Selasa, 5 Mac 2013

06 di jengka - Google Blog Search

06 di jengka - Google Blog Search


Cita rasa moden <b>di Jengka</b>

Posted: 27 Feb 2011 11:06 AM PST

Cita rasa moden di Jengka

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my


PILIHAN klasik kontemporari.


KEGHAIRAHAN menghias rumah konsep-konsep tertentu menjadi fenomena baru khususnya di kalangan penghuni kota.
Minat tersebut sedikit sebanyak dicetuskan dengan kemunculan majalah-majalah laman dan dekorasi di pasaran untuk dijadikan rujukan.

Turut menerima tempias golongan yang tinggal di luar serta pinggiran bandar. Kalau dulu, jika disebut dekorasi kediaman, masyarakat luar bandar memilih gaya hidup seringkas yang boleh.

Memadai sekadar memiliki keperluan asas seperti tilam, katil, televisyen dan almari kecil.

Berbeza sekarang, golongan itu juga dilihat semakin peka dengan dunia hiasan dalaman. Bahkan, mereka turut ghairah menata rias rumah dengan memastikan setiap ruang dari dapur hingga ke kamar beradu, tampil menarik hingga sesetengahnya mengalahkan rumah kelamin.

Sama ada memilih gaya moden , retro, Inggeris, tropika, Bali, ala rumah pelancongan dan sebagainya, yang penting dekorasi memenuhi cita rasa dan mengikut trend semasa.

Menyusuri kawasan Felda Jengka, Pahang, ramai tidak terfikir terdapat pusat perhentian hiasan dalaman merangkumi perabot sofa, set bilik tidur, meja makan dan sebagainya.

Kelengkapan

Pusat sehenti kedai perabot, Ilham Design Furniture (IDF) yang terletak di kawasan luar bandar menjadikannya eksklusif dalam suasana kejiranan berkonsepkan kampung.

Bercirikan reka bentuk moden , IDF mencerminkan pemiliknya, Mejar Wan Munadi Wan Mamat (B) yang dinamik dan sofistikated.

Menarik perhatian penduduk di sekitar Jengka, ia menawarkan pelbagai koleksi kelengkapan rumah daripada yang kecil sehinggalah kepada sebesar-besarnya.

Ditambah pula dengan hiasan dalamannya yang sepadan dengan konsep rumah, pastinya membuatkan tetamu teruja dan kagum dengan sentuhan emas pemiliknya.

Klasik kontemporari dan moden , begitulah konsep percaturan hasil idea kreatif yang popular sekarang.

Bagi mereka yang baru melangkah ke rumah baru, inilah peluang terbaik untuk menyusun kediaman sendiri menjadi cantik dan kelihatan moden dan bergaya. Pelbagai pilihan dan idea hiasan untuk kediaman dengan tema kediaman desa Perancis ke Victoria, gaya Timur, Safari Afrika, gabungan kontemporari dan oriental.

Klasik kontemporari

Sofa berciri moden digabungkan dengan fabrik warna terang menepati ciri klasik kontemporari.

Malah setiap perabot membawa konsep berbeza dengan set sofa paling popular ialah bercirikan moden.

Set bilik tidur diperbuat daripada kayu juga melambangkan ciri klasik, malah meja makan Eropah turut menyerlahkan elemen moden sesebuah kediaman.

Dalam pada itu, setiap katil yang dijual mempunyai pilihan 15 ton warna merangkumi keperluan pasangan suami isteri, kanak-kanak, anak gadis dan pengantin baru.

Ruang makan keluarga boleh direka sendiri menggunakan gabungan warna putih dan hitam amat praktikal.

Secara peribadi, keupayaan Wan Munadi memperkenalkan kediaman mewah khusus untuk warga peneroka yang inginkan konsep moden dan menawan sememangnya mengkagumkan.

Mengakui dekorasi sentiasa mengikut perubahan semasa, Wan Munadi berpendapat orang ramai mula bijak mencari panduan menghias rumah sama ada yang tinggal di kampung mahupun luar bandar.

Memenuhi hasrat tersebut, IDF yang terletak di Bandar Pusat Jengka ini mengalu-alukan kedatangan orang ramai.

AR RISALAH الــرســالـة: Felda bina stadium sendiri <b>di Jengka</b>

Posted: 06 Feb 2013 02:56 AM PST

SINAR HARIAN

SEREMBAN - Pembinaan stadium milik Felda di Jengka, Pahang dijangka bermula awal bulan depan dan siap dalam tempoh dua tahun, kata Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
  
Beliau berkata kontraktor untuk pembinaan stadium itu dilantik minggu lepas.
  
Stadium baharu ini dianggar menelan belanja sekurang-kurangnya RM80 juta dan boleh menampung 30,000 penonton, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Menurut Mohd Isa, pembinaan stadium itu adalah fasa pertama dalam pembinaan kompleks sukan bersepadu yang meliputi pembinaan beberapa kemudahan sukan lain.
  
"Bagaimanpun ini bergantung kepada pemaju kita yang juga mempunyai tanah. Ini mengikut perbincangan kita untuk fasa kedua. Fasa pertama dikhususkan untuk pembinaan stadium baharu ini," katanya.

Mengulas isu berkaitan, Mohd Isa berkata Felda merancang untuk mewujudkan tiga lagi akademi bola sepak iaitu di Gua Musang, Kelantan; Alor Setar, Kedah dan satu lagi di selatan tanah air.
  
Setakat ini Felda memiliki sebuah akademi bola sepak di Kuantan, Pahang, katanya.
  
Terdahulu beliau menyampaikan sijil dan anugerah kepada 50 anak Felda yang menjalani latihan bola sepak di Akademi Bola Sepak Cardiff City di Wales, United Kingdom dari 11 Nov hingga 5 Dis lepas.
  
Program itu diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan Liga Bola Sepak 1Malaysia- Cardiff City (Liga 1MCC) di ibu negara April lepas.
  
Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi 1Malaysia Cardiff City Football Academy Sdn Bhd Datuk Chan Tien Ghee. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads