugerah Desa Sejahtera. so, teringin jugak nak tengok kampung orang lain kan?
turun je dari Bukit Tinggi tu, terus menghala ke Janda Baik... hubby aku pon tak penah sampai lagi kat sana.. so memang first time la ni nak pegi.... mula² tu memang was-was sikit coz tak sure betui ke jalan ni? betui ker? takut sesat jer... hewhew... tapi dun worry, memang banyak signboard kat sana... InsyaAllah sampai punya...
Janda Baik ni bagi aku memang sebuah kampung tradisi yang nyaman.. kedudukan dia macam atas bukit jugak so memang terasa udara dia yang sejuk nyaman jer... suasana pun aman-damai-tenteram... memang best laa... air sungai die sejuk giler habaq hang! cetek jer, sesuai untuk budak² mandi..
weolls haitu lepak kat D'River Training Resort... tak menginap pon.. just usha² tempat n bagi hadif main air sikit... hadif nak mandi? kirim salam.. pool budak pon die takut nak masuk. hewhew
chalet D'River Training Resort. sewa dia rasanya RM100/nite
ok dah.. jom balik....

lepas gak hajat nak pegi Janda Baik.. hewhew.. fyi, kat sini memang banyakkkkkkkkk giler chalet/hotel. harga serendah RM50 kot! kalau korang ada plan nak bercuti kat tempat yang dekat² jer area KL nih, sini la tempat yang sesuai kot! itu pun kalau korang minat percutian ala nature la kan...


Published with Blogger-droid v2.0.9

Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Aku Peduli Apa @ APA: HBF <b>Janda Baik</b> Siri II - Hari Terakhir (Sessi <b>...</b>

Posted: 25 Mar 2013 03:10 PM PDT

Sessi disambung semula selepas makan tengahari dan dimulakan dengan Pak Habib menghadiahkan dua buah buku terbarunya kepada siapa yang tidak mampu membeli dan kepada siapa yang mampu disarankan membayar untuk memilikinya.Kerana sifat semula jadi kita jarang menghargai apa yang kita perolehi secara percuma.Sambil menanti kedatangan Dato Husam Musa,Pak Habib menyambung bebelan dia mengenai perlu dan pentingnya kita manusia ini meninggalkan sesuatu selepas kita kembali kepangkuan Ilahi.Harimau mati meninggalkan NAMA,manusia mati meninggalkan BELANG.(terbalik ya..?)Takpe kat University Of Life semuanya terbalik..kat sini kita semua luarbiasa dan bukan biasa biasa je...
Sessi interaksi dengan Dato Husam Musa yang paling menarik dan ditunggu tunggu sebelah petangnya.Memandangkan Umno tak berani/tak kisah nak hantar "wakil mereka" maka sessi ini jadi 'one-sided' dengan Husam menjawap persoalan persoalan yang dilontar peserta terutamanya dari YAB Perdana Menteri Unilife yang baru dilantik sebelah malam nya Abu Nawas.Paling mengharukan aku  bila mereka (Husam dan peserta) membincangkan strategi untuk mendepani "pengamal media pro-BN" dihadapan aku tanpa sedikit rasa curiga aku bakal membocorkan "rahsia" mereka.Begitulah tingginya "nilai kepercayaan" yang terbentuk hasil dua hari berkampung di University Of Life dan itulah MATLAMAT program ini yang GAGAL difahami oleh bloggers/facebookers pro-Umno/BN setelah 2 siri telah dilangsungkan.Bagaimana Umno nak merialisasikan Kerajaan Perpaduan Umno-Pas bilamana pengamal media Umno sendiri ENGGAN berpadu dan bersatu dengan sebelah sana dalam jalinan siratulrahim?
Himpunan kali ini diakhiri dengan majlis minum petang sebelum peserta berpisah dan pulang ketempat masing masing dengan membawa seribu kenangan dan ilmu yang ditimba selama 2 hari berkampung di Janda Baik.Dato Husam pula tidak melepaskan peluang menjelajah Taman Hana sambil ditemani Abah dan diberi peluang menikmati buah ciku "Australia" yang memang enak sebelum hujan turun dengan lebatnya saperti menangisi perpisahan ini.
Sehingga berjumpa dilain kali dalam SIRI III (ada ke Siri III sebab Uncle pun dah tak mau nak buat lagi) jika dipanjangkan umur dan dipermudahkan urusan.

Tanda mata hadiah dari Pak Habib





Menjawap apa yang perlu sebelum naik kerumah


Langkah panglima...yang ada telor

Disambut oleh Pak Habib dan peserta




"Nanti saya off phone dulu Pak Habib"..sebab Husam tau sangat
Abah pantang masa berkongsi ilmu phone menganggu...



Ok i'm ready when you are...


Mendengar persoalan yang dilontar peserta sebelum menjawap...













Zelmey baru sampai bersama...Uncleseekers







Muka lalok baru bangun tido...





Bergurau dengan Pak Habib


Teliti mendengar apa yang dikatakan Abah









Ini kali pertama aku lihat Uncleseekers berada dalam sessi yang Abah kendalikan.
Pasti ada sesuatu yang penting yang akan ditanya Uncle kepada Husam..










Akhirnya terlelap hero ini selepas 2 hari aktif....

Amrayy dan Ku Yah pun tak mahu melepaskan peluang bergambar


Pak habib menghadiahkan buku terbaru beliau...

Sempat bergurau sebelum berpisah...


Penyampaian hadiah untuk pemenang



Amboi...banyaknya medal dia ni dapat.


Pingat emas warna perak....




Pingat emas untuk ketua komunis...

Disertai dengan hamper...



Ini pingat untuk pertandingan meraba telor...ada ke takde terang Zelmey.



Sebeban pingat kena ambil sebab ahli kumpulan pulang awal...


Hamper dari Uncleseekers buat Dato Husam..


....dan buat Abah juga dari Uncle



Husam bergambar bersama keluarga Pak Habib...




Pak Habib memetik "ciku Australia" untuk diberikan kepada Husam





Husam : "Macam mana makan buah ni..? "
Abu Nawas : "Saya pun tak pasti Dato sebab saya hanya makan buah da..."






Husam pelik tenguk buah "Cannonball" dari Amazon.





Akhirnya Pak Habib memberikan anak benih untuk dibawa balik ke Kota Bharu

Dalam hati Husam...."Berapa lama agaknya nak jadi buah macam tu...?"

Abu Nawas mengucapkan pamit sebelum berambus balik Penang...



Tak sah kalau tak bergambar disini kalau berpeluang sampai kesini...







Minum petang...ubi rebus kelapa,keledek rebus,goreng pisang dan nescafe panas.


Paparazi menghiburkan Husam sambil minum petang..






Hujan tiba tiba turun dengan lebatnya saperti mengerti kesedihan perpisahan









Pak Habib bersedia dengan payung untuk menghantar Husam kekeretanya...


 







SELAMAT TINGGAL DAN JUMPA LAGI.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads